Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

SISTEM GURU ONLINE

APDM SAPS

Friday, September 29, 2017

THE VENUE SHAH ALAM MENAWARKAN PAKEJ PERKAHWINAN YANG LENGKAP

Assalamualaikum/Hai,

Zaman sekarang kalau nak mendirikan masjid, memang memerlukan kos yang tinggi. Semua kena pikir dari A sampai Z. Semua persiapan dari sebesar alam sampai la sebesar kuman. semua pon nak perfect. Yela, majlis hanya sekali mestilah nak buat all out biar hati puas dari segala macam perkara.

THE VENUE SHAH ALAM MENAWARKAN PAKEJ PERKAHWINAN LENGKAP

Tapikan kekadang tu nak semua jadi perfect tu yang paling banyak pancaroba. Boleh je kalau kita nak semua perfect. Sila terjah ke The Venue Shah Alam. Kat situ semua pakej yang diperlukan untuk raja sehari disediakan. All in one stop center. pendek kata, bakal-bakal pengantin tu hanya sediakan kos sahaja dan biar perunding majlis di The Venue Shah Alam yang uruskan semuanya. Lagi satu nak bagitau, kos yang diperlukan pon berbaloi dan mampu milik untuk bakal-bakal pengantin muda. bukan sahaja untuk majlis perkahwinan, majlis korporat, majlis hari jadi, aqiqah, dinner semua boleh buat kat The Venue Shah Alam.

DEKORASI PELAMIN YANG CANTIK.

THE VENUE SHAH ALAM MENAWARKAN PAKEJ PERKAHWINAN LENGKAP

THE VENUE SHAH ALAM MENAWARKAN PAKEJ PERKAHWINAN LENGKAP

Jangan terkejut kalau dekorasi pelamin yang disediakan untuk bakal pengantin tersangatlah cantik dan tersangatlah puas hati. Korang bakal pengantin tak perlu pikir macam mana nak deko deko. design semua dah siap ready untuk korang. kompom korang puas hati sangat-sangat tau. Sangat elegen sesuai dengan dekorasi peredaran zaman sekarang. Glem dan Elegen.


RUANG MAKAN YANG SELESA.

Kat The Venue Shah Alam ni menyediakan ruang makan yang luas dan selesa yang boleh memuatkan hampir 1000 orang dalam satu-satu masa. Dilengkapi dengan penghawa dingin membuatkan para tetamu yang hadir terasa begitu selesa. Ini bukan cakap kosong ya. sebabnya saya pernah hadir ke majlis perkahwinan saudara yang kebetulan diadakan di The Venue Shah Alam ni.. Mak Abah pon cakap best tempat ni..mesra warga emas sebabnya dari luar, terus masuk ke dalam menuju ke meja makan. 



PELBAGAI JUADAH YANG SEDAP DAN MENARIK DISEDIAKAN

Mana-mana majlis yang kita hadir, makanan adalah perkara yang terpaling penting. Sedap juadahnya, maka gumbiralah semua para tetamu. Hidangan menu yang disediakan oleh The Venue Shah Alam ni memang sangat memenuhi citarasa anak tekak. haritu masa Grand Open Day yang berlangsung pada 24 September yang lepas, kami disajikan dengan lauk-pauk kenduri kendara. Antaranya Daging Baghdad dan ayam Masala. Tak lupa juga Sayu Dalca dan pelbagai jenis pencuci mulut dan air minuman panas dan sejuk.








DOORGIFT


Tak berserilah sesuatu majlis sekiranya tiada buah tangan dari tuan rumah kepada para tetamu. Sakit kepala nak pikirkan apa doorgift yang nak diberikan kepada tetamu di majlis korang nanti?? Jangan risau. Semuanya boleh dan mudah apabila korang menggunakan khidmat dari The Venue Shah Alam. Macam-macam idea doorgift korang boleh pilih.Dari Make up dari MUA yang berkebolehan sampailah ke perkara remeh temeh seperti barang-barang yang korang nak masuk dalam goodies bag tu.

make up dari By Azue Meifiy


pilihan kad kahwin dan backdrop yang cantik cantik.


Pelbagai jenis pilihan untuk goodies bag dan door gift

hiasan bunga pahar dan macam-macam lagi hasil sentuhan dari Jari Kasar Menari.






PAKEJ PERKAHWINAN

The Venue Shah Alam telah menyediakan beberapa pakej perkahwinan sesuai dengan kemampuan untuk bakal pengantin. Antaranya adalah :

Pakej GOLD (Grand Ballroom) 
RM 33,800 (minimum 1000 orang)
RM 29,800 (minimum 500 orang)

Pakej PLATINUM (Grand Ballroom)
RM 42,800 (minimum 1000 orang)
RM 39, 800 (minimum 500 orang)

Pakej ORKID( Event Hall - bakal dibuka tak lama lagi)
RM 28, 800 (minimum 1000 orang)
RM 25,800  (minimum 500 orang)

Pakej LILY (Event Hall)
RM 23,800
RM20,800


Nasib baik lah saya dah kahwin.. kalau tak, memang tuju terus ke The Venue Shah Alam ni untuk pakej perkahwinan saya. bukan apa, kat satu tempat, kita boleh dapat semua apa yang kita nak untuk menyerikan dan memeriahkan majlis kita. tak perlu bersusah payah dah nak pikir dari A to Z. Jadilah pelanggan yang bijak dan smart dalam mencri pakej-pakej perkahwinan atau apa apa majlis pon.



untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, korang oleh rujuk info-info di bawah .

Facebook : www.facebook.com/thevenueshahalam
Instagram : www.instagram.com/thevenueshahalam
Emel : thevenueshahalam@gmail.com
Alamat : No 15, Jalan 15/22, Tiong Nam Park, Seksyen 15, 40200 Shah Alam,Selangor.


 -MrsPuex-