Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

searchbar lazada

Friday, July 28, 2017

Pilih Tema Kek Bumble Bee

Assalamualaikum/Hai,

Maaflah tak habis lagi cerita pasal birthday anak..hahaha..

Tema Kek Bumble Bee.


Kek yang cantik ni aku tempah kat @mychocsforyou. Tak pernah mengecewakan aku sepanjang berurusan dengan bakers ni..kiranya bakers tetap kami sekeluarga sampai bebila..in sya allah.
Biasanya setiap kali nak tiba besday anak-anak, mesti mak akan servey dulu dorang nak kek karton ape.. deco kek kenalah dengan permintaan anak, takkan mak syok sendiri nak tempah kek ye dakk.. tak fun la kannn?? selagi mampu, kita tunaikan. 
setiap tahun jugak mak akan buat jamuan kecil2 tuk rakan-rakan kat kindy dia.. kami memang sejenis tak sambut kat rumah. cukuplah sekadar sambut bersama dekat kindy dorang je.
sebab ape? sebab mak sejenis malas nak buat partayy kat rumah..gituuuu..

Sepatutnya cadangan nak buat jamuan pada hari jadi dia (26/7/2017) yang lepas tapi bila teacher ada infom nak buat farewell untuk teacher ila (dapat tawaran cikgu kafa kat kelantan-balik kampung halaman), so kita buat sekali harung je la..

oklah.. jom layan moment-moment indah birthday celebration kat kindy dia.
semua gambar ihsan dari teacher. Tq teacher tolong handlekan majlis harini.
jasamu dikenang sampai bila-bila.

birthday boy.

sesi potong kek.
kat kindy, dorang tak tiup lilin ya..

farewell teacher ila + birthday celebration airiel qaid.

his friends!

photogroup session.
thank you to all..
goodies bag utk menceriakan hari mereka.



beberapa hidangan untuk harini.
sumbangan dari mama qalif dan teachers jugak.

birthday cake + farewell cake - red velvet! nyumsss..

mak donate spegeti bolognese, agar-agar pink..
terbeli spegeti angel hair so rebus terlebih lama maka terjadilah spegeti ketot ketot...harap dorang boleh makan..huhuuu..

coming soon, birthday kakak (11/8), birthday papa(15/8) pulak.. 
kita kombokan je la boleh??
hehehee...


 -MrsPuex-