Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

SISTEM GURU ONLINE

APDM SAPS

Monday, June 19, 2017

Sambut Hari Bapa 2017

Assalamualaikum/Hai, 


Plan last minit biasalah mesti menjadi punya..
Hari Bapa jatuh hari ahad lepas kan?
tapi kitorang buat advance sikit, hari sabtu memandangkan nak berkumpul berbuka bersama dengan mak abah.
dah alang-alang tu terus plan terkejut-kejut...
menu berbuka - nasi lemak.
mak masak nasi + sambal sotong kembang
aku bawak ayam cowboy + ayam pasu telangkup pd
kak ipau bawak telur rebus + kuih muih
adik bawak badan..hahahaha..

aku dari pd.
adik dari taman teratai
abang dari putrajaya..

tapi biasalah, orang jauh mesti sampai dulu..hehehee..

kek paling sedap dari my sis in law..
sedap gilak ciskek ni ..
tq sisturr..


Image may contain: 6 people, people smiling, people standing
Man in the house!
adik ipar, my bro, abah, my hubby.
small celebration je..
semoga semua kekal sihat sejahtera untuk mengemudi family masing-masing..

we lovee u!
we lovee u!
we lovee u!


 -MrsPuex-

Resepi Biskut Cornflakes

Assalamualaikum/Hai,

Since ramai yang tanya dan mintak resepi,
so kita share kat sini lah..
ini bukan resepi rahsia, ni resepi bonda yang dibuat dengan penuh kasih sayang.
soo dengan sukacita dan sukahatinya aku nak share ilmu resepi bonda untuk korang.

janji kena rajin lah ye..
tak pe, kalau malas pon boleh buat jugak.. saapp sapp soi je haa..

seriusly ni biskut raya kami sekeluarga turun temurun.
kalau pegi beraya umah orang, adik aku tatapp jugak nak bawak biskut ni masuk dlm tisu then makan kat umah orang.. dengan aku pon terjebak sekali..hahahaha...

ko mampu kunyah biskut raya sendiri kat rumah orang??
kami mampu ok.. *buruk perangai*

Baca betul betul ya.

mrspuex_resepi biskut cornflakes


RESEPI BISKUT CORNFLAKES.

Bahan-bahan (untuk 1 bancuhan):
3/4 cawan butter
3/4 cawan gula castor
11/2 Tepung MFM(naik Sendiri) - jangan durhaka pkai tepung gamdum ke superfine ke.. kang bentan, cakap aku tak bagitau.
1 sudu esen vanila
1 biji kuning telur - yang putih telur tu korang simpan buat masker..heeee..
cornflakes secukupnya (ramas sampai separuh hancur)

cara-cara :
pukul butter & gula sampai kembang(putih)
masukkan telur. pukul. then masukkan esen vanila.Pukul.
masukkan tepung sikit-sikit dan pukul dgn kadar perlahan atau kacau pkai senduk.
bulat-bulatkan bubuh atas cornflakes yang dah diramas (sukatan bulat ikut suka) dan golek-golek sampai penuh cornflakes.
bakar 150 darjah celcius (ikut oven memasing) dlm 10-15 minit.api atas bwh. sampai kuning ke coklat coklat sikit.
sedia untuk dihidangkan..
nak cantik boh buah ceri atas tu.. kitorang malas, so mkn togel je..hehe.. penah boh ceri tapi kitorang kopek jugak letak tepi..*perangaiiii*

*sukatan dalam bentuk cawan. pakai cawan yang sama (tak kisah cawan mana tp jgn mug/gelas tau..) aku pakai cawan orang dedulu yang transparent tu.. dah resepi bonda, kena pakai barang yang oldskool jugak le.. hehehe..

mrspuex_resepi biskut cornflakesmrs
my esisten. bertahan 10 minit je kat meja tu..
Selamat Mencuba!

 -MrsPuex-