Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

SISTEM GURU ONLINE

APDM SAPS

Friday, May 26, 2017

SALAM RAMADHAN AL MUBARAK 2017

Assalamualaikum/Hai, 


KEPADA SEMUA SAHABAT  ALAM MAYA DALAM BLOG SAYA INI..

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ* وَبَرَكَاتُهُ*

Menjelang 1 Ramadhan 1438 ini saya memohon kemaafan daripada sahabat semua
sekiranya saya pernah melakukan kesalahan...
Sesungguhnya yang buruk datang dari diri saya sendiri dan yang baik sentiasa dari  اللهِ
Saya akan sentiasa memaafkan kalian kerana memaafkan itu lebih baik dari meminta kemaafan
Selamat Berpuasa semoga puasa kita tahun ini mendapat barokah dan sentiasa dlm rahmat Allah...Aamiinn..🌹🕌🕋🌹




 -MrsPuex-

Sambutan Hari Guru 2017 untuk kakak dan adik

Assalamualaikum/Hai,

Borak santai je la harini eyh?
nak menaip pon kejang dh jari jemari ni
sejuk sgt opis harini..

Saje nak borak pasal persediaan untuk gift sambutan hari guru kat sekolah (kakak) dengan tadika (adik). Gigih mak anak dua ni prepare gift untuk sambutan hari guru kat sekolah masing masing..
anak 2 boleh la layan..
anak berderet?? nanti la pikir..hahahaha...

 PREPARATION UNTUK KAKAK DAN ADIK

dari minggu-minggu lepas sampai la semalam dok pikir nak buat ape? nak bagi ape?
sudahnya cari je la barang yang sesuai untuk dorang dengan harga yang munasabah.
paham je la kan kalau dok shah alam ni harga barang dia macam mana..
sesak napaihhhh makkk..

Gift dari adik :

A banquet of flower!




Gift dari kakak :

Something special untuk letak kat maja cikgu..
hehehehe.,. ala ala macam table matt tu..




SAMBUTAN  DI TADIKA DZULLIMAN PUNCAK PERDANA

Malam tadi.
Sambut 3 in 1 terus.

Mothersday
Teachersday
Marhaban Ya Ramadhan

Senang...

speech dari Teacher Yun, Owner Dzuliman Puncak Perdana

persembahan dari khalifah-khalifah comel Dzulliman

dengan jiran tetangga..tak sempat amek gambar banyak banyak malam tu..pepaham je la yee..hehehe..

lepas tu ada jugak pertandingan .
pertandingan gubah buah-buahan

welll..
kita mak yang sporting,
harusslah join walaupun tangan ko kejung nak mendeko..
lantokkkan..

kita support each other..gituuuu..

undi dapat buah honey dew..
ahhh sudahhhh..

apelagik gugel la..


 
dannn.. kami menang tempat ke-3..jadiklah nokk..
buah 1 color ni susah sikit nak deco..suci murni sangat..

geng betik menang tempat 1st
tahniahh..

geng tembikai dapat no 2

geng anak anak jelita ni dpt no 4..
ok la.. support adik adik dgn mak mak join contest..
good job girlss..

Antara best buddy kakak aireen ni..
membesar sesama kat dzuliman.

last but not least,
penyampaian hadiah untuk setiap teacher yang ada..
Thank you teachers sebab sabar layan kerenah seorang airiel qaid.

semoga tak jemu mendidik anak anak khalifah..


SAMBUTAN  DI SEKOLAH RENDAH PUNCAK PERDANA

Sekolah kakak ni mama prepare hadiah je..
Harini papa yang hadir sebab papa kan AJK PIBG so wajib datang sebagai tetamu.
Gambar-gambar pon semua dari papa dan kawan-kawan mama yang jadi AJK jugak.

Tema Hari Guru : TWIN
sooo comel.
sooo cute..
pandai dorang pilih tema..hehehe..
triplet pon ade gak hokaayy!!..
layankan jela gambar ye..

hasil kerja parents SKPP
gigihhh..









sesi bagi hadiah kat cikgu kelas+ cikgu subjek..

harap cikgu suka la hadiah tu..
hehehe..

Sekian..
Thanks sudi baca..panjang lebauuu entry kali ni..
senang.. kita lamsamkan terus dalam satu entry..


 -MrsPuex-

JOM BAWAK ANAK-ANAK KE TAMAN TEMA INDOOR YANG TERBARU DI MALAYSIA!

Assalamualaikum/Hai,


Hi semua!

Just nak share berita gembira terutamanya untuk anak-anak. Tak lama lagi Dreamworld Play Centre akan memulakan operasinya dalam masa terdekat!


mrspuex- dreamworld playland
Selamat datang ke Dreamworld dan ia akan menjadi lebih fun ! 

Dreamworld Indoor Play Centre dibuka khas untuk kanak-kanak sehingga berumur 12 tahun. Persekitaran mesra alam, selamat dan seronok diterapkan untuk keselesaan mereka bermain. Konsep pembelajaran di sini adalah melalui kaedah bermain, meneroka, melihat dan berfikir. Gabungan pendidikan dan hiburan mempunyai kesan yang mendalam dalam perkembangan kemahiran motor, sosial dan interaksi kanak-kanak.

mrspuex- dreamworld playland

mrspuex- dreamworld playland
Keluasan Dreamworld Playland ini dianggarkan lebih kurang 6000 kaki persegi dan boleh memuatkan seramai lebih kurang 120 kanak-kanak dalam satu-satu masa. Besarkan?? dah la besar, Susun atur dan tema ala ala musim sejuk ini sangat menarik perhatian bukan sahaja untuk kanak-kanak tapi untuk parents sekali tau.. terasa seolah olah kita berada dan bermain di tempat sejuk tu haa..

mrspuex- dreamworld playland
Dan lagi satu, jangan lepaskan peluang untuk bergambar kenangan dengan maskot Dreamland Playland, mr Willie J, the eskimo..


CAWANGAN DREAMWOLRD PLAYLAND DAN HARGA PAKEJ YANG DITAWARKAN.


mrspuex- dreamworld playland

THE STARLING MALL
S-202, The Starling Mall, No 6 Jalan SS 21/37,
Damansara Uptown
47400 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan.

Boleh rujuk Gambar di atas untuk harga tiket.
Terdapat jugak Pakej-Pakej yang ditawarkan kalau kita nak buat apa-apa event seperti birthday party, group gathering dan sebagainya.

Mula beroperasi pada 25 Mei 2017

Outlet di Starling Mall ini menggabungkan permainan dalaman dengan tunggangan haiwan untuk kali pertama. Setiap kanak-kanak mendapat untuk memandu kenderaan mereka sendiri dan ibu bapa tak perlu risau. Keselamatan untuk mereka adalah terjamin tau..
mrspuex- dreamworld playland

IOI CITY MALL
L2-16, Level 2
ioi City Mall
Lebuh IRC, ioi Resort City
62502 Putrajaya 

Boleh rujuk Gambar di atas untuk harga tiket.
Pakej harga adalah berbeza untuk 2 tempat ni ya..
mohon jangan keliru plak nanti.

Mula beroperasi pada 27 Mei 2017

mrspuex- dreamworld playland
IOI City Mall  mempamerkan konsep tema bilik salji yang besar dan playland tertutup yang luas dengan tema yang sama juga. 

mrspuex- dreamworld playland
Ruang Event yang disediakan untuk para tetamu yang nak book di Dreamland Playland
mrspuex- dreamworld playland

Nak bagitau jugak ni. Dreamworld Playland juga menawarkan pakej 6 bulan Dreamworld Pass dengan  tawaran- tawaran yang sangat hebat ok!

Yuran Pakej 6 bulan adalah hanya sebanyak RM288.00 (harga asal RM5840.00 ) dan anak-anak korang akan dapat keistimewaan seperti :

RM288.00 Birthday Cash Voucher,
20% Diskaun untuk Drop N Shop Services
Jemputan Khas untuk apa-apa Program di Dreamworld Playland 
FREE Dreamworld PASBOOK Pass

mrspuex- dreamworld playland


Lagi best dan lagi cool,korang akan menikmati 1 PERCUMA kemasukan tiket dengan setiap pembelian 1 tiket! Promosi sah sehingga 28 Mei 2017. Tak sabar nak tengok impian anak anak menjadi kenyataan.. Hanya di Dreamworld Playland!


Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Dreamland Team :

012-7029509 (IOI City Mall) 

Tak sabarr nak bawak anak -anak menikmati musim SALJU kat sana..hehehee..



 -MrsPuex-