Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

searchbar lazada

Wednesday, May 24, 2017

Resepi Mudah Berbuka Puasa : Sotong Masak Kicap Berempah

Assalamualaikum/Hai,

Bulan Ramadhan bakal tiba tak lama je lagi.
korang yang dah jadi mak mak ni dah siapkan diri untuk menu sepanjang sebulan ni??

tak de idea lagi??

meh saya bagi idea salah satu resepi mudah untuk berbuka seisi keluarga.
yang penting penyediaan dia saapp sappp  dahh siap..

SOTONG MASAK KICAP BEREMPAH.

Resepi asal adalah sotong masak kicap yang biasa biasa je.
tapi saya upgredkan kesedapannya menjadi resepi luar biasa..hehehe.
maka terhasillah resepi sotong masak kicap berempah 
kesukaan keluarga kecil saya ni tauu.

mrspuex- RAMADHAN RAYA BLOGGER CONTEST

Cara- Cara Penyediaan Sotong Masak Kicap Berempah.

Bahan A:
Sotong kecil secukupnya.Bersihkan bahagian dalamnya.
Sos tiram secukupnya
Kicap masin secukupnya
Kicam manis secukupnya
Serbuk lada hitam secukupnya
Serbuk kunyit secukupnya
(Secukupnya refer kepada kuantiti sotong korang ye)

Bahan B :
3 sudu minyak masak
1 tangkai daun kari
1 kiub ayam 

(Diblendkan)
1 labu bawang besar
4 ulas bawang kecil
1 inci halia
2 batang serai

Bahan C :
(Untuk hiasan)
2 biji cili merah dipotong 3
2 biji cili hijau dipotong 3
4 helai daun bawang dipotong sebesar 1 inci..
1 biji tomato

Cara-cara :
Satukan Bahan A sehingga sotong sebati dan diperapkan bersama selama 5 minit.. Ketepikan.
Panaskan kuali bersama 3 sudu minyak masak. Tumiskan bahan yang diblend bersama kiub ayam dan daun kari. tumis sehingga kekuningan dan garing.
Masukkan bahan perapan sotong bersama kuah-kuahnya skali. Masak sehingga pecah minyak dan air sotong kering.
Last skali masukkan bahan C . gaulkan rata dan tutup api.

Sedia dihidangkan.
Selamat mencuba!


KNORR SEASONING CHICKEN 12 CUBES

Resepi bertambah enak jika korang masukkan 1 kiub knorr ayam ni dalam setiap masakan.
bagi saya, setiap masakan, memang saya akan bubuh at least 1/2 kiub knorr ayam ni tau..
Dalam resepi kat atas tu pon saya ada bubuh jugak 1 kiub ayam..
tak caya?? sila skroll atas.

mrspuex- RAMADHAN RAYA BLOGGER CONTEST
Sekarang dah mudah. Korang boleh beli online je .
kat mana??

kat LAZADA la..
LAZADA semua ada..
korang just pilih pilih, klik klik ajee..

Sempena Marhaban Ya Ramadhan dari Lazada ni, korang boleh menikmati diskaun sehingga 90% di setiap barang yang dijual..best kan??

apelagi?? pegi la terjah sana..


RAMADHAN RAYA BLOGGER CONTEST

mrspuex- RAMADHAN RAYA BLOGGER CONTEST
klik banner untuk join!

Perhatian kepada semua blogger!
inilah peluang keemasan untuk korang yang rajin join contest/giveaway..
hadiah yang ditawarkan sangat menarik tauu..
lagi ramai lagi havoc!
jomm join jomm..

Saya sudah!
anda bila lagi?
hikhikhik..
all the best untuk semua!


 -MrsPuex-