Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

SISTEM GURU ONLINE

APDM SAPS

Friday, April 14, 2017

Gym Kanak-Kanak Zac & Zibbo Di The Parenthood Sunway Piramid

Assalamualaikum/Hai,

Sesekali bawak anak mengenal gym pon best jugak kan??
 Terkini, di The Parenthood Sunway Piramid telah memperkenalkan gym kanak-kanak yang pertama di Malaysia iaitu Zac & Zibbo Kids Gym iaitu gym yang dikhaskan untuk kanak-kanak seawal usia 1 tahun dan ke atas.


Sebelum nak masuk ke dalam gym, kanak-kanak yang hadir, diberi peluang untuk sesi warming up yang dikendalikan oleh instrustor, Miss Cheryl.


   

dah selesai warming up bagai, kanak- kanak dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut umur.
ini membolehkan instructor mengajar mengikut tahun.


Cantik kan design dalam Zac & Zibbo Gym.

Seronok anak-anak dapat peluang merasa sendiri pengalaman bermain di dalam gym, menggunakan segala peralatan yang disediakan dan yang paling penting adalah keselamatan dalam aspek penggunaan peralatan adalah sangat bagus. 
semua peralatan adalah mesra kanak-kanak. sooo ibu bapa kat luar sana tak perlu risau tentang keselamatan anak-anak sewaktu bermain di gym Zac & Zibbo.
instructor yang dilatih akan monitor setiap pergerakan anak-anak kita.
  
  

Airiel Qaid in action.. kemain bertrademail yeee..
macamkan dah besarrr je dia tuu..

Qaira Arissa in action

summorsout by airiel qaid. amboiiii..
pic credit to blogger mummyjane. 

turn kakak aireen qaisara plak masuk gym.
   
Gym Kanak-Kanak Zac & Zibbo Di The Parenthood Sunway Piramid
1,2,3 pushhhhh..hehehe..


Parents kalau taktau nak buat ape,sila sila la ke gym jugak tau iaitu di WiO Parenthood Wellness.Lokasi betul betul bersebelahan dengan Zac & Zibbo kids gym. Dalam gym ni disediakan satu alat mesin Power Plate yang berharga hampir RM80,000. Fungsi utama mesin ni adalah untuk memantapkan badan, betulkan posture badan, meregangkan otot-otot di bahagian kaki dan belakang pinggang. 



Untuk pembaca blog mrspuex yang setia yang ingin mencuba sendiri di gym parenthood wellness, korang boleh dapatkan diskaun sebanyak 20% untuk setiap pendaftaran keahlian atau pun dengan mana-mana pakej. Hanya gunakan Kod "KKW14" . Sah sehingga 30 JUN 2017. Maklumat lanjut, boleh layari website www.theparenthood.com.my atau hubungi 016-2968983.

Family Cafe - Lilli Pilli.


kalau dah penat sangat main, dah tentu la lapar dan dahaga dan nak jugak rehat dan rileks.. soo parents jangan risau. dalam The Parenthood tu memang dah ada siap-siap cafe LilliPilli. makanan dan harga semuanya not bad. ada citarasa dewasa dan jugak citarasa kanak-kanak. speggeti aglio olio mantapp tauuu.. 


Gym Kanak-Kanak Zac & Zibbo Di The Parenthood Sunway Piramid
last but not least, thanks for inviting me and the bloggers.
satu pengalaman yang seronok buat anak-anak kami.

Kanak-Kanak Sihat,
Otak Cerdas
Keluarga Bahagia.
gituuuuu..

untuk info lanjut, boleh layari :


Alamat :
The Parenthood
1st Floor, Sunway Piramid West
Sunway Piramid.

No Tel :
016-2968983


 -MrsPuex-

Konsep Buffet Ramadhan Selera Desa Kembara Iftar Di Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur

Assalamualaikum/Hai,

Kurang sebulan lagi, Bulan Ramadhan bakal menjelma, Di kesempatan ini, banyak hotel-hotel dan resort- resort di serata malaysia membuat persediaan yang jitu untuk juadah berbuka puasa. bagi memeriahkan lagi bulan Ramadhan untuk tahun ini, Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur menyajikan pelbagai variasi hidangan yang bakal membawa kita mengembara ke seluruh ceruk bandar Kuala LUmpur di bawah satu bumbung berkonsepkan " Selera Desa Kembara Iftar Di Kuala Lumpur.

kredit gambar : ummizarra.com

Paling istimewa kali ini, terdapat replika Rumah Kampung Kayu Traditional disediakan oleh Chef Hassukri dan team. Rumah kayu yang seberat 60 kilogram ini diperbuat sepenuhnya dengan Edible Bergula. Antara bahan- bahan utama adalah gelatin, putih telur, gula icing, sirap glukos, tepung jagung dan air. pembinaannya sangat teliti.



Antara sajian kembara iftar yang dihidangkan ialah ikan bakar stail masakan portugis, nasi tumpeng jawa timur, rendang itik, siput sedut batang keladi, sup rusa, kambing golek, ayam golek, rojak mamak, asam laksa, roti canai pandan, ketupat, lemang, dan produk daripada durian seperti serawa, wajik, puding dan banyak lagi.

Konsep Buffet Ramadhan Selera Desa Kembara Iftar Di Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur

Konsep Buffet Ramadhan Selera Desa Kembara Iftar Di Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur

Tahun ini Pihak Ancasa Hotel & Spa menggabungkan tema Kembara Iftar Di Kuala Lumpur bagi menyingkap semula kenangan lama.  Juadah-juadah yang disediakan semuanya mengikut tempat-tempat yang dulu memang sangat popular dan sehingga kini masih terpahat dalam memori kita. Antaranya adalah Jalan Medan Pasar Lama, Warong Doraisamy, Jalan Pudu, Jalan Pantai Dalam, Kampung Attap, Jalan Bellamy dan banyakkkk lagi.

Konsep Buffet Ramadhan Selera Desa Kembara Iftar Di Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur

Konsep Buffet Ramadhan Selera Desa Kembara Iftar Di Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur

Menu-menu yang disajikan akan dihidangkan secara bergilir-gilir dan terdapat lebih 100 hidangan setiap hari yang terdiri daripada pembuka selera, sup, hidangan utama, minuman dan pencuci mulut. Antara juadah yang sempat saya cuba adalah :

Konsep Buffet Ramadhan Selera Desa Kembara Iftar Di Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
masak lemak cili api siput sedut batang keladi.

Konsep Buffet Ramadhan Selera Desa Kembara Iftar Di Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
sambal tumis udang bersama petai.

Konsep Buffet Ramadhan Selera Desa Kembara Iftar Di Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
ikan bakar portugis.

Konsep Buffet Ramadhan Selera Desa Kembara Iftar Di Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
Asam Laksa

Konsep Buffet Ramadhan Selera Desa Kembara Iftar Di Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
pencuci mulut .

Konsep Buffet Ramadhan Selera Desa Kembara Iftar Di Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
menarik perhatian betul kek dengan limpahan sos stroberi ni.

Konsep Buffet Ramadhan Selera Desa Kembara Iftar Di Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
Apam balik.

Konsep Buffet Ramadhan Selera Desa Kembara Iftar Di Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
Nasi Tumpang Jawa Timur.

Harga :

Early Bird sehingga 15 Mei 2017 
RM58.00 sahaja

Harga Asal :
RM68.00 (Dewasa)
RM40.00 (Kanak-Kanak)

Maklumat lanjut :
Saffron Brassirie - 03-2026 6060
Website : www.ancasahotels.com

kredit gambar : www.idabaharum.com

Terima kasih PR dan Hotel Ancasa & Resort sudi jemput saya dan rakan blogger yang lain.

 -MrsPuex-