Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

searchbar lazada

Monday, March 27, 2017

Sambutan Hari Pengasas Pakar Kulit Dr.Ko 2017

Assalamualaikum/Hai,


Hari Pengasas KO kembali untuk tahun kedua. Bermula 24 Mac sehingga 30 April 2017, Klinik Pakar Kulit Dr KO akan menyambut Hari Pengasas KO bersama golongan kurang bernasib baik dan pada masa yang sama memberi ganjaran kepada pelanggan setia dengan pelbagai tawaran hebat.

Dato Dr Ko Chung Beng, Pengasas KO Skin Specialist Center.
Hidup kita akan lebih bermakna apabila kita membawa perubahan positif kepada masyarakat dan kehidupan seseorang. Tugas sebagai doktor adalah merawat pesakitnya dan juga mengembalikan keyakinan diri mereka. Saya percaya setiap orang mampu mengubah hidupnya, namun masih terdapat kumpulan yang kurang bernasib baik yang memerlukan bantuan masyarakat dan rawatan. Marilah kita sama-sama menyumbang demi kesejahteraan dunia, "kata Dato Dr. Ko Chung Beng.

Encik Amin Mohd Ali Sidik dari Persatuan Ibu Bapa dan Anak Anak Sakit Kanser Malaysia.
Pada tahun lepas, Dato Dr Ko telah menyumbangkan RM27,000 kepada Yayasan Beautiful Gate untuk kumpulan kurang upaya. Tahun ini, beliau mensasarkan sumbangan sebanyak RM50,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Anak Anak Sakit Kanser Malaysia.

Artis tempatan Dynas Mokhtar dan Idris Khan turut hadir memeriahkan majlis pelancaran Hati Pengasas KO.


Dengan setiap transaksi di klinik pakar kulit Dr Ko bermula 25 Mac sehingga 30 April 2017, Dr Ko akan menderma RM1 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Anak Anak Sakit Kanser Malaysia.

Untuk maklumat lanjut boleh layari www.foundersday.koskinspecialist.com

 -MrsPuex-