Zoo Moo Parti Like Animal Di Dreamworld Playland

Assalamualaikum/Hai,

Zoomoo Party like an animal??
yess.. my kids berpeluang menghadiri Zoomoo party yang telah diadakan di Dreamworld Playland cawangan The Starling Mall.

Best rupanya zoomoo channel kat astro ni. Banyak pengisian yang bagus untuk minda dan IQ untuk kanak-kanak. Eyh bukan kanak-kanak je suka, mak ayah pon boleh terleka tau bila channel zoomoo ni ON kat rumah. Terlupa dah channel-channel best yang lain. hahahaaa..


APA ITU ZOOMOO?

Zoomoo adalah saluran kanak-kanak pertama di dunia yang ditujukan sepenuhnya kepada dunia haiwan. saluran interaktif sepenuhnya ini mempunyai pelbagai jenis puppets, kartun, permainan, muzik, teka-teki dan aktiviti yang direka untuk menghasilkan pengalaman televisyen dan pendidikan yang unik dari penonton yang kebanyakannya adalah dari golongan kanak-kanak.

Saluran Zoomo ini telah berjaya dibangunkan dengan menggunakan sepenuhnya teknologi IT untuk membantu kanak-kanak menerokai dunia haiwan, dengan cara yang menghiburkan dan penuh interaktif . Zoomoo boleh didapati di Astro, saluran 619.



APLIKASI ZOOMOO

Apabila aplikasi Zoomo dalam mode ON di handphone atau mana-mana tablet tapi dalam masa yang sama anak-anak kita tengah tengok channel Zoomo kat tv, kandungan percuma akan dihantar terus ke tablet atau smartphone. Aplikasi zoomoo masih boleh digunakan walaupun ia tidak disambungkan ke saluran tv dan kanak-kanak boleh browse dan explore kandungan yang telah mereka kumpulkan. kanak-kanak akan dapat mengumpul lebih daripada 160 haiwan untuk bermain dengan serta item yang termasuk:

1. Animal cards
2. Animal Sound Effect
3. Videos of animals in their natural environments
4. Food cards for feeding animal.

Semua 4 perkara di atas boleh dapat secara percuma di aplikasi App Store dan google Play Store. Parents, sila install cecepat! 

the kids and Flash.



DREAMWORLD PLAYLAND, STARLING MALL

Bila dah buat event kat tempat yang kid's friendly, terus la kanak-kanak teruja terok! apa yang best sangat kat Dreamworld Playland ni?? tempat mainan indoor dia awokk!! selain tu tema ala ala frozen. sejukk je mata mak pak memandangnya. Soal Keselamatan? jangan risauu.. keselamatan anak-anak kita sangat terpelihara di mana ada penjaga dari dreamland tu sendiri yang monitor. tapi parents pon perlulah jugak memerhati setiap gerak geri anak anak okeh!


 

   


Kalau ada yang teringin nak buat event birthday party memang sangat-sangat disyorkan untuk buat di Dreamworld Playland . ada ruang untuk tiup lilin, ada ruang makan dan paling penting ada ruang melepaskan anak-anak untuk explore segala macam mainan kat dalam tu. 

Terima kasih tak terhingga kepada Zoomoo Asia sudi menjemput saya dan keluarga. dan terima kasih juga kat Dreamworld Playland sebab menyediakan ruang tempat yang selesa sepanjang event ini berlangsung. lain kali jemput lagi okeh!!

untuk sebarang pertanyaan, boleh refer maklumat seperti di bawah :

ZOOMOO ASIA
website : www.zoomoo.tv

DREAMWORLD PLAYLAND



 -MrsPuex-

13 Comments

This is interesting! Gonna share with my friends :)
Rafzan Tomomi said…
yeayy seronoknyaa. ada tak untuk orang dewasa playland tu hahaa
Suria Amanda said…
Anak- anak buah akak suka la rancangan kat zoomoo ni..akak x explore lagi..nanti balik seremban akak nak skodeng la..apa yg best sgt
Mahamahu said…
La ingat Zoomoo ini ada mini zoo hehehe salah maksud tapi sekarang banyak tempat untuk hiburan dan pemelajaran kanak-kanak yang bagus macam ni...
Fiza Rahman said…
Bestnya. Tak pernah lagi pergi playland ni. Ada dapat invitation. Tapi PR tu kata anak 5 & 7 Tahun jer boleh masuk. Yang setahun dengan 10 tahun tak boleh. Mana boleh tak bawak semua. Tak aci kan.
Hanny Abdullh said…
Leh pinjam anak tak? Nak merasa masuk playland tu..hehehe
Rawlins GLAM said…
Mesti anak-anak semua kegembiraan dengan layanan dan semua mainan kat sini - confirm riuh rendah kan
Alia Farhan said…
bestnya...nephew kita suka sgt channel zoomoo ni..isap ada apps kan..
n aktiviti kat playland pun best sgt...kids surely njoy it
apekinahdotcom said…
Bestnya, tapi anak kinah kecik lagi. Tak sesuai dengan playland dia
Azirahman said…
Menarik ni. Anak-anak mesti suka.
Fieza Sani said…
Seronoknyaa..ni mak pak pun suka..bukan budak2 je..haha
Lia Hasty said…
Bagus zoomoo ni tarikan untuk kanak-kanak. Takdelah terperap main handphone.
Bro Framestone said…
Kalau bawa anak mai sini, mesti dorang suka gila... Jenuh nak ajak dorang balik nanti T-T