FUN RUN AT KIDS ECO-DASH 2017

Assalamualaikum/Hai, 

Kementerian pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPK) buat julung kalinya menganjurkan acara Kids EcoDash di Taman Botani Negara Shah Alam pada 15 Oktober 2017 (Ahad) yang lepas. Acara ini merupakan satu acara larian kanak-kanak di mana kanak-kanak yang join program ini dapat merasakan pengalaman larian 'Big Race' yang diadakan di lokasi tarikan eko-pelancongan yang selamat dan 'educational'.
fun run kids eco dash in action!

bakal pelari negara satu hari nanti..hehee..

Seperti acara larian yang lain, ibu bapa serta hali keluarga dapat turut serta sebagai sukarelawan, bukan hanya untuk memastikan keselamatan anak-anak mereka terjamin malah boleh suai-kenal dengan ibu bapa yang join selain membantu dalam pengurusan logistik seperti memastikan kebersihan kawasan, taklimat acara kepada ibu bapa, pengagihan race-kit dan sebagainya.

upacara perasmian dan serta senaman warming up untuk para peserta.

Acara ini merupakan program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) telah mendapat kerjasama Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta pihak swasta iaitu Tough Gorilla.

antara halangan-halangan yang peserta tempuh.
my lil boy in action!


laju hokey dia lari. papa yang folo pon semput..hahaha.. mama? stanby kat kakak untuk kategori tiger.

Melalui acara ini, ianya bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia mununjukkan rasa sayan kepada Negara melalui perkongsian pengalaman melancong atau beriadah di destinasi pelancongan dengan menggunakan hashtag #SayangMalaysia untuk kempen melalui kempen Media Sosial. 

view dari atas balkoni.

Bagi tahun 2017, acara ini akan dilaksanakan dalam 2 siri iaitu pada 15 Oktober 2017 bertempat di Taman Botani Negara Shah Alam sempena Hari Sukan Negara manakala 28 Oktober 2017 di Taman Botani Perdana Kuala Lumpur bersempena dengan Citrawarna @ Kuala Lumpur 2017.


Flag-off. ready, get set gooo!!

Program Kids Eco Dash telah dirasmikan oleh Ybhg. Datuk Rashidi bin Hasbullah, Timbalan Ketua Setiausaha(Kebudayaan), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dalam upacara Flag-off. 

Ada 3 kategori kesemuanya iaitu :
1. Kategori Caterpillar - kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun - jarak larian 1km

2. Kategori Rabbit - kanak-kanak berusia 7 hingga 9 tahun - jarak 1.8km
3. kategori Tiger - kanak-kanak berusia 10-12 tahun - jarak 3km

aireen masuk kategori rabbit, qaid pulak masuk kategori caterpillar. 


pemenang untuk setiap kategori.
tahniah semua! lajuu giler okeh dorang lari.

Pemenang-pemenang menerima wang tunai sebanyak RM150.00 untuk tempat pertama, RM100.00 untuk tempat kedua dan RM50.00 untuk tempat ketiga bagi setiap kategori. 

our 1st finisher medal for fun run Kids Eco Dash 2017!
yahuuuuu!!!

FUN RUN AT KIDS ECO-DASH 2017
jomm balik!

Bagi yang berminat untuk join siri kedua yang akan diadakan pada 28 Oktober 2017 nanti bertempat di Taman Botani Perdana Kuala Lumpur, pendaftaran bermula 16 Oktober 2017 .  Untuk keterangan lanjut, boleh refer maklumat berikut :
Website : www.motac.gov.my

Tel : 03-88917193
Faks : 03-88917181


 -MrsPuex-

0 Comments