Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

SISTEM GURU ONLINE

APDM SAPS

Friday, October 6, 2017

Enchanteur Stunning : Penampilan tidak akan sempurna tanpa wangian!

Assalamualaikum/Hai, 

 Wangian seorang wanita mempunyai daya tarikan sama seperti tertariknya seekor lebah kepada pati nektar dan kenyataan ini sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi. Kajian menunjukkan wanita yang memakai haruman dilihat lebih sensual dan menarik. Justeru itu, wanita telah mengetahui dengan tepat sejak berabad lalu, bahawa minyak wangi merupakan aksesori yang tidak menonjol, tetapi mampu untuk menyerlahkan si pemakai dan mencipta aura yang tiada tandingan.



ENCHANTEUR jenama wangian terkemuka dengan haruman yang diinspirasikan dari Perancis, telah melancarkan semula rangkaian Eau de Toilette dan penjagaan peribadi. Bersempena pelancaran ini, satu haruman baharu yang sangat menarik telah diperkenalkan iaitu, Stunning! Wangian mempesona ini merupakan gabungan Turkish Rose dan Magnolia, telah dipertingkatkan dengan kemanisan dari Blackcurrant Bud dan Raspberry serta dicampur juga dengan  kelembutan Sandalwood. Pemakai Stunning akan tertawan dengan aroma sensual yang dipakainya sendiri, menjadikan dia wanita yang istimewa, seterusnya menyerlahkan penampilan dan personalitinya.

Selain Eau de Toilette, variasi Stunning juga hadir bersama produk pelengkap melalui rangkaian penjagaan peribadi termasuk losyen, deodoran, dan bedak talkum yang membuatkan kulit lebih lembut menawan sehalus satin dan berharum wangian segar sepanjang hari.


ENCHANTEUR telah membaharui bentuk botol rangkaian EDT. Botol EDT ini berkonsepkan bentuk tubuh seorang wanita memakai gaun berlipat dengan potongan duyung; manakala variasi warna pada botol adalah berdasarkan wangian flora di dalamnya. Keanggunan botol ini dimahkotakan dengan penutup berbentuk bunga mawar mekar yang menjadi simbolik percintaan yang romantis dan pati bunga yang menjadi esen pelengkap di dalam botol wangian tersebut. Pembungkusan indah ini amat mudah dipegang dan boleh dijadikan hiasan di atas meja rias.


 HARGA :
 Eau De Toilette (50ml) : RM28.20 (termasuk 6% GST) 
 Losyen :  RM5.40 hingga RM17.60. 
Deodoran  : RM4.90 (roll-on), RM8.40 (spray)
Bedak   :  bermula RM4.40 hingga RM11.80.

 Pelbagai produk wangian serta produk penjagaan diri Enchanteur boleh didapati di semua rangkaian pasar raya, pasar raya besar dan farmasi.  Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR, sila ke:

Website :  www.enchanteur.com.my 


 -MrsPuex-

9 comments:

Bella Jamal said...

Tak perlu beli yang mahal untuk kegunaan harian. Parfum Enchanteur pun wangi jugak!

Rawlins GLAM said...

NI perfume legend nie - zaman saya dulu, siapa pakai Enchanteur kira dah hipster habis dah hehe

Salina Johari said...

Enchanteur dari dulu memang jaga kualiti..harga pun berbaloi sangat!!

Nadia said...

always heard positive feedback from this brand haha must try!

Henry Tan said...

rose wanginya~~~ harga also quite okay.

Hwajing Royal High Tea

Hanis Masturina said...

Bauan enchanteur semua saya suka hehehe

Jane Chua said...

I like the natural scene of Enchanteur perfume. I used it for almost 10 years already.

Bro Framestone said...

Dulu... bro minat bedak dorang sebab ada seorang awek yang bro minat tue pakai bedak nie.. wangi sangat.. selesa dok sebelah dia... tapi.. tapi dia awek orang lain... bila dia single, bro pulak dah xsingle dah

Haneeza Mohamad said...

enchanteur memang best sangat-sangat, hehe