Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

SISTEM GURU ONLINE

APDM SAPS

Monday, October 9, 2017

Aireen masuk acara lumba lari

Assalamualaikum/Hai, 


Sebagai mak, rasa teruja tau bila anak terpilih menyertai apa-apa acara di sekolah.
untuk tahun 3, sebenarnya hanya masuk acara sukaneka je. aireen pon terpilih gak masuk acara apetah.. dan menang jugak acara tu..

so untuk kejohanan sukan tahunan sekolah dia, hanya tahun 4 & 5 je yang join tapi memandangkan penyertaan tak menggalakkan maka sekolah buka juga untuk tahun 3. nama aireen pon masuk untuk acara 4x80 meter perempuan tahun 3. ok anak, silakan masuk. actually dia memang suka aktiviti sukan. awal tahun haritu dia masuk maraton, dapat no 15 dari berpuluh2 tahun 3 yang join. 
bakat terpendam rupanya dia ni.

muka eksaited naik bas sekolah ke stadium uitm shah alam.
syarat ketat sekolah, semua murid yang bertanding wajib naik bas sekolah. ibu bapa yang nak join, sila folo belakang bas saje..hahaha.. sooo mama jadi mamarazi on that day.
papa takde, adik duduk dgn atok opah kat umah. hajat nak bawak semua tp memandangkan atok opah tak larat nak bertangga2 kat stadium nun , duduk rumah je jawapan nya.. plus anak2 adik, qisya n qaira pon ade jugak tido rumah..soo tak terasa la si adik tu kena tinggal..hahaha.. 

barisan hadiah untuk bakal pemenang.


early in the morning. kasi bau track dulu..
aireen and her friends!

mak duduk mengadap padang. panas lit litt uols!matahari memancorrr ataih kepala.

tepat jam 9 pagi, acara pembukaan start.
ade perbarisan, ikrar, perasmian.
teringat plak memori masa sekolah dulu..lamaaa jugaklah tak jejak stadium tgk aktiviti macam ni..


perbarisan dari rumah beta - kuning.

rumah gamma - biru
rumah alfa - hijau .

rumah sigma - merah

acara senamrobik diketuai oleh kakak-kakak dari uitm.. not bad! mak rasa nak join sama tapi mak segan..hahahaa..

kebetulan hari yang sama mama ade event lain area shah alam jugak.terpaksa cabut lari kejap penuhi undangan sebab dah rsvp awal. sukan aireen ni pon dapat tau kena pegi last mnit.. so terpaksalah mama jadi biskut.. kejap ade, kejap hilang. kol 1030 terpaksa lari keluar. malangnya, time hilang tu time anak nak berlari.. sedih x dapat snap gambar / video dia lari tapi nak buat cemana, mak redhoo.. 

bila sampai semula, cari anak tak jumpa. ah sudah!
melilau ok biji mata tengok sekitar kawasan.
rupa-rupanya..

nahhhh mamaa!!
kakak menang GOLD acara 4x80 meter perempuan tahun 3
patutlah cari xde, rupanya pegi beratur nak amek medal.. aduhaii.. terlepas jugak moment itu..sobbbbbb!!


Anyway, tahniah kakak!
mama proud of u!
ada bakat terpendam dalam sukan.
keep it up. mama support dengan sepenuh hati.

boleh la kita register acara lari lari ni kan???
fuhhh.. fuhhhh!!



budak hitam legam kena sunburn terok!
geng mekap mama dah besar. huwaaaaaa...
lepas ni jadi geng masak mama pulak okeh!
kita laga laga punggong masak masak kat dapur comel kita okeh!


 -MrsPuex-

22 comments:

Nuha Nawawi said...

Wah, begitulah kita bila anak-anak ada program disekolah terutamanya hari sukan bukan main seronok dan bersemangat. Kita ni lah yang berpeluh menunggu dan mengambil gambar. Apapun ianya adalah sebahagian dari kisah dan memeri persekolahan mereka.
Rumah merah ya?

Hanny Abdullah said...

Wow kakak..bestnya menang gold. Bakat terserlah dah tu Aini...makna kena asah lagi ni...mana tau boleh jadi atlete negara..

Siti Rohaida Yusof said...

tahniah kakak...seronoknya bila sama join hari sukan macam ni..Sokongan dari mak ayah memang bagus untuk dia kan.Mana tau nanti jadi atlet negara..

rubydotmy said...

Alahai comelnya. teringat masa ruby sekolah dulu. Cikgu suruh masuk larian pas baton ni. Memang best. Cuma masa tu family ruby tiada pendedahan utk pelari. So tiada training dan akibatnya slowly injured.

Nanti akak bawa la anak training lari tu, at least dia punya otot ready. Lari hari-hari di taman permainan pun bagus. Belikan kasut lari yang sesuai. Baru lah semangat. Mana la tau anak akak nanti wakil sekolah, daerah, negeri, nagara dan Asia? Hehehe. Well done adik! Tahniah dapat gold!

Maha Mahu said...

Moment paling best seorang ibu bila dapat lihat kejayaan anaknya didepan mata. Walaupun ia tidak sebesar mana tapi hasil didikan seorang ibu anak jadi sebegitu berjaya. Tahniah akak dan adik kerana berjaya dapat gold juga hehehehe..

Afizah Abd Rahman said...

Tahniah Aireen. Dah terserlah bakat larian ni. Nanti boleh jadi wakil malaysia untuk sukan SEA 😁

Hanis Masturina said...

Tahniah aireen dapat emas. Nanti berlatih bersungguh-sungguh ye banggakan mak ayah hehehe

Bella Jamal said...

Mesti dia seronok sangat sebab menang. Dapat tewaskan pelajar darjah 4 & 5 pula tu! Mesti acara macam ni, ibu bapa pun akan excited. Penting untuk support anak-anak dalam aktiviti sekolah dorang. Btw, tahniah adik dapat emas!❤

sayaiday said...

Dulu kita yang seronok bila join acara sukan. bila dah kahwin and ada anak ni, tumpang seronok and bangga dekat anak sendiri. Hahaha

bestnya la, dapat jadi pasukan sorak. hehehe

Tahniah adik berjaya dapat emas. hehe

Amanda Suria said...

Akak pun memang teruja kalau anak2 dapat mewakili sekolah dalam apa juga acara, cuma sejak kakak Dania dh besar ni dia x suka SA datang..malu katanya...dia dh besar ye la..akak sentiasa rasa dia kecik..mula la kena peluk cium..dia segan ngan kawan heheheh

Seri wangi said...

tahniah kakak.. Semoga kakak sentiasa maju jaya

Shafyqah Azry said...

tahniah! darjah 3 kan? tingginya haha baguslah dia dah aktif sukan dari skrg, mana tau boleh wakil negeri ke nanti takpun wakil malaysia hehe

Intan Saffyna said...

New Giveaway lets start! Jom join :)
https://intansaffyna.blogspot.my/2017/10/giveaway-besar-besaran-by-intan-saffyna.html

yaya_flanella said...

Syoknya baca. Tak sabar tunggu anak sendiri besar dan rasa pengalaman macam ni hihi tahniah Adik! Dapat emas tu fuhh

Mohd Zarin said...

Seronoknya dapat tengok anak masuk sukan larian macam ni. Setiap moment tu ada gambar lagi la best dpt tengok bila dia dah besar nanti. Tapi sekarang ni budak2 dah canggih.. Hari Sukan terus buat kat stadium.

Zaman kita dulu kat padang sekolah je

Rawlins GLAM said...

Kenapa segannak join aerobik? Join je - serlahkan bakat tu. Hehe. Mesti menang soraak kalau mama dia join aerobik.

Sejarah Islam Pahang said...
This comment has been removed by the author.
Sejarah Islam Pahang said...

mmg best program sukan, dahulu buat di padang sekolah dan skrg dah ada di stadium... hehe

Wendy Pua said...

So touching to have bonding time dgn anak anak!
I feel the love of a mama and enjoy reading the post.

Android Xperia Z3 Gaming Channel said...

congrat sis anak menang dlm pertandingan sukan :)

Norlaili A Wahab said...

Tahniah aireen. Hebat lah πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼

Ika Sani said...

Wahhh semanangatnya masuk larian. I
Kalau free time nak juga join . Lemak dh byk ni huhu