Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

SISTEM GURU ONLINE

APDM SAPS

Wednesday, June 21, 2017

Berbuka Bersama Anak-Anak Yatim Di Ancasa Residents , Port Dickson

Assalamualaikum/Hai,

Berbuka Bersama Anak-Anak Yatim Di Ancasa Residents , Port Dickson

Alhamdulillah.. saya dan keluarga diberi peluang dan berkesempatan untuk berbuka bersama-sama anak-anak yatim di Ancasa Residents Port Dickson. Untuk makluman semua, Ancasa Residents Port Dickson telah mengadakan majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak dari Yayasan Anak-anak Yatim Port Dickson. Majlis ini merupakan program tahunan dan menjadi tradisi setiap kali bulan Ramadan yang juga turut mencerminkan inisiatif dan keprihatinan kumpulan pengurusan hotel dalam memenuhi tuntuan tanggungjawab sosial korporat (CSR) khusus untuk golongan yang kurang bernasib baik.

Berbuka Bersama Anak-Anak Yatim Di Ancasa Residents , Port Dickson

Datuk Seri Dr. Mohd Shafei Abdullah selaku Pengerusi UDA Holdings Berhad, Pengarah Urusan Berkumpulan UDA Holdings Berhad, Datuk Ahmad Abu Bakar dan Datuk Ahmad Tajuddin Mohamed, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Pengurusan Aset selaku tetamu kehormat dijemput hadir dan diberi penghormatan untuk mengagihkan duit raya bagi pihak Ancasa Residents , Port Dickson kepada seramai 55 orang anak yatim.

Berbuka Bersama Anak-Anak Yatim Di Ancasa Residents , Port Dickson

Berbuka Bersama Anak-Anak Yatim Di Ancasa Residents , Port Dickson

Berbuka Bersama Anak-Anak Yatim Di Ancasa Residents , Port Dickson

Bubur lambuk juga diedarkan secara percuma sempena menyambut ramadan yang mana bubur lambuk yang sedap cukup rempah segalanya di masak dengan penuh kasih sayang dan berpengalaman oleh chef mariam dan chef Yohanis. Lebih kurang jam 5.00 petang, bubur lambuk diedarkan kepada orang awam yang dibantu oleh Pengurus Hotel iaitu Encik Md Shukri Yusuf dan beberapa kakitangan pengurusan hotel itu sendiri. Dengan cara ini pihak pengurusan dapat menyatakan rasa terima kasih terhadap orang ramai yang sentiasa memberi sokongan.

Berbuka Bersama Anak-Anak Yatim Di Ancasa Residents , Port Dickson

Berbuka Bersama Anak-Anak Yatim Di Ancasa Residents , Port Dickson

Program sebegini sebenarnya dapat mengeratkan silaturrahim serta hubungan kekeluargaan dan kerjasama kakitangan dan pihak pengurusan sekaligus memupuk budaya memberi kepada mereka yang memerlukan . Aktiviti korporat seperti ini juga dapat memberi ruang untuk mendekatkan diri dengan masyarakat secara langsung.

Bagi memeriahkan majlis ini, Ancasa Residents , Port Dickson menyajikan pelbagai variasi hidangan yang dulunya memang popular di sekitar daerah Port Dickson pada tahun 70an hingga 90an yang berkonsepkan 'Selera Desa - Kembara Iftar Di Port Dickson' .

Berbuka Bersama Anak-Anak Yatim Di Ancasa Residents , Port Dickson

Semua pasti tahu bahawa masakan kampung merupakan masakan yang tidak jemu dinikmati. Tahun ini pihak Ancasa Residents , Port Dickson menggabungkan tema kembara iftar di port dickson bagi menyingkap semula kenangan lama. Malahan juadah yang disajikan mengikut daerah-daerah yang dahulunya popular dan hingga kini memori tu tetap melekat dalam memori kita terutamanya bagi yang memang lahir dan membesar kat sini.

Berbuka Bersama Anak-Anak Yatim Di Ancasa Residents , Port Dickson

Berbuka Bersama Anak-Anak Yatim Di Ancasa Residents , Port Dickson

Berbuka Bersama Anak-Anak Yatim Di Ancasa Residents , Port Dickson

Ada lagi beberapa hari je lagi ramadan nak sampai ke penghujung. bagi yang masih berkesempatan, boleh cuba berbuka di sana dengan konsep buffet serendah RM45.00 (Dewasa) dan RM30 (kanak-kanak). Sebarang pertanyaan, boleh hubungi 06-6627188 samb # 6. Atau boleh layari laman web www.ancasahotels.com untuk info lanjut.

Berbuka Bersama Anak-Anak Yatim Di Ancasa Residents , Port Dickson

Terima kasih banyak-banyak kepada pihak Ancasa Residents , Port Dickson dan PR Pn Roosmawati Aboo Hassan kerana sudi menjemput saya dan family untuk turut sama memeriahkan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim daerah port dickson.

Kenangan yang takkan pernah dilupakan.. in sya allah kalau ada rezeki tahun depan, jemputlah kami lagi ye..hehehhe. 



 -MrsPuex-

Monday, June 19, 2017

Sambut Hari Bapa 2017

Assalamualaikum/Hai, 


Plan last minit biasalah mesti menjadi punya..
Hari Bapa jatuh hari ahad lepas kan?
tapi kitorang buat advance sikit, hari sabtu memandangkan nak berkumpul berbuka bersama dengan mak abah.
dah alang-alang tu terus plan terkejut-kejut...
menu berbuka - nasi lemak.
mak masak nasi + sambal sotong kembang
aku bawak ayam cowboy + ayam pasu telangkup pd
kak ipau bawak telur rebus + kuih muih
adik bawak badan..hahahaha..

aku dari pd.
adik dari taman teratai
abang dari putrajaya..

tapi biasalah, orang jauh mesti sampai dulu..hehehee..

kek paling sedap dari my sis in law..
sedap gilak ciskek ni ..
tq sisturr..


Image may contain: 6 people, people smiling, people standing
Man in the house!
adik ipar, my bro, abah, my hubby.
small celebration je..
semoga semua kekal sihat sejahtera untuk mengemudi family masing-masing..

we lovee u!
we lovee u!
we lovee u!


 -MrsPuex-

Resepi Biskut Cornflakes

Assalamualaikum/Hai,

Since ramai yang tanya dan mintak resepi,
so kita share kat sini lah..
ini bukan resepi rahsia, ni resepi bonda yang dibuat dengan penuh kasih sayang.
soo dengan sukacita dan sukahatinya aku nak share ilmu resepi bonda untuk korang.

janji kena rajin lah ye..
tak pe, kalau malas pon boleh buat jugak.. saapp sapp soi je haa..

seriusly ni biskut raya kami sekeluarga turun temurun.
kalau pegi beraya umah orang, adik aku tatapp jugak nak bawak biskut ni masuk dlm tisu then makan kat umah orang.. dengan aku pon terjebak sekali..hahahaha...

ko mampu kunyah biskut raya sendiri kat rumah orang??
kami mampu ok.. *buruk perangai*

Baca betul betul ya.

mrspuex_resepi biskut cornflakes


RESEPI BISKUT CORNFLAKES.

Bahan-bahan (untuk 1 bancuhan):
3/4 cawan butter
3/4 cawan gula castor
11/2 Tepung MFM(naik Sendiri) - jangan durhaka pkai tepung gamdum ke superfine ke.. kang bentan, cakap aku tak bagitau.
1 sudu esen vanila
1 biji kuning telur - yang putih telur tu korang simpan buat masker..heeee..
cornflakes secukupnya (ramas sampai separuh hancur)

cara-cara :
pukul butter & gula sampai kembang(putih)
masukkan telur. pukul. then masukkan esen vanila.Pukul.
masukkan tepung sikit-sikit dan pukul dgn kadar perlahan atau kacau pkai senduk.
bulat-bulatkan bubuh atas cornflakes yang dah diramas (sukatan bulat ikut suka) dan golek-golek sampai penuh cornflakes.
bakar 150 darjah celcius (ikut oven memasing) dlm 10-15 minit.api atas bwh. sampai kuning ke coklat coklat sikit.
sedia untuk dihidangkan..
nak cantik boh buah ceri atas tu.. kitorang malas, so mkn togel je..hehe.. penah boh ceri tapi kitorang kopek jugak letak tepi..*perangaiiii*

*sukatan dalam bentuk cawan. pakai cawan yang sama (tak kisah cawan mana tp jgn mug/gelas tau..) aku pakai cawan orang dedulu yang transparent tu.. dah resepi bonda, kena pakai barang yang oldskool jugak le.. hehehe..

mrspuex_resepi biskut cornflakesmrs
my esisten. bertahan 10 minit je kat meja tu..
Selamat Mencuba!

 -MrsPuex-

Thursday, June 15, 2017

PROGRAM AMAL ANCASA HOTELS & SPA KUALA LUMPUR SEMPENA BULAN RAMADHAN 2017

Assalamualaikum/Hai,

Ancasa HOtel & Spa , Kuala Lumpur telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak dari Pusat Jagaan Kasih Murni , Taman Keramat Kuala Lumpur. Majlis ini merupakan program tahunan dan menjadi tradisi setiap kali bulan Ramadhan yang juga turut mencerminkan inisiatif dan keprihatinan kumpulan pengurusan hotel dalam memenuhi tuntutan tanggungjawab sosial korporat (CSR) khusus untuk golongan yang kurang bernasib baik.


Pengarah Urusan Berkumpulan UDA Holdings Berhad, Datuk Ahmad Abu Bakar dan Datuk Ahmad Tajuddin Mohamed, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Pengurusan Aset selaku tetamu kehormat dijemput hadir dan diberi penghormatan untuk mengagihkan duit raya bagi pihak Ancasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur kepada 50 orang anak-anak yatim yang hadir.

Tahun ini merupakan tahun yang amat bermakna bagi Ancsa Hotel & Spa Kuala Lumpur kerana mendapat sokongan dan tajaan bas daripada Kopetro Travel & Tours Sdn Bhd bagi urusan pengangkutan pergi dan balik. Manakala, Syarikat Tanjong (Peladang Food Industries (M) Sdn Bhd) untuk tajaan rempah ratus. Rempah ratus ini digunakan untuk memasak kari daging dan bubur lambuk. Bubuk lambuk istimewa hasil air tangan dari chef Mariam dan Che Yohanis. seriusly sangat sedap. 

PROGRAM AMAL ANCASA HOTELS & SPA KUALA LUMPUR SEMPENA BULAN RAMADHAN 2017
Kumpulan Nasyid Rabbani juga turut hadir memeriahkan majlis.
Program sebegini sebenarnya dapat mengeratkan silaturrahim serta hubungan kekeluargaan dan kerjasama kakitangan dan pihak pengurusan sekaligus memupuk budaya memberi kepada mereka yang memerlukan. Aktiviti korporat sepeti ini juga dapat memberi ruang untuk mendekatkan diri dengan msyarakat secara langasung.

PROGRAM AMAL ANCASA HOTELS & SPA KUALA LUMPUR SEMPENA BULAN RAMADHAN 2017
sebahagian anak-anak yatim yang hadir.
Bagi memeriahkan lagi majlis berbuka ini, Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur menyajikan pelbagai variasi hidangan yang dulunya memang popular di sekitar bandar Kuala Lumpur pada tahun 70an hingga 90an. Dan kini berada di bawah satu bumbung berkonsepkan 'Selera Desa - Kembara Iftar Di Kuala Lumpur'. Info lanjut untuk buffet ramadhan ini boleh klik SINI .

PROGRAM AMAL ANCASA HOTELS & SPA KUALA LUMPUR SEMPENA BULAN RAMADHAN 2017
Salah satu menu yang dihidangkan kepada para tetamu.

PROGRAM AMAL ANCASA HOTELS & SPA KUALA LUMPUR SEMPENA BULAN RAMADHAN 2017

Jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan Ancasa Hotel & Spa kerana sudi menjemput saya dan rakan-rakan blogger yang lain untuk turut sama memeriahkan program ini. macam -macam perasaan bila kita lihat sendiri anak-anak ini meneruskan kehidupan tanpa kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa. Terus teringat anak-anak kat rumah. bertuah dorang.

untuk maklumat lanjut boleh layari website di www.ancasahotels.com.


 -MrsPuex-

Tuesday, June 13, 2017

PHOTOSHOOT RAYA MURAH DAN BEST DI WHITE STUDIO MALAYSIA 2017 SAMBIL MENDERMA

Assalamualaikum/Hai, 

‼ PHOTOSHOOT RAYA SAMBIL MENDERMA ‼

๐Ÿ“ฃ Cuma RM49/family.. Tak Tipu

⚠ PROMOSI untuk 50 yang terawal sahaja.

Atas permintaan ramai, Creative Visual Studio & White Studio Malaysia mengadakan promosi photoshoot hari raya dengan harga yang sangat berpatutan. TAPI, Kali ni mereka buat lain sikit. Photoshoot Raya sambil menderma.

๐Ÿ“Sempena bulan ramadan yang mulia ini, mereka ada mengadakan Photoshoot Amal Raya. mereka juga bakal menyumbangkan 15% dari hasil jualan photoshoot hari raya sepanjang bulan Ramadan & Aidilfitri kepada Pusat Pengajian Al-Quran An-Nur Ar-Raudah (fb.com/tahfizannurarraudah)

๐Ÿ“ž WHATSAPP / SMS SEKARANG! 0166664034

Alamat :
No B-28-2, Dataran C180, Jalan C180/1, 43200 Cheras, Selangor 


๐Ÿ’–RM49
- 15 min white studio
- 10 edited pictures + Max 4 person
- Soft copies (15 photos)

๐Ÿ’–RM69
- 30 min white studio
- 15 edited pictures + Max 4 orang
- Soft copies (25 photos)

๐Ÿ’–RM99
- 60 min white studio
- 20 edited pictures + Max 4 orang
- Soft copies (30 photos)

Tambahan :
Tambahan masa : RM50/sejam
Tambahan gambar (semua gambar) : RM50
Tambahan orang : RM20/seorang . (Bayi adalah percuma)

Untuk tempahan :
1) WhatsApp ke 0166664034 detail Nama, Pakej, Tarikh & Masa.
2) Bank in full payment ke Maybank (Muhammad Firdaus Bin Hasmuni) 155108743529 (jika slot yang di pilih masih ada kekosongan).
3) Setelah mereka menerima bayaran penuh maka mereka akan lock masa / slot.

#CvsRaya2017 #CVSproduction

Serba sedikit tentang anak syarikat CVS Production iaitu Creative Visual Studio, mereka merupakan sebuah syarikat photography studio yang telah berpengalaman lebih dari 5 tahun dalam bidang photoshoot dan video production komersial dan tidak komersial. Hasil kerja mereka boleh dilihat di cvsmalaysia.comfb.com/cvsmalaysia ataupun instagram.com/cvsmalaysia. Kepada sesiapa yang memerlukan khidmat photoshoot korporat ataupun profile, boleh la contact mereka juga.


Kalau korang pernah dengar tentang White Studio MalaysiaWhite Studio Malaysia merupakan sebuah anak syarikat CVS Production yang menyediakan khidmat sewa studio yang telah beroperasi lebih dari 4 tahun. Mereka adalah yang pertama di Malaysia yang menyediakan khidmat sewa studio 24 jam dan mempunyai 2 cawangan iaitu di Cheras dan di Petaling Jaya. Inshallah kami akan membuka satu lagi cawangan di Johor Bharu pada tahun 2018.

Mengapa anda perlu menyewa White Studio Malaysia?
Mereka menawarkan studio berpatutan dan paling lengkap untuk di sewa serendah RM50 / jam termasuk peralatan studio tanpa caj tambahan.

Contact:
0166664034 (WhatsApp) | ask@WhiteStudio.my

Alamat studio:
Petaling Jaya : A-3&M-2, Blok 1, Pusat Komersial Parklane, No.21, Jalan SS7/26, 47301 Kelana Jaya, Selangor
Cheras : No B-28-2, Dataran C180, Jalan C180/1, 43200 Cheras, Selangor

Suitable for :
• Photography
• Video production
• Dance / Theatre practice
• Make-Up / Zumba class & training
#WhiteStudioMalaysia #WhiteStudioMY





 -MrsPuex-

Buffet Ramadhan Di Asap Steamboat & Grill & Nurul Izzah Catering.

Assalamualaikum/Hai,



Sesekali berbuka puasa dengan menu lain dari yang lain pon best jugak kan?? jom kita try steamboat dan buffet ramadhan di Nurul Izzah Catering & Asap Steamboat & Grill berkonsepkan Under The Stars bermula pada 29 Mei 2017 sehingga 21 Jun 2017. Sampai- sampai je tempat ni terus teruja dengan dekorasi yang ala ala hispter.

Gabungan konsep 'steel and nature under the star' yang dibawakan oleh Nurul Izaah Catering dan Asap Steamboat & Grill untuk suasana berbuka puasa pada ramadhan kali ini sememangnya amat mengujakan terutamanya bagi warga kota yang menginginkan pengalaman berbuka puasa dalam suasana kampung.





Keistimewaan lokasi buffet ramadhan ini adalah kedudukan kampung yang terletak di tengah-tengah bandar puchong dan USJ Subang Jaya. Dengan kemampuan untuk menempatkan seramai lebih 400 pengunjung pada satu-satu masa, Nurul Izzah Catering dan Asap Steamboat & Grill amat yakin dapat memenuhi keperluan berbuka puasa untuk para pelanggan.








Dengan lebih daripada 150 juadah akan disediakan untuk memenuhi selera pengunjung. Antaranya kambing bakar, aneka jenis mi dan sup seperti laksa johor dan bihun sup, ayam percik, ikan bakar dan aneka jenis kerabu. Kuih-muih melayu, tamar dan buah-buahan turut disediakan.



Lebih menarik lagi, buffet ini juga menyediakan Lok Lok Steamboat dan Yong Tau Fu serta juadah ala carte. Buffet ramadhan ini sebenarnya adalah hasil gabungan usaha antara Nurul Izzah Catering dan Asap Steamboat & Grill yang dipunyai dalam keluarga yang sama.

Jom plan berbuka bersama keluarega tersayang di sana.. masih sempat lagi ni sebabb...

Buffet Ramadhan bermula dari :
 29 Mei 2017 sehingga 21 Jun 2017!

Harga :
RM 55.00 (Dewasa)
RM 26.00 (Kanak-Kanak 6-12 tahun)

untuk pertanyaan dan tempahan boleh hubungi :
013-4858944
013-3408944

Alamat :
94, Jalan Tempinis, Kampung Tengah A
47100 Puchong Selangor

Facebook:
www,facebook.com/asapsteamboatandgrill
www.facebook.com/nurulizzahcatering

Instagram :
www.instagram.com/asapsteamboatgrill
www.instagram.com/nurulizzahcatering


 -MrsPuex-