Majlis Pelancaran Perfume Bayang By Khai Bahar

Assalamualaikum/Hai, 

Bayang By Khai Bahar
Bayang By Khai Bahar Edisi Lelaki
RiSES Perfumes hari ini memperkenalkan wangian terbaharu, ‘Bayang oleh Khai Bahar’ dengan menampilkan bintang baharu Khai Bahar sebagai dutanya. Wangian tersebut merupakan edisi terhad edaran RISES Perfumes dan boleh digunakan oleh lelaki dan wanita.

Bayang By Khai Bahar
Bayang By Khai Bahar Edisi Wanita
Aroma ‘Bayang’ ini terhasil daripada inspirasi remaja yang masa kini dan ianya juga dicipta khas untuk mendekati peminat Khai Bahar yang semakin berkembang di Malaysia dan juga Indonesia. Antara kriteria yang ditekankan dalam penghasilan wangian ini adalah berdasarkan personaliti penyanyi tersebut yang sentiasa ceria serta mempunyai gaya hidup aktif yang amat bersesuaian dengan ‘Bayang’. 

Bayang By Khai Bahar

Pemilihan nama wangian tersebut adalah rentetan daripada kejayaan single pertama Khai Bahar sendiri iaitu ‘Bayang’ dan sebelum dilancarkan, RISES Perfumes telah menerima maklum balas yang memberangsangkan berdasarkan permintaan dan saranan peminat beliau melalui akaun Facebook dan Instagram beliau. 

Bayang By Khai Bahar
Semasa Majlis Pelancaran Bayang By Khai Bahar di Zebra Square Kuala Lumpur
Bayang Oleh Khai Bahar’ merupakan alternatif kepada penggemar minyak wangi halal yang boleh dipercayai kesahihannya berdasarkan sijil pengiktirafan dari Jakim. Ia memberikan ketenangan fikiran untuk kedua-dua pengguna Islam dan bukan Islam. Penghasilan wangian ‘Bayang’ dipastikan dengan mematuhi keperluan syariah di mana wangian ini tidak mengandungi alkohol dalam memastikan ‘Bayang’ kekal selamat untuk kulit manusia serta kesesuaian untuk digunakan dalam menunaikan solat. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif RiSES Perfumes, Ahmad Shauqi Abd Wahab “Misi kami adalah untuk menghasilkan wangian yang halal dan tahan lama, di mana kami menggunakan tumbuhan Patchouli yang menghasilkan bau yang unik dan eksotik ‘Bayang’. Selain itu, pemilihan Khai Bahar juga dapat menjadi sebuah simbol ke arah kehidupan yang aktif supaya dapat dijadikan inspirasi kepada seluruh kumpulan peminatnya”

Bayang By Khai Bahar

Selain itu, RISES akan berada di Jakarta bersama-sama Khai bermula 15 Mei 2017 hingga 20 Mei 2017 sempena sesi jelajah promosi Khai dan sekaligus peluang ini akan dimanfaatkan untuk mempromosikan wangian ‘Bayang” ini beserta jenama-jenama lain keluaran RISES. Kolaborasi ini bakal memantapkan lagi jenama kesemua wangian RISES di pasaran Indonesia. 

Bayang By Khai Bahar
Bayang By Khai Bahar
Bayang By Khai Bahar


Harga :
PARFUM :RM 90 (30ml)
EKSKLUSIF RISES PERFUME EDP : RM65 (30ml)

cara pembelian :

Facebook : Rises Perfume 
Instagram : @rises_offocial


Mengenai RiSES

RiSES singkatan untuk RichSmart Event & Services, adalah sebuah entiti korporat yang bertanggungjawab menyediakan pelbagai perkhidmatan korporat, pengeluaran produk dan penjenamaan wangian peribadi termasuk yang terbaru, Bayang Oleh Khai Bahar.
Kerjasama antara RiSES dan usahawan bumiputera telah bermula sejak 2011 lagi. Para pengilang bumiputera ini mempunyai kepakaran membuat minyak wangi selama beberapa tahun dan berpengalaman luas dalam menghasilkan minyak wangi halal yang diiktiraf oleh Jakim. 

RiSES membuka peluang kepada usahawan baru yang berminat untuk melibatkan diri dalam industri minyak wangi dan untuk maju bersama-sama RiSES dan jenama-jenama mereka yang akan datang. 
Ia bertujuan untuk memberi panduan dan berkongsi pengalaman sambil bersama-sama berjalan seiring membangunkan jenama masing-masing.




 -MrsPuex-

0 Comments