Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

SISTEM GURU ONLINE

APDM SAPS

Tuesday, May 30, 2017

Riding Pink - Malaysia's First Women-Only Transportation System!

Assalamualaikum/Hai,

Riding Pink - Malaysia's First Women-Only Transportation System!

Anmum™ Materna  bekerjasama dengan Riding Pink untuk memberi sokongan kepada ibu-ibu sempena Hari Ibu dengan membantu mereka dalam tugasan harian dan memberikan mereka pengalaman yang luar biasa.


Riding Pink - Malaysia's First Women-Only Transportation System!

Sekarang dah banyak yang provide servis uber/grab car intead of perkhidmatan teksi-teksi di luar sana.. tapi tahukah korang kadang-kadang kita tak tau yang kita dalam bahaya kalau terkena dengan driver lelaki yang suka sangat mengambil kesempatan ke atas kaum hawa yang lemah dan sopan santun ni..

Wahai kaum wanita yang gorjes di luar sana!
hentikan trauma-trauma korang bila nak book uber/grab car.. 
Silakan book transport dengan menggunakan perkhidmatan RidingPink.

TENTANG RIDING PINK

Riding Pink - Malaysia's First Women-Only Transportation System!


Perkhidmatan pengangkutan wanita yang pertama di Malaysia, ditubuhkan dengan matlamat untuk memberi sokongan kepada para wanita dan ibu, menjadi penjana pendapatan tambahan melalui khidmat kenderaan yang selamat bagi pihak wanita. Berkongsi matlamat yang sama, Anmum™ Materna memberikan keyakinan kepada para ibu  sepanjang perjalanan sebagai seorang ibu, dengan memberikan nutrisi yang sesuai untuk menyokong kehamilan mereka. Dengan visi ini, Anmum™ Materna dan Riding Pink telah memulakan inisiatif ini agar ibu-ibu mengandung dapat menikmati pengalaman yang sememangnya luar biasa.

TENTANG ANMUM MATERNA


Riding Pink - Malaysia's First Women-Only Transportation System!



Tentang Anmum™ Materna
Anmum™ Materna, susu formula pra-natal pertama yang dilancarkan dan diperkenalkan di Malaysia pada 2005. Formulanya yang dihasilkan secara khusus membantu menyokong keperluan  nutrisi wanita yang sedang merancang untuk mengandung dan juga wanita mengandung. Hari ini, Anmum™ Materna adalah susu formula pra-natal Nombor 1 di Semenanjung Malaysia*.

Ia mungkin mencabar untuk mendapatkan nutrient yang mencukupi melalui diet biasa, oleh itu formulasi rendah lemak Anmum™ Materna mengandungi makronutrien dan mikronutrien bagi menyokong keperluan nutrisi ibu mengandung dan perkembangan janin.

Anmum™ Materna juga mengandungi DHA dan  Nuelipid™ untuk tahap GA® yang lebih tinggi^ . Pengambilan dua gelas Anmum™ Materna setiap hari memenuhi 100 % keperluan harian folatdan kalsium untuk wanita mengandung.

Anmum™ Materna berperisa biasa atau coklat boleh didapati di peruncit-peruncit utama seluruh negara dalam dua saiz – 350gm pada harga RM 24.80 dan 650gm pada harga RM 42.00. Untuk lebih maklumat tentang Anmum™ Materna, sila layari http://www.anmum.com.my/ atau daftar sebagai ahli komuniti Connected Mums Club di Facebook untuk nasihat dan sokongan PERCUMA daripada pakar-pakar sepanjang perjalanan anda sebagai ibu.

Riding Pink - Malaysia's First Women-Only Transportation System!

Riding Pink - Malaysia's First Women-Only Transportation System!

From Women to Women
lady driver - Miss Su and ME..
soo friendly ..

saya sudah!
anda bila lagi??

untuk tempahan boleh emel ke : admin@ridingpink.com

Info lanjut :

Whatsapp : 016-272 2554

-MrsPuex-

Friday, May 26, 2017

SALAM RAMADHAN AL MUBARAK 2017

Assalamualaikum/Hai, 


KEPADA SEMUA SAHABAT  ALAM MAYA DALAM BLOG SAYA INI..

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ* وَبَرَكَاتُهُ*

Menjelang 1 Ramadhan 1438 ini saya memohon kemaafan daripada sahabat semua
sekiranya saya pernah melakukan kesalahan...
Sesungguhnya yang buruk datang dari diri saya sendiri dan yang baik sentiasa dari  اللهِ
Saya akan sentiasa memaafkan kalian kerana memaafkan itu lebih baik dari meminta kemaafan
Selamat Berpuasa semoga puasa kita tahun ini mendapat barokah dan sentiasa dlm rahmat Allah...Aamiinn..🌹🕌🕋🌹




 -MrsPuex-

Sambutan Hari Guru 2017 untuk kakak dan adik

Assalamualaikum/Hai,

Borak santai je la harini eyh?
nak menaip pon kejang dh jari jemari ni
sejuk sgt opis harini..

Saje nak borak pasal persediaan untuk gift sambutan hari guru kat sekolah (kakak) dengan tadika (adik). Gigih mak anak dua ni prepare gift untuk sambutan hari guru kat sekolah masing masing..
anak 2 boleh la layan..
anak berderet?? nanti la pikir..hahahaha...

 PREPARATION UNTUK KAKAK DAN ADIK

dari minggu-minggu lepas sampai la semalam dok pikir nak buat ape? nak bagi ape?
sudahnya cari je la barang yang sesuai untuk dorang dengan harga yang munasabah.
paham je la kan kalau dok shah alam ni harga barang dia macam mana..
sesak napaihhhh makkk..

Gift dari adik :

A banquet of flower!




Gift dari kakak :

Something special untuk letak kat maja cikgu..
hehehehe.,. ala ala macam table matt tu..




SAMBUTAN  DI TADIKA DZULLIMAN PUNCAK PERDANA

Malam tadi.
Sambut 3 in 1 terus.

Mothersday
Teachersday
Marhaban Ya Ramadhan

Senang...

speech dari Teacher Yun, Owner Dzuliman Puncak Perdana

persembahan dari khalifah-khalifah comel Dzulliman

dengan jiran tetangga..tak sempat amek gambar banyak banyak malam tu..pepaham je la yee..hehehe..

lepas tu ada jugak pertandingan .
pertandingan gubah buah-buahan

welll..
kita mak yang sporting,
harusslah join walaupun tangan ko kejung nak mendeko..
lantokkkan..

kita support each other..gituuuu..

undi dapat buah honey dew..
ahhh sudahhhh..

apelagik gugel la..


 
dannn.. kami menang tempat ke-3..jadiklah nokk..
buah 1 color ni susah sikit nak deco..suci murni sangat..

geng betik menang tempat 1st
tahniahh..

geng tembikai dapat no 2

geng anak anak jelita ni dpt no 4..
ok la.. support adik adik dgn mak mak join contest..
good job girlss..

Antara best buddy kakak aireen ni..
membesar sesama kat dzuliman.

last but not least,
penyampaian hadiah untuk setiap teacher yang ada..
Thank you teachers sebab sabar layan kerenah seorang airiel qaid.

semoga tak jemu mendidik anak anak khalifah..


SAMBUTAN  DI SEKOLAH RENDAH PUNCAK PERDANA

Sekolah kakak ni mama prepare hadiah je..
Harini papa yang hadir sebab papa kan AJK PIBG so wajib datang sebagai tetamu.
Gambar-gambar pon semua dari papa dan kawan-kawan mama yang jadi AJK jugak.

Tema Hari Guru : TWIN
sooo comel.
sooo cute..
pandai dorang pilih tema..hehehe..
triplet pon ade gak hokaayy!!..
layankan jela gambar ye..

hasil kerja parents SKPP
gigihhh..









sesi bagi hadiah kat cikgu kelas+ cikgu subjek..

harap cikgu suka la hadiah tu..
hehehe..

Sekian..
Thanks sudi baca..panjang lebauuu entry kali ni..
senang.. kita lamsamkan terus dalam satu entry..


 -MrsPuex-

JOM BAWAK ANAK-ANAK KE TAMAN TEMA INDOOR YANG TERBARU DI MALAYSIA!

Assalamualaikum/Hai,


Hi semua!

Just nak share berita gembira terutamanya untuk anak-anak. Tak lama lagi Dreamworld Play Centre akan memulakan operasinya dalam masa terdekat!


mrspuex- dreamworld playland
Selamat datang ke Dreamworld dan ia akan menjadi lebih fun ! 

Dreamworld Indoor Play Centre dibuka khas untuk kanak-kanak sehingga berumur 12 tahun. Persekitaran mesra alam, selamat dan seronok diterapkan untuk keselesaan mereka bermain. Konsep pembelajaran di sini adalah melalui kaedah bermain, meneroka, melihat dan berfikir. Gabungan pendidikan dan hiburan mempunyai kesan yang mendalam dalam perkembangan kemahiran motor, sosial dan interaksi kanak-kanak.

mrspuex- dreamworld playland

mrspuex- dreamworld playland
Keluasan Dreamworld Playland ini dianggarkan lebih kurang 6000 kaki persegi dan boleh memuatkan seramai lebih kurang 120 kanak-kanak dalam satu-satu masa. Besarkan?? dah la besar, Susun atur dan tema ala ala musim sejuk ini sangat menarik perhatian bukan sahaja untuk kanak-kanak tapi untuk parents sekali tau.. terasa seolah olah kita berada dan bermain di tempat sejuk tu haa..

mrspuex- dreamworld playland
Dan lagi satu, jangan lepaskan peluang untuk bergambar kenangan dengan maskot Dreamland Playland, mr Willie J, the eskimo..


CAWANGAN DREAMWOLRD PLAYLAND DAN HARGA PAKEJ YANG DITAWARKAN.


mrspuex- dreamworld playland

THE STARLING MALL
S-202, The Starling Mall, No 6 Jalan SS 21/37,
Damansara Uptown
47400 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan.

Boleh rujuk Gambar di atas untuk harga tiket.
Terdapat jugak Pakej-Pakej yang ditawarkan kalau kita nak buat apa-apa event seperti birthday party, group gathering dan sebagainya.

Mula beroperasi pada 25 Mei 2017

Outlet di Starling Mall ini menggabungkan permainan dalaman dengan tunggangan haiwan untuk kali pertama. Setiap kanak-kanak mendapat untuk memandu kenderaan mereka sendiri dan ibu bapa tak perlu risau. Keselamatan untuk mereka adalah terjamin tau..
mrspuex- dreamworld playland

IOI CITY MALL
L2-16, Level 2
ioi City Mall
Lebuh IRC, ioi Resort City
62502 Putrajaya 

Boleh rujuk Gambar di atas untuk harga tiket.
Pakej harga adalah berbeza untuk 2 tempat ni ya..
mohon jangan keliru plak nanti.

Mula beroperasi pada 27 Mei 2017

mrspuex- dreamworld playland
IOI City Mall  mempamerkan konsep tema bilik salji yang besar dan playland tertutup yang luas dengan tema yang sama juga. 

mrspuex- dreamworld playland
Ruang Event yang disediakan untuk para tetamu yang nak book di Dreamland Playland
mrspuex- dreamworld playland

Nak bagitau jugak ni. Dreamworld Playland juga menawarkan pakej 6 bulan Dreamworld Pass dengan  tawaran- tawaran yang sangat hebat ok!

Yuran Pakej 6 bulan adalah hanya sebanyak RM288.00 (harga asal RM5840.00 ) dan anak-anak korang akan dapat keistimewaan seperti :

RM288.00 Birthday Cash Voucher,
20% Diskaun untuk Drop N Shop Services
Jemputan Khas untuk apa-apa Program di Dreamworld Playland 
FREE Dreamworld PASBOOK Pass

mrspuex- dreamworld playland


Lagi best dan lagi cool,korang akan menikmati 1 PERCUMA kemasukan tiket dengan setiap pembelian 1 tiket! Promosi sah sehingga 28 Mei 2017. Tak sabar nak tengok impian anak anak menjadi kenyataan.. Hanya di Dreamworld Playland!


Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Dreamland Team :

012-7029509 (IOI City Mall) 

Tak sabarr nak bawak anak -anak menikmati musim SALJU kat sana..hehehee..



 -MrsPuex-

Thursday, May 25, 2017

KOLEKSI #AFBYANUARFAIZAL UNTUK EID2017

Assalamualaikum/Hai, 



#AFBYANUARFAIZAL adalah koleksi Eid untuk lelaki oleh ANUARFAIZAL yang dijadualkan untuk pasaran pada Mei 2017. Koleksi eksklusif ini terdiri daripada Kurta dan seluar slim fit yang boleh dijadikan Baju Melayu apabila dipadankan dengan sampin instant; ciptaan asli oleh ANUARFAIZAL semenjak tahun 2014 dan juga Jubbah pendek, yang pertama seumpamanya di Malaysia.


Fabrik untuk koleksi ini adalah diimport dan dilabel sebagai "AIR-FLEX". Ia adalah AIRY, sesuai untuk cuaca panas dan lembap di negara kita, FLEKSIBEL, satu saiz yang boleh pergi ke dua saiz lebih besar untuk mengurangkan isu saiz dan suaipadan dan mempunyai kedutan yang MINIMAL; sesuai untuk lelaki yang moden yang sentiasa sibuk di mana sahaja.

Kemas dan minimum adalah elemen-elemen reka bentuk utama untuk koleksi 2017 ini. Butang sorok dan siluet yang bersih disediakan oleh AF untuk lelaki yang bergaya dan sesuai sebagai pakaian hari raya buat lelaki moden.





   KEMBARA ANUARFAIZAL


Demi meneruskan tradisi kempen fesyen ANUARFAIZAL, 2015 di Bangkok, Thailand dan Acheh, Indonesia dan 2016 di Jakarta, istimewa 2017, ANUARFAIZAL telah mengembara ke salah satu keajaiban 7 dunia kuno iaitu Angkor Wat di Kemboja.

Perjalanan ini mendapat dorongan dari THEKLSKYCLINIC dan dikemudikan oleh 3 pelakon muda Malaysia yang berbakat besar. Mereka adalah ARIFF AZIZ, NAFIEZ ZAIDI dan QAYYUM AMINULLAH. Mereka dipilih atas pelbagai faktor namun faktor yang utama adalah pencapaian mereka dalam industri ini dalam tempoh yang sangat singkat. Di samping itu juga, wajah komersil mereka mewakili pelbagai aspek budaya dan bangsa tempatan dan boleh menonjol kepada demografi yang lebih luas. Tambahan pula, untuk membuktikan bahawa pakaian kami adalah fleksibel, ketiga-tiga mereka memakai saiz M sewaktu pengambaran kempen fesyen kami.


ANUARFAIZAL merasa amat bertuah kerana telah diberi sokongan oleh KERAJAAN KEMBOJA kerana di dalam keadaan lazim, pergambaran fesyen adalah DILARANG di kawasan kuil. Untuk ini, ANUARFAIZAL merasa amat terharu berterima kasih atas peluang yang diberi.

Penggambaran yang dilakukan di kuil di Kemboja
Kempen ini lebih condong ke arah fotografi seni halus dan ia diterajui oleh STUDIO27KL dan filem fesyen yang mantap dan moden adalah produksi UNISEX PRODUCTION dan telah dirakam di 5 lokasi yang berbeza di Siem Reap, Kemboja dalam tempoh dua hari. ANUARFAIZAL berharap usaha ini akan menetapkan tanda aras baru dalam industri fesyen terutama untuk pakaian lelaki yang moden untuk musim perayaan.



ANUARFAIZAL | MAESTRO MODEN | Perjalanan Kreatif yang Luar Biasa


Tanpa pengajian fesyen yang formal, ANUARFAIZAL pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari UiTM Shah Alam, dan dilahirkan di Amerika Syarikat telah mendapat panggilan sebenar yang merubah haluan kerjaya nya pada tahun 2014, untuk melibatkan diri sepenuhnya di dalam reka bentuk fesyen untuk busana lelaki dan juga adi-busana untuk wanita.

Mewujudkan sentuhan moden kepada Baju Melayu yang konvensional, ANUARFAIZAL memberanikan diri untuk menggubah dan mengolah ciri ciri yang ada pada pakaian tradisional. Ini telah menciptakan kontroversi daripada orang ramai yang merasakan bahawa ANUARFAIZAL terlalu berfesyen dan tidak sensitif terhadap konsep Baju Melayu tradisional.


Reaksi tindak balas yang terhasil telah memacukan publisiti buat jenama ANUARFAIZAL sebagai pereka "kontroversi". Pendekatan jenama ANUARFAIZAL dan strategi pemasaran yang “direct” dan berkesan bermula dari saat digelar “kontroversi”. Nama beliau menjadi bualan di kalangan Selebriti tempatan, menjadikan dirinya sebagai Couturier peribadi dan juga sebagai pereka pilihan bagi bakal raja sehari; dengan memberi fokus khas kepada rekaan yang mewah, glamor dan elegan.


Pameran Seni dan Persembahan Fesyen ini dinaung oleh Galeri Seni Universiti Malaya dan amat diberi rangsangan daripada kurator galeri iaitu Puan Hazlin Anita yang tidak jemu memberi sokongan dan dorongan yang padu buat ANUARFAIZAL untuk mempamerkan hasil kerja yang terbaik buat semua yang hadir. Sebagai penyumbang dalam Gaya Hidup Malaysia, ANUARFAIZAL adalah ikon perniagaan yang boleh dipercayai dan bersedia untuk pasaran Antarabangsa. Ringkasnya, sebagai pereka yang pertama di Malaysia untuk mengadakan Pameran Seni & Fesyen selama sebulan di lokasi berprestij Universiti Malaya, ANUARFAIZAL sekali lagi menjenamakan dirinya berbeza daripada pereka fesyen yang lain dan bersedia untuk menakluk industri fesyen di Malaysia.



Bagi yang berminat, koleksi ini boleh didapati secara talian di semua laman media sosial  ANUARFAIZAL :

ANUARFAIZAL


 -MrsPuex-