Lunch Actually - Dedahkan Tips Menjodohkan Orang melalui Matchmaking Masterclass

Assalamualaikum/Hai,

Zaman sekarang, nak mencari jodoh dan nak menjodohkan kawan kawan kita yang masih single dah tak susah dah sebenarnya. Jangan tak percaya, di Lunch Actually ada menyediakan matchmaking masterclass untuk membongkar tips dan cara untuk menjodohkan orang atau pun nak cari jodoh sendiri. Teringat dulu aku pernah matchkan jodoh kawan baik aku tau. alhamdulillah sekarang dah 5 orang anak dan dorang hidup bahagia.. cinta disemai selepas berkahwin. who knows! seronok tau tengok dorang suami isteri.. hehehe.. 


Ianya bukan calang-calang kelas, dimana tenaga pengajarnya adalah Puan Violet Lim, Ketua Pegawai Eksekutif dan juga co-founder Kumpulan Lunch Actually yang diasaskan pada tahun 2004.Kemahiran & kepakarannya menjodohkan orang lain diiktiraf dimana beliau merupakan ‘certified matchmaker’ yang ditauliahkan oleh Matchmaking Institute New York.

Kini Lunch Actually merupakan syarikat terbesar nombor 1 di Asia yang telah membantu menguruskan lebih 90,000 temujanji dengan 85% kejayaan mempertemukan jodoh di seluruh asia.



Dalam kelas matchmaking masterclass ni , peserta diajar mengenai 7 tips cara jodohkan orang yang mungkin boleh diguna pakai satu hari nanti sampai boleh buat  status mereka dari 'single' bertukar kepada 'married'. seronok dengar kan?? semuanya tak mustahil. yang penting USAHA.USAHA.USAHA.


Ms Violet Lim mengasaskan Lunch Actually Academy untuk membantu 'singles' bertemu jodoh melalui teknik 'coaching' yang profesional. Menerbitkan buku bestselling ‘Lessons from 15,000 First Dates' pada 2010, juga dianugerahkan The Most Insightful Blog di Singapore Blog Awards 2010 untuk personal blog ‘Diary of a Modern-Day Matchmaker’ (www.violetlim.com) yang menarik ribuan pembaca tentang pandangan temujanji dan perhubungan jangka panjang.

Lunch Actually sentiasa fokus kehadapan untuk memperkembangkan perkhidmatannya. Oleh itu, matlamat utama Violet adalah untuk mendapatkan 1 juta pasangan bertemu jodoh dan berkahwin dengan menggunakan khidmat yang ditawarkan oelh Lunch Actually.

Untuk maklumat lanjut tentang perkhidmatan ini , korang boleh layari www.lunchactually.com.

sumber dari broframestone.com


 -MrsPuex-

0 Comments