KO Skin Specialist Melancarkan Mesin Rawatan Laser Terkini PicoWay

Assalamualaikum/Hai,

Klinik Pakar Kulit KO berdedikasi untuk membantu orang ramai melalui perubatan dermatologi rawatan estetik dan rawatan laser di Malaysia. Dengan teknologi kosmetik yang terbukti dan prosedur yang inovatif, kualiti perkhidmatan pengamal perubatan berdaftar yang sentiasa terjamin.

Tak hairanlah dengan kepakaran yang ada, ramai pelanggan memilih Klinik Pakar Kulit KO untuk membuat rawatan terutamanya dikalangan rakan artis. kesan dia memang terbukti dan tanpa kesakitan dalam melakukan prosedur rawatan.

Pelancaran The Revolutionary Picosecond Laser


Terbaru, semasa majlis pelancaran The Revolutionary Pico Second Laser anjuran KO Skin Specialist dan PicoWay Di Hotel Aloft Kuala Lumpur Sentral pada 21 Februari 2017 yang lepas, mesin laser PicoWay diperkenalkan sekali yang bernilai berjuta dollar serta kejayaannya sebagai peneraju teknologi rawatan dermatologi yang terkini.






PicoWay adalah teknologi laser propietari milik syarikat alatan perubatan estatik yang bertapak di Amerika Syarikat, Syneron-Candela. Ia diedarkan di Malaysia oleh Beaumedic Aesthetic (M) Sdn Bhd dan bekerjasama dengan KO Skin Specialist untuk memperkenalkan PicoWay di Malaysia.

Teknologi ini menggunakan denyutan laser terpendek dalam pasaran iaitu antara 375ps dan 450ps. Diukur dalam unit pikosaat (satu persetrilion saat). Laser tersebut memecahkan pigmen dengan berkesan menjadi partikel paling kecil untuk disingkirkan oleh kulit. Paling sesuai digunakan untuk membuang tatoo tanpa meninggalkan parut dari bekas tatoo itu .


Untuk menjadikan majlis pelancaran lebih dramatik, pihak penganjur menggunakan konsep Star Wars. tahniahhh kepada pihak penganjur.. sangat dramatik. Dalam majlis tersebut juga diadakan forum yang membincangkan isu-isu dan perubahan yang dilalui setelah mendapatkan rawatan dari Pakar-Pakar di Klinik KO. 

KO Skin Specialist, PicoWay, rawatan lazer kulit,
gambar kredit dari blog khirkhalid.com.


sesi bergambar beramai-ramai antara pakar-pakar kulit dan barisan artis yang pernah dan sedang menggunakan rawatan dari Klinik Pakar KO.

Berpeluang berjumpa dengan Dato' Dr. KO, CEO KO Skin Specialist bersama Duta Produk iaitu pelakon Idris Khan.

Rasa bertuah kerana dikelilingi oleh pakar-pakar kulit dari pelbagai bidang dan juga rakan artis yang pernah mendapatkan rawatan kulit dari Klinik Pakar KO. Seriusly teruja sangat!.. walaupun tak berjaya mendapat hadiah cabutan bertuah bernilai RM7200.00 tapi berjaya membawa pulang produk bernilai Rm500.00 ... mohon saya akan cantik bebas jerawat lepas ni..hehehee..

Bagi yang berminat untuk mendapatkan rawatan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, boleh refer link berikut :

KO SKIN SPECIALIST MEDICAL CENTRE
6A-22A, Jalan Temoh
Off Jalan Goh Hock Huat
Klang, Selangor.
Telefon : 03-33433143 ext : 217
HP : 012-2595466



 -MrsPuex-

0 Comments