GT-888 : Always Desire More

Assalamualaikum/Hai,

Sekarang ni smartphone tumbuh bagai cendawan di pelusuk muka bumi ni..
semua pon nak cari yang paling canggih dan paling best, paling latest untuk kegunaan harian.
klik klik je semuaa ada dalam henpon tuh..
GT-888 : Always Desire More
GT-888 : Always Desire More

yang terbaru, GT GROUP telah melancarkan beberapa produk keluaran dari syarikat tersebut. Salah satunya adalah smartphone GT Mobile, model GT-888 yang sangat unik dilengkapi dengan teknologi yang canggih dan pelbagai kelebihan-kelebihan yang lain. Antara kelebihan yang saya boleh kongsi sebagai pengguna adalah :

64 bit quad-core processor.
sesuai sangat kalau nak main game kat henpon dan tengok cerita korea tanpa sebarang masalah. hehehe.. 

GT-888 : Always Desire More

HotKnot.
salah satu kaedah yang mudah untuk share gamba/lagu/file . pilih je gambar /lagu/file yang kita nak share tu then aplikasi HotKnot tu akan share gambar dengan segera dan pantas. lebih pantas dari Wifi katenye. just rapatkan dedua handphone tu.. *rujuk gambar dibawah* 

GT-888 : Always Desire More

5.5" 2.5D Arc Screen & Gorilla Glass 3.
GT-888 dilengkapi sepenuhnya dengan multi touch 5.5" 2.5D Arc Screen yang menggunakan teknologi IPS yang terkini dengan resolusi yang tinggi dan keupayaan yang consistency dari setiap sudut. Skrin diperbuat dari Gorilla Glass 3 dan 300% shatterproof dan tahan calar.
sesuai untuk golongan yang super lasak seperti saya. 

GT-888 : Always Desire More


Android 5.1 Lollipop.
Model GT-888 dikeluarkan dengan operasi sistem android yang terkini dan terbaik setakat ini khas untuk pengguna-pengguna android.

GT-888 : Always Desire More

Quick Charge Technology.
paling suka bila kita charge handphone, cepatttt je dia penuh. kalau nak capai 35% bateri tu hanya ambil masa 15 minit je.. kita kan parent yang super bizi, sambil nak siap siap tu , kita plugkan then nak keluar tu xde la asik asik bateri drainnn je memanjang.. sesuai sangat untuk masa-masa kecederaan.

GT-888 : Always Desire More

GT-888 ni didatangkan dengan 2 pilihan warna. putih dan kelabu.. nak eksklusif sikit boleh ambil putih, kalau nak rock sikit pilih la kelabu.. mine is kelabu..just nicee!!

8MP Kamera Depan.
Fungsi dan kekuatan sesuatu handphone adalah di kamera. Keistimewaan GT-888 ini, kita boleh shoot gambar dengan kadar pencahayaan yang rendah atau ketika malam. Selain itu, GT-888 ini dilengkapi dengan fungsi timeslape di mana kita boleh mempercepatkan kadar gerakan video yang dirakam. sangat sesuai untuk pengguna yang suka merakam video dengan menggunakan handphone. Dilengkapi dengan OV8865 image sensor dimana anda boleh mengambil gambar dalam bentuk HDR,panorama,fisheye, night mode dan voice commands.


korang boleh skrol lebih sikit ke bawah untuk keterangan mengenai paparan, kamera dan connection.

GT-888 : Always Desire More



 Setiap pembelian smartphone GT-888, anda akan dapat :

GT-888 : Always Desire More

1x smartphone model GT-888
1x bateri
1x phone charger + cabel
1x earphone
1x screen protector
1x silicon phone casing
1x buku manual

Harga : RM1,580.00
Keluaran : Singapore

klik SINI untuk pembelian terus secara online .

GT-888 : Always Desire More
kelabu menawan hatiku..

Bagi saya sebagai seorang pengguna terawal GT Mobile Smartphone model GT-888, ni sangat berpuas hati dan teruja dengan segala fungsi-fungsi yang terdapat dalam smartphone ini. tak berapa tebal dan tak berapa nipis, tahan lasak dan mempunyai bentuk yang menarik walaupun simple. yang penting, kelajuan dan aplikasi dalam phone itu sendiri yang memberi kepuasan setiap pengguna.

terima kasih GT GROUP kerana memberi peluang kepada saya untuk mencuba smartphone dari GT MOBILE. Bertuah rasa di hati.

last but not least, jom tengok video pendek review GT MOBILE GT-888  :


untuk keterangan lanjut  boleh layari :


 -MrsPuex-

2 Comments

Hasrul Hassan said…
Wahh syokla dapat merasa smartphone baru.
..
Hmm ... ini pertama kali saya kenal jenama ni. Tak biasa dengar pun sebelum ni.
..
Jom Kerja Dari Rumah Dengan iLancee.com
Unknown said…
Teringin sangat nak punya gadget tu... Makasih, infonya, bermanfaat