Majlis Pelancaran GT Dollar Malaysia

Assalamualaikum/Hai, 


Pada 16th January 2016 telah berlangsungnya majlis pelancaran GT Dollar Malaysia dan Persidangan Ekosistem Malaysia FinTechyang di adakan di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara Kuala Lumpur. Majlis gilang gemilang ini telah di rasmikan oleh Y.B Datuk Mas Ermieyati Binti Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.


Majlis ini turut disaksikan oleh tetamu kehormat pegawai-pegawai kerajaan yang terkenal beserta 3,000 tokoh-tokoh pemimpin industry IT dan e-dagang yang menyokong pembangunan dinamik Fin Tech ekosistem, yang memacu inovasi SMART seperti GT DOLLAR, yang menjadikan Malaysia satu kuasa yang berpengaruh dalam sector FinTech.

Aplikasi “platform mudah alih sehenti e-dagang ” yang mana ia bertujuan membina sebuah masyarakat yang padu diantara pengguna dan peniaga dari pelbagai industry untuk berinteraksi dalam pasarannya.

Bagi melengkapkan usahasama ini, GT Robot sebuah inovatif berteknologi tinggi dibentuk  di bawah GT Group, pakar dalam kemajuan dan penyelesaian robot humanoid.

Aplikasi GT Dollar, GT Dollar, GT Dollar Malaysia, GT Group, GT Mobile, GT Robot, GT Watch, Majlis Pelancaran GT Dollar, Pelancaran GT Dollar Malaysia, Persidangan Ekosistem Malaysia FinTech, System E-Wallet GT Dollar, GT Dollar Singapore

Bagi mengiktiraf usaha kemajuan ini, kerajaan Malaysia telah merancang memperuntukkan pelaburan satu kawasan kilang pembuatan dan pemasangan sendiri GT Robot di sempadan  Negeri Sembilan-Melaka yang bernilai lebih kurang RM300 juta.

Pelaburan ini dianggarkan mampu menjana pendapatan bagi syarikat sebanyak lebih kurang USD 20 Billion (yang bersamaan dengan 10 Juta unit Mobile Robot) dan mewujudkan lebih kurang 10,000 peluang pekerjaan bagi penduduk tempatan dalam tempuh 5 tahun akan datang.

Kilang ini akan menjadi yang pertama di Asia dengan pembuatan mesra alam dengan peralatan berteknologi tinggi selepas China.



Aplikasi GT Dollar, GT Dollar, GT Dollar Malaysia, GT Group, GT Mobile, GT Robot, GT Watch, Majlis Pelancaran GT Dollar, Pelancaran GT Dollar Malaysia, Persidangan Ekosistem Malaysia FinTech, System E-Wallet GT Dollar, GT Dollar SingaporeAcara hari ini merupakan pelancaran yang akan yang akan tersemat dalam sejarah tanah air, yang mana GTDollar melancarkan aplikasi utama mereka yang telah dikemaskini, sebuah perisian mudah alih sosial e-dagang yang pertama di dunia.

Konsep baru, pertama kali di temui pada tahun 2014 oleh Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif GT, Dr. Paul Zhang Baolu, yang lebih 30 tahun berpengalaman dalam industry dan pengurusan berteknologi tinggi, pembangunan ekonomi dan pelancongan di seluruh dunia. Syarikat itu yang bernilai lebih daripada $4.7 billion.

Persidangan ini bertujuan untuk memacu pembangunan penggunaan internet serantau, dimana pengguna dan peniaga berhubung dengan lancar tanpa halangan. Ini member manfaat kepada yang sangat besar kepada pengguna apabila harga menjadi lebih murah dan mudah sekaligus merangsang pertumbuhan ekonomi, hasil cukai negara dan pertumbuhan pekerjaan.

Kemaskini utama perisian mereka yang terbaru, akan terdapat ciri-ciri utama yang baru dipertingkatkan untuk membantu pengalaman pengguna secara keseluruhannya.

Melalui teknologi SMART yang terdiri daripada teknologi reality tambahan (Augmented Reality), bagi melaksanakan “ciri mendapatkan madu” (the seek honey feature), “ciri-ciri menagkap lebah untuk mendapatkan GT Tunai” (catch a BEE to earn GT cash features) yang mana ia boleh digunakan untuk pembelian dalam pasaran interaktif  serta menjadi peralatan Bee Commerce yang membantu pengguna menguruskan kewangan mereka serta menikmati simpanan jangka panjang yang ekslusif, menjadikan Malaysia trendsetter baru dalam dunia e-dagang.

Aplikasi  penggunaan teknologi ini juga bertujuan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Negara, sebuah platform komprehensif untuk kedua-dua pengguna dan peniaga yang menggalakkan transaksi tanpa tunai percuma di seluruh dunia.

Tiada yuran pendaftaran, tiada yuran keahlian dan tiada yuran langganan dan pengiklanan. Para peniaga hanya perlu membeli GTD (mata wang maya) dan mengedarkannya kepada pengguna mereka pada bila-bila masa dan dimana sahaja. Merupakan pertukaran dalam bentuk e-promosi atau e-pengiklanan dengan caj minimum.

Gerbang pembayaran atas talian akan digunakan untuk menerima bayaran dalam talian E-Wallet / Visa (Kredit, Debit, Prepaid) / Mastrecard (Kredit, Debit, Prepaid), CUP Kad (Kredit, Debit, Prepaid) / Akaun debit langsung untuk melaksanakan transaksi caj.

Y.B Datuk Mas Ermieyati Binti Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan
Aplikasi GT Dollar, GT Dollar, GT Dollar Malaysia, GT Group, GT Mobile, GT Robot, GT Watch, Majlis Pelancaran GT Dollar, Pelancaran GT Dollar Malaysia, Persidangan Ekosistem Malaysia FinTech, System E-Wallet GT Dollar, GT Dollar Singapore

Fokus utama adalah mewujudkan satu dunia kemudahan kredit maya ( bukan wang sebenar) untuk pembelian dengan membuat pembayaran melalui system E-Wallet yang membolehkan pencarian kepada perbagai jenis product dan perkhidmatan melalui pasaran secara meluas serta benefit daripada diskaun dan tawaran besar.

Fungsi aplikasi ini membolehkan Perusahaan Kecil Sederhana (SMEs) berfungsi secara maya dan boleh menghubungkan mereka dengan pengguna baru atau yang sedia ada serta mengekalkan pengguna  dengan program kesetiaan (loyalty Program) melalui pengagihan kredit maya (GTD). Komunikasi antara peniaga dan pengguna dipermudahkan melalui lokasi GPS –location dan paltform tempahan serta mesra pengguna.

Aplikasi ini juga berfungsi sebagai komposit gaya hidup seharian seseorang, juga panduan bagi melengkapkan dan memudahkan gaya hidup pengguna yang semakin sibuk dengan menyediakan akses ke pengkalan data besar yang mempunyai lebih dari 80,000 peniaga di seluruh dunia yang sebelum ini tidak ada di internet, tetapi menawarkan perbagai product.

Peniaga dan pengguna boleh menikmati perkhidmatan lain selain dari membeli belah dalam talian seperti pemindahan dana, pembayaran bil utility, tambah nilai kad prabayar, rangkaian chat social (sehingga 20 orang dalam setiap kumpulan) dan beberapa lagi perkhidmatan lain yang ada.

Mengikut statistik, terdapat lebih daripada 18 juta pengguna digital yang aktif di Malaysia dan sehingga tahun 2015, sebanyak 77.3% daripada isi rumah di Malaysia mempunyai akses kepada perkhidmatan jalur lebar.

Aplikasi permohonan adalah aktif sepanjang hari, membolehkan pengguna membeli belah mengikut kelapangan masa mereka dan hanya melalui kemudahan telefon pintar. “Kami nampak peluang untuk mengambil kesempatan daripada ledakan digital dan membangunkan penyelesaian inovatif yang memberi manfaat kepada peniaga dan pengguna,” kata Encik Patrick Chew, Ketua Pegawai Eksekutif GT Dollar Malaysia.

YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau, Menteri di MOSTI berkata ,

Pada tahun 2015, terdapat 3.4 bilion pengguna internet di seluruh dunia dengan jangkaan ia akan meningkat kepada 9 bilion dalam tempoh 10 tahun akan datang. Malah, kerajaan mengiktiraf kepentingan teknologi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi. Kami gembira melihat sebuah syarikat tempatan memulakan usaha inovatif yang sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melonjak dalam pembangunan teknologi. Kami memuji GTDollar kerana menjadi ejen pengubah dalam sektor e-dagang. Dan saya yakin pengguna yang akan mendapat manfaat besar dari hasil penggunaan platform ini dan ciri-cirinya”.

GT Dollar juga berhasrat membentuk perjalanan mudah alih dimasa akan datang dan memacu pertumbuhan pelancongan dengan kerjasama Persatuan Pelancong yang berpotensi untuk meningkatkan langskap pelancongan di Malaysia. Dr Paul Zhang, merupakan pengerusi China Tian Ma Travel Group, penyedia ketiga terbesar perkhimatan pelancongan dan rekriasi di China berharap dapat menarik pelancong China ke Malaysia dengan GT Dollar, yang berfungsi sebagai panduan bandar (city guide) yang utama kepada pelancong.

GT Dollar Malaysia berharap dapat mengembangkan perniagaan e-dagang ke seluruh dunia dan menjadi pintu masuk bagi Asia.

Mr Patrick Chew - Country CEO of GT Dollar Malaysia,  Y.B. Datuk Mas Ermieyati Binti Samsudin- Deputy Minister of Tourism and Culture, Dr Paul Zhang Baolu - GT Group President & CEO, Ms Grace - Executive Director GT Dollar Singapore HQ
Pada majlis ini juga, GT Robot, pakar kemajuan dalam penyelesaian robot humanoid merupakan sayap inovatif teknologi tinggi GT Group akan melancarkan dua robot yang dikenali sebagai GT Wonder Boy (sahabat robot sosial SMART) dan GT Gobot (perkhidmatan robot pelbagai fungsi) yang disasarkan untuk meningkatkan kualiti hidup keseluruhan rakyat, merentasi ke era kepintaran baru.

Untuk maklumat lanjut mengenai GTDollar, anda boleh layari https://www.gtdollar.com/


2 Comments