Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

SISTEM GURU ONLINE

APDM SAPS

Tuesday, January 31, 2017

Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin

Assalamualaikum/Hai,

Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin Terasa macam lama sangat tak buat giveaway kat blog. Beberapa minggu lepas, mummy buat giveaway di facebook je. Meraikan sahabat facebook pula katanya. Okey lah, berbalik pada Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin. Seperti biasa, syaratnya mudah sahaja. Jom join ramai-ramai !


Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin





GIVEAWAY TUDUNG BAWAL BERSAMA AZLINDA ALIN



Syarat - syarat Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin

1. Buat satu entri blog yang bertajuk Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin
2. Tinggalkan URL entri anda di ruangan komen entri ini.
3. Follow blog , G+ dan subscribe YouTube
4. Giveaway ini berlangsung dari 19 Januari 2017 - 31 Januari 2017

3 warna tudung bawal akan diberikan pada 3 pemenang (pemilihan warna secara rawak). Warnanya ialah pink, oren dan kelabu.

Keputusan pemenang pula akan di umumkan pada bila-bila masa selepas tarikh tutup.

Untuk memudahkan info, boleh add mummy dalam bloglist. Senang nak tahu info bila mummy update pemenang Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin


GIVEAWAY TUDUNG BAWAL BERSAMA AZLINDA ALIN

Ini contoh tudung bawal mummy warna biru dan hitam. Material tak panas, mudah pakai, mudah gosok dan mudah bentuk juga

GIVEAWAY TUDUNG BAWAL BERSAMA AZLINDA ALIN

*good luck to all*

-MrsPuex-

Sunday, January 29, 2017

Majlis Pelancaran GT Dollar Malaysia

Assalamualaikum/Hai, 


Pada 16th January 2016 telah berlangsungnya majlis pelancaran GT Dollar Malaysia dan Persidangan Ekosistem Malaysia FinTechyang di adakan di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara Kuala Lumpur. Majlis gilang gemilang ini telah di rasmikan oleh Y.B Datuk Mas Ermieyati Binti Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.


Majlis ini turut disaksikan oleh tetamu kehormat pegawai-pegawai kerajaan yang terkenal beserta 3,000 tokoh-tokoh pemimpin industry IT dan e-dagang yang menyokong pembangunan dinamik Fin Tech ekosistem, yang memacu inovasi SMART seperti GT DOLLAR, yang menjadikan Malaysia satu kuasa yang berpengaruh dalam sector FinTech.

Aplikasi “platform mudah alih sehenti e-dagang ” yang mana ia bertujuan membina sebuah masyarakat yang padu diantara pengguna dan peniaga dari pelbagai industry untuk berinteraksi dalam pasarannya.

Bagi melengkapkan usahasama ini, GT Robot sebuah inovatif berteknologi tinggi dibentuk  di bawah GT Group, pakar dalam kemajuan dan penyelesaian robot humanoid.

Aplikasi GT Dollar, GT Dollar, GT Dollar Malaysia, GT Group, GT Mobile, GT Robot, GT Watch, Majlis Pelancaran GT Dollar, Pelancaran GT Dollar Malaysia, Persidangan Ekosistem Malaysia FinTech, System E-Wallet GT Dollar, GT Dollar Singapore

Bagi mengiktiraf usaha kemajuan ini, kerajaan Malaysia telah merancang memperuntukkan pelaburan satu kawasan kilang pembuatan dan pemasangan sendiri GT Robot di sempadan  Negeri Sembilan-Melaka yang bernilai lebih kurang RM300 juta.

Pelaburan ini dianggarkan mampu menjana pendapatan bagi syarikat sebanyak lebih kurang USD 20 Billion (yang bersamaan dengan 10 Juta unit Mobile Robot) dan mewujudkan lebih kurang 10,000 peluang pekerjaan bagi penduduk tempatan dalam tempuh 5 tahun akan datang.

Kilang ini akan menjadi yang pertama di Asia dengan pembuatan mesra alam dengan peralatan berteknologi tinggi selepas China.



Aplikasi GT Dollar, GT Dollar, GT Dollar Malaysia, GT Group, GT Mobile, GT Robot, GT Watch, Majlis Pelancaran GT Dollar, Pelancaran GT Dollar Malaysia, Persidangan Ekosistem Malaysia FinTech, System E-Wallet GT Dollar, GT Dollar SingaporeAcara hari ini merupakan pelancaran yang akan yang akan tersemat dalam sejarah tanah air, yang mana GTDollar melancarkan aplikasi utama mereka yang telah dikemaskini, sebuah perisian mudah alih sosial e-dagang yang pertama di dunia.

Konsep baru, pertama kali di temui pada tahun 2014 oleh Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif GT, Dr. Paul Zhang Baolu, yang lebih 30 tahun berpengalaman dalam industry dan pengurusan berteknologi tinggi, pembangunan ekonomi dan pelancongan di seluruh dunia. Syarikat itu yang bernilai lebih daripada $4.7 billion.

Persidangan ini bertujuan untuk memacu pembangunan penggunaan internet serantau, dimana pengguna dan peniaga berhubung dengan lancar tanpa halangan. Ini member manfaat kepada yang sangat besar kepada pengguna apabila harga menjadi lebih murah dan mudah sekaligus merangsang pertumbuhan ekonomi, hasil cukai negara dan pertumbuhan pekerjaan.

Kemaskini utama perisian mereka yang terbaru, akan terdapat ciri-ciri utama yang baru dipertingkatkan untuk membantu pengalaman pengguna secara keseluruhannya.

Melalui teknologi SMART yang terdiri daripada teknologi reality tambahan (Augmented Reality), bagi melaksanakan “ciri mendapatkan madu” (the seek honey feature), “ciri-ciri menagkap lebah untuk mendapatkan GT Tunai” (catch a BEE to earn GT cash features) yang mana ia boleh digunakan untuk pembelian dalam pasaran interaktif  serta menjadi peralatan Bee Commerce yang membantu pengguna menguruskan kewangan mereka serta menikmati simpanan jangka panjang yang ekslusif, menjadikan Malaysia trendsetter baru dalam dunia e-dagang.

Aplikasi  penggunaan teknologi ini juga bertujuan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Negara, sebuah platform komprehensif untuk kedua-dua pengguna dan peniaga yang menggalakkan transaksi tanpa tunai percuma di seluruh dunia.

Tiada yuran pendaftaran, tiada yuran keahlian dan tiada yuran langganan dan pengiklanan. Para peniaga hanya perlu membeli GTD (mata wang maya) dan mengedarkannya kepada pengguna mereka pada bila-bila masa dan dimana sahaja. Merupakan pertukaran dalam bentuk e-promosi atau e-pengiklanan dengan caj minimum.

Gerbang pembayaran atas talian akan digunakan untuk menerima bayaran dalam talian E-Wallet / Visa (Kredit, Debit, Prepaid) / Mastrecard (Kredit, Debit, Prepaid), CUP Kad (Kredit, Debit, Prepaid) / Akaun debit langsung untuk melaksanakan transaksi caj.

Y.B Datuk Mas Ermieyati Binti Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan
Aplikasi GT Dollar, GT Dollar, GT Dollar Malaysia, GT Group, GT Mobile, GT Robot, GT Watch, Majlis Pelancaran GT Dollar, Pelancaran GT Dollar Malaysia, Persidangan Ekosistem Malaysia FinTech, System E-Wallet GT Dollar, GT Dollar Singapore

Fokus utama adalah mewujudkan satu dunia kemudahan kredit maya ( bukan wang sebenar) untuk pembelian dengan membuat pembayaran melalui system E-Wallet yang membolehkan pencarian kepada perbagai jenis product dan perkhidmatan melalui pasaran secara meluas serta benefit daripada diskaun dan tawaran besar.

Fungsi aplikasi ini membolehkan Perusahaan Kecil Sederhana (SMEs) berfungsi secara maya dan boleh menghubungkan mereka dengan pengguna baru atau yang sedia ada serta mengekalkan pengguna  dengan program kesetiaan (loyalty Program) melalui pengagihan kredit maya (GTD). Komunikasi antara peniaga dan pengguna dipermudahkan melalui lokasi GPS –location dan paltform tempahan serta mesra pengguna.

Aplikasi ini juga berfungsi sebagai komposit gaya hidup seharian seseorang, juga panduan bagi melengkapkan dan memudahkan gaya hidup pengguna yang semakin sibuk dengan menyediakan akses ke pengkalan data besar yang mempunyai lebih dari 80,000 peniaga di seluruh dunia yang sebelum ini tidak ada di internet, tetapi menawarkan perbagai product.

Peniaga dan pengguna boleh menikmati perkhidmatan lain selain dari membeli belah dalam talian seperti pemindahan dana, pembayaran bil utility, tambah nilai kad prabayar, rangkaian chat social (sehingga 20 orang dalam setiap kumpulan) dan beberapa lagi perkhidmatan lain yang ada.

Mengikut statistik, terdapat lebih daripada 18 juta pengguna digital yang aktif di Malaysia dan sehingga tahun 2015, sebanyak 77.3% daripada isi rumah di Malaysia mempunyai akses kepada perkhidmatan jalur lebar.

Aplikasi permohonan adalah aktif sepanjang hari, membolehkan pengguna membeli belah mengikut kelapangan masa mereka dan hanya melalui kemudahan telefon pintar. “Kami nampak peluang untuk mengambil kesempatan daripada ledakan digital dan membangunkan penyelesaian inovatif yang memberi manfaat kepada peniaga dan pengguna,” kata Encik Patrick Chew, Ketua Pegawai Eksekutif GT Dollar Malaysia.

YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau, Menteri di MOSTI berkata ,

Pada tahun 2015, terdapat 3.4 bilion pengguna internet di seluruh dunia dengan jangkaan ia akan meningkat kepada 9 bilion dalam tempoh 10 tahun akan datang. Malah, kerajaan mengiktiraf kepentingan teknologi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi. Kami gembira melihat sebuah syarikat tempatan memulakan usaha inovatif yang sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melonjak dalam pembangunan teknologi. Kami memuji GTDollar kerana menjadi ejen pengubah dalam sektor e-dagang. Dan saya yakin pengguna yang akan mendapat manfaat besar dari hasil penggunaan platform ini dan ciri-cirinya”.

GT Dollar juga berhasrat membentuk perjalanan mudah alih dimasa akan datang dan memacu pertumbuhan pelancongan dengan kerjasama Persatuan Pelancong yang berpotensi untuk meningkatkan langskap pelancongan di Malaysia. Dr Paul Zhang, merupakan pengerusi China Tian Ma Travel Group, penyedia ketiga terbesar perkhimatan pelancongan dan rekriasi di China berharap dapat menarik pelancong China ke Malaysia dengan GT Dollar, yang berfungsi sebagai panduan bandar (city guide) yang utama kepada pelancong.

GT Dollar Malaysia berharap dapat mengembangkan perniagaan e-dagang ke seluruh dunia dan menjadi pintu masuk bagi Asia.

Mr Patrick Chew - Country CEO of GT Dollar Malaysia,  Y.B. Datuk Mas Ermieyati Binti Samsudin- Deputy Minister of Tourism and Culture, Dr Paul Zhang Baolu - GT Group President & CEO, Ms Grace - Executive Director GT Dollar Singapore HQ
Pada majlis ini juga, GT Robot, pakar kemajuan dalam penyelesaian robot humanoid merupakan sayap inovatif teknologi tinggi GT Group akan melancarkan dua robot yang dikenali sebagai GT Wonder Boy (sahabat robot sosial SMART) dan GT Gobot (perkhidmatan robot pelbagai fungsi) yang disasarkan untuk meningkatkan kualiti hidup keseluruhan rakyat, merentasi ke era kepintaran baru.

Untuk maklumat lanjut mengenai GTDollar, anda boleh layari https://www.gtdollar.com/


Wednesday, January 25, 2017

Permulaan 2017 yang baik

Assalamualaikum/Hai, 

Alhamdulillah..
Alhamdulillah..

rezeki untuk suami bila dia dilantik untuk menjadi tour leader untuk bawak jemaah umrah di bawah Felda Travel. Allah jemput dia ke RumahNya dulu.. 
sabarr..nnti giliran kita pergi bersama yee..
doa banyak banyak depan Kaabah nnti tau tau tauuu..


this is my small family..

10 hari perjalanan.
Semoga selamat pegi dan selamat balik..
semoga dapat umrah yang mabrur..
*menghitung hari*
*rinduuuu*


lain-lain cerita??
nahh layan gambar kami sepanjang di KLIA2 tu okeh..
pestime pegi sana macam jakun sikit..

terima kasih mak abah adik tolong hantarkan.. tolong temankan sampai berlepass..
terima kasih sangat-sangat..



while papa bizi uruskan check in beg beg jemaah, mama bawak uols tgk kapal terbang..
nnti kalau ada rezeki lebih kita naik kapal terbang yee,.,


selendang jemaah umrah dari Felda Travel.. nice color..senang nak cam..

bai bai papa..
see u for the next 10 days..
21 - 31 Jan 2017

*masa ni adik punya meraung sedih kene tinggal mengalahkan mama plak.. siap peluk kaki papa taknak kasi lepas.. menangis toksah cakap la.. smpai ke kereta dia punye nangis.. umpan eskrem pon tak jalan.. adiikkk adikkk..

ehemm.. ehemmm..

lamaaa kan tak citee pasal hal hal rumahtangga aku ni kan??
2016 kami berhibernate.. dealed between us. reason? its too privacy to tell ya.
dalam masa berhibernasi tu.. macam macammmmmm perkara tak helok aku dengar..
biasalaahh bila up gamba sensorang, pegi sana sini sensorang atau dengan anak-anak je.. kat ig/fb/blog semuaaaa gamba aku dan anak2 je...mulalahhh tuu..

tak baikk tauuu.. doakan je yang baik baik sudah la.. tak yah nak mengata sangatlahh..
yang menyampai-nyampai pon satu hal..
eyh mana aku tau cite nih?? well aku kan ramai informer..hahahaa..
we all are doin just finee..
bila nak lowprofilekan perihal spouse kita tu jangan la banyak tanya..
dendiam sudahh.. ni dah kira syukur diizinkan nak berblog, join event.. masuk hutan..terkinja kinja zumba..korang ape tauuu??
ngumpattt jee kejee..

kalau kita bersabarr, Allah akan bagi sesuatu yang baik untuk kesabaran kita..
tahun ni, rezeki dia dapat pergi rumah Allah..
tak terfikir pon akan rezeki dia yang satu ni..

soo koranggg...
tolongggg doakan yang baik baik untuk kawan-kawan kita di luar sana walaupun dalam hati kita tu sakitnya tu disini.. gituuuu...
eyhh membebel plak kite..

sooo untuk tahun 2017 ni... siaplah kauuu..
muntah hijo la kau ngadap gamba leving leving romentik romentik aku nnti..
tak suka, sila unfriend.. i is ok! no big deal bebeh..

last but not leastt,

Permulaan 2017 yang baik.
Pengakhiran 2016 yang hanya tinggal kenangan.
penuhhhhhhh pancarobaa punya tahun..

psttttt..
*banyak entry tahun 2016 dlm draft lgi ni..matiklanakk*


 -MrsPuex-

Monday, January 23, 2017

Selamat Pagi Isnin

Assalamualaikum/Hai, 


Image may contain: 5 people, people sitting and drink


selamat pagi isnin..
the reason im not in monday bluess..ecececeeee...

dah kol ibubapa kita harini? kalau belum, segerakanlah..
jika mereka sudah tiada, sedekahkan al fatihah..

in sya allah hidup akan diberkati Allah..



 -MrsPuex-

Friday, January 20, 2017

YOUTUBE GOLD & SILVER PLAY BUTTON UNTUK LES' COPAQUE

Assalamualaikum/Hai,

-SIARAN MEDIA-
YOUTUBE GOLD & SILVER PLAY BUTTON UNTUK LES' COPAQUE

19 Januari 2017 : Les' Copaque Production Studio, Shah Alam, Malaysia - Syarikat Les' Copaque Production dikejutkan dengan kiriman "Gold Play Button" dari YouTube bagi meraikan kejayaan Channel Les' Copaque di platform itu mencecah 1 juta pengikut. Ini merupakan kejutan berganda kerana pada pagi hari yang sama "Silver Play Button" sebagai penghargaan mencecah 100, 000 pengikut baru sahaja tiba.

YOUTUBE GOLD & SILVER PLAY BUTTON UNTUK LES' COPAQUE
Dari Kiri : Firdaus, Hafiz, Naquyah, Hj Burhanuddin, Hajah Ainon, Mohd Zarin dan Azhar
Gambar bersama team New Media yang menguruskan YouTube Channel Les' Copaque 

Hadiah ini dianggap satu penanda aras baru bagi Les' Copaque Production yang baru sahaja meraikan ulang tahun ke-10 penubuhannya. Dengan 1, 000, 000 pengikut itu sekaligus menjadikannya "Most Subscribed YouTube Channel" di Malaysia. Antara lain, video yang dimuat naik di saluran ini yang bertajuk "New Toys" telah memenangi anugerah video paling popular kategori Malaysia di Anugerah Web TV Asia yang diadakan di Seoul, Korea baru-baru ini. Video itu telah dimuat naik di saluran YouTube Les' Copaque Production dan mendapat lebih 27 juta tontonan. 

Penyampaian anugerah tersebut boleh disaksikan dalam video "Top 16: Les' Copaque Highlight Moments of 2016" yang dimuatnaik pada 13 Januari 2017.YouTube Channel Les' Copaque diwujudkan pada 2009 bertujuan berkongsi perkembangan terbaru syarikat tersebut dengan peminat. Les' Copaque telah menjadi rakan kerjasama YouTube sejak 2012. Ia mula bergiat aktif dalam penghasilan karya baru termasuklah siri animasi pendek DaDuDiDo yang hanya ditayangkan di platform Youtube. Kini, Les' Copaque Production mensasarkan “Diamond Play Button” yang memerlukan 10 juta pengikut. Dengan kerjasama daripada peminat hasil karya syarikat ini seperti Upin & Ipin, Pada Zaman Dahulu, Puteri, DaDuDiDo dan banyak lagi, adalah tidak mustahil satu hari nanti ia akan dapat dikecapi.

YOUTUBE GOLD & SILVER PLAY BUTTON UNTUK LES' COPAQUE
Gambar bersama semua warga kerja Les' Copaque Production

Tahniah Les' Copaque Production!


 -MrsPuex-

Wednesday, January 18, 2017

Skodeng anak dara training volleyball

Assalamualaikum/Hai, 

Semalam cuti sebab banyak urusan perlu diselesaikan dari pagi sampai lah ke petang..

hal pagi tu aku tak cerita kat sini.. kendian nnti aku borak ye..
seperaisss... sangat..

ni hal petang ni haa..
serabut maknye..
anak join volleyball kat sekolah .
training plak belah petang.
start training semalam sampai la jumaat ni..
khamis ada pemilihan peserta yang akan masuk bertanding..
kalau nama dia naik, dia akan training hari hari sehingga hari ahad..
tak silap tonermen die minggu lagi satu kot..
lupe plak padahal dah borak dgn cikgu dia dah.
sekolah dia 1 sesi je so ptg mmg kosong la sekolahnya..
dia akan stanby kat sekolah dari pagi sampai jam 4 petang.

soooo..
mulalah risau nak uruskan hal hal :

transport.
kafa.
makan time lunch.
transit

Image may contain: one or more people, grass, tree, sky, outdoor and nature
time training.
lega anak sejenis suka bersukan.
hitam la dia lepas ni..
tak pe kakak, mama pon dulu hitam legam tapi ramai je yang berkenan.. eyhh!!!

TRANSPORT.
pakcik hadi dah setuju nak tunggu kakak depan pintu gate jam 4 petang SHARP!

KAFA .
setel. ustaz kelas dah ambil maklum bagi murid yang join aktiviti di sekolah rendah.

TRANSIT.
minta van hantar terus ke umah jam 4 petang tu sebab nenek dah ada kat umah.
mlm tadi baru sampai.

MAKAN LUNCH.
setel jugak.
order kat jiranku tersayang sebab kantin tak bukak petang.
apedaaaaaa..
kebetulan anak dia tahun 4 pon join sama latihan.
so jam 1 petang dia akan delivery lunch utk anak dia dan anak aku kat sekolah.
legaaaaa..

antara menu kebabom air tangan jiran aku :


semalam.
nasi lemak ayam goreng.


hari ni.
spegeti carbonara+air kotak.

alhamdulillah..

Allah permudahkan urusan hambanya yang kerdil lagi hina ini..

Selamat berlatih KAKAK.
terpilih ke tidak, mama tetap sokong apa yang kakak nak buat kat sekolah.
janji happy dan enjoy..


harini ada KOKO.
aku paksa dia suruh masuk pengakap.
dia kata ok je tp takut dah penuh.
tak sabar balik kang nak tunggu result dia masuk KOKO mana..
haihh... mak yang nebess..
nak sangat dia masuk pengakap sebab maknye mmg ahli tegar pengakap.cuma kawin beranaks ni kita jadi silent follower aktiviti dorang je..hehehee..


 -MrsPuex-

Monday, January 16, 2017

Aireen Join Road Run di Sekolah

Assalamualaikum/Hai, 


Program hari sabtu yang lepas.
sabtu lepas jugaklah mak dia dapat banyakkkkk jemputan event under ticket as blogger.
penat tau pikir pikir nak pegi yang mana.
nak dahulukan kepentingan yang mana satu.

hati terlompat-lompat nak join event satu ni yang aku rasa bestt giler laa..
tapi apekan daya...
kuasa anak lagii powerr..

maka, mak pasrahhh jeee..
sabtu tu jugak aku peratii je kengkawan yang haplod moment2 best kat atas bukit nun haa..
nasib baik aku tak unfriend..begitu jelessnye aku..hahahahaa..

ehh tersasar plak cite utama kita..

sekolah kakak ada program road run a.k.a merentas desa.. tapi tak berapa nak desa la sebab lari kat kawasan taman perumahan..hahhaaa.. hanya untuk tahun 3,4,5 sahaja,

so mak dia pon semangat la nak join sama.. paksa rela si adik tu utk lari sekali ikut route kakak..

di pagi yang hening dah terpacak kat sekolah. 

kakak and the geng..
dia seorang je yang tercampak umah biru..

sementara tu, mak mak bila dah jumpa, selfi la seketul lepas tu sambung gosip..hehehe..

aktiviti pertama pagi tu acara panaskan badan, senamrobik.. semua pon join sekali.
nah bagi video sikit kat korang..



dah selesai senamrobik,
bermulalah acara road run dimulakan dengan murid tahun 5 kemudian tahun 4 dah last sekali tahun 3..

semua pon tak sabar nak berlepass..

nah kasi video betapa eksaitednya dorang nak berlari..



mama dan adik pon join sekali folo kakak ikut route dia tapi memang tak jumpa la.. berdesupp si kakak berlari bersama kengkawanya..

mama pon tercicir cicir kene tinggal dgn adik ..
dasat btol budak kecik nih..
nasibbbb baik sangat dia tak tantrum tetengah jalan.. hilang gojes mak kau dik kalau adik buat hal..
hahahahaa.. alhamdulillah he enjoy running..



sampai sampai terus dituju kat besen air sirap tu ha..
good job adikk..
mama proud of u..
mama yang pancit..hahahaa

dah charging dgn air baru dapat cari kakak..
legaa dia pon okk je.. risau kot kot terjatuh ke lari reramai tu kan..
sebab ramai je yang tersungkur di medan perang..gituuuuu...


ni mak mak yang join sama berlari.. eyh berjalan beriringan bersama gitu.. aku je yang tak jumpe dorang sebab adik dah bersedup lari nak kejar kakak die.. parohhh adik ni..

and she makes me proud on that dayy..
tak sia-sia mama lepaskan peluang nak pegi naik skyway sana..
in return, anak mama dapat tempat ke-15 kategori perempuan tahun 3..
boleh laa kan.. maknye still tak percaya dia boleh larik lelaju dengan selamberrr je..
bukan ape, sebab maknye tak penah tgk anaknye berlari lari..
sooo jangan pertikaikan keupayaan anak anak kita ok..
lesson learned.
heheheee..

immaa happy mother!


konon-konon runner buddies la..
aku syak dorang ni berlumba2 masa nak lari tu kot..
3-3 dapat bawak balik hadiah..
hehehee..

ape-ape pon,
lepas ni boleh la kita register aktiviti run run ni kan kakak??



 -MrsPuex-

Sunday, January 15, 2017

Penjimatan Berganda Jika Membeli Kereta Secara Online Di Tookar.my

Assalamualaikum/Hai, 

Ada yang bercadang untuk mencari kereta baru tak tahun ni?
atau nak cari kereta yang lebih selesa untuk keluarga tersayang?
dan juga kekangan masa untuk pergi ke showroom?
jangan risau..

Penjimatan Berganda Jika Membeli Kereta Secara Online Di Tookar.my
sekarang semuanya ada di hujung jari anda sahaja.
bagaimana caranya?

TOOKAR.MY boleh menyelesaikan segala permasalahan anda.


APA ITU TOOKAR.MY?

Tookar.my adalah platform pembelian kereta secara online di mana tookar.my menjual kereta dalam kos yang paling cepat, cara paling mudah dan paling berkesan serta menjimatkan masa untuk pengguna 

BAGAIMANA NAK ORDER DENGAN TOOKAR.MY?

Penjimatan Berganda Jika Membeli Kereta Secara Online Di Tookar.my

lebih senang sebab anda tidak perlu menggunakan orang tengah dalam urusan jual beli kereta yang akan meraihkan keuntungan tambahan ke atas khidmat mereka.

PENJIMATAN  BERGANDA SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA 2017

Penjimatan Berganda Jika Membeli Kereta Secara Online Di Tookar.my

Sepanjang tempoh Perayaan Tahun Baru Cina bagi Tahun 2017 sehingga 31 Januari 2017, TOOKAR.MY akan memberikan tawaran yang istimewa kepada pembeli yang membeli kereta secara online dengan mereka.

caranya mudah saja.
1. pergi ke website www.tookar.my
2. pilih kereta yang anda berkenan dihati
3. gunakan kod : SL1E8PC2 *untuk dapatkan harga istimewa
4. selesai.

mudah sangatkann??
ok apa tunggu lagi.. 
jom kite pergi servey kereta disana dengan hati yang gumbira..


untuk keterangan lanjut boleh hubungi :

ALAMAT :
Suite 27, 6th Floor, IOI Business Park
47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan

WEBSITE :


TEL :
03-8084 1100



HAPPY NEW CAR!

 -MrsPuex-

Thursday, January 12, 2017

Cabin Meru Cafe

Assalamualaikum/Hai,

Selamat Hari Khamis Semuaaaa...
Dah makan???
kalau dah, good.
kalau belum, sila pegi makan dengan segera sebab entry kali ni berkisarkan tentang makanan sesajee..

tekak tetibe teringin nak makan western western tapi nak yang murah murah je..
maklumlah cafe hipster skang ni harga melantun lantun tapi bila makan sampai, fries kejung la, ayam terlalu welldone ssgt la..
hmmmm.. kekadang mcm frust bila nak berjjcm ni..

tapi kali ni tidak ye..
puas hati..
anak tekak pon gumbire bukan kepalang..

kat mana JJCM kita kali ini??

tadaaaaaa...

CABIN MERU CAFE.
lokasi terletak di meru, klang.
buka dari 5.30 petang sampai ke 11 malam.

menu?
western ada.
goreng-goreng pon ade

senang mcm ni sebab kalau xnak berwestern, pilihan goreng goreng ada.. so tak gaduh gaduh..
aritu aku jjcm dengan jiran tetangga. 4 family semuanya.

so ni tempat paling ngam ..
dekat dengan rumah. 15 minit je dah smpai.
bila pegi reramai.. kene jugak pikir tekak semuaorang..
ada yang jenis mmg kene makan nasi, ada jenis yang ok jee western..
hahahaa..
tempat pon tenang sebab berdekatan dengan kubur cina..hahahahaha...
*jangan pikir bebukan ye.datang makan je jgn toleh atas, kiri,kanan, belakang.

signboard di simpang masuk.
1 signboard cafe, 1 signboard ke arah kubur cina..
jalan depan sikit akan nampak kedai belah kiri..
kalau korang terus ke depan maka sampailah ke kubur cina.
awass yeee..

menu trademark situ.
bakso abang cangkul
jiran aku order.
rasa katanya not bad cuma xde cili kicap. tu je spoil sikit. 

cheesy meatball.

nasi goreng kampung

chicken chop

grilled chicken chop

ragam anak-anak bujang.

anak dara kami.

tengah port mak mak dara. hujung sana port bapak bapak.

welll.. dah nama blogger mesti wajib snap gambar sebelum makan.
makanan sampai je mesti singgah kat aku dulu..hahahah..
mujur mereka memahami..
tengkiu jirann..
 
dah kenyang. mari balik ke pangkal jalan.
photo session mak mak dan anak anak.

geng mak mak je tp terselit jugak 2 ketul anak disitu..hehehe..


overall,
tempat makan yang tenang.
sesuai untuk family gathering sebab tempat agak luas.
tapi better kol dulu la kalau nak book takut penuh kalau pegi walk in.

next time datang, nak try nasi daging kambing bakar pulak.
dorang kata sedap..

 -MrsPuex-
jjcm| food| cabin meru cafe | klang | meru | western food

Wednesday, January 11, 2017

Jom Naik MRT Percuma sehingga 16 Januari 2017

Assalamualaikum/Hai, 

korang dah naik MRT percuma??
belumm??
aku bab bab percuma ni lajuuuu je..
hahahahaaa..
tak mengapa.. ada masa lagi ni sementara tengah percuma sehingga 16 Januari 2017 ni..
kang dah berbayar lagi jenuh nak naik kan?

just scan ic je dah boleh masuk.

ada shuttle bas percuma jugak tau.. route dari mana nak kemana tu nanti pepandai la korang tanya abam bas.. hakak lupe plak nak interbiu mereka..
kami naik dari stesen KWASA Sentral. sebab stesen ni yang paling dekat dengan rumah.
MRT ni baru fasa 1.
route KWASA DAMANSARA - SEMANTAN

nak pegi ikea lepas ni boleh la naik MRT je ..turun kat mutiara damansara. menapak sikit je..
setakat nak pegi makan meatball+ciken wing tu ok la.. jangan ko nak shopping 1 ikea tapi naik MRT.. mmg kene sembur la dengan penumpang lain ..hahahaa..

kita tak sabar nak tunggu siap fasa 2.
fasa 2 nanti route dia akan menjangkau sampai ke kajang sana..

sooo bila dah siap nnti bolehlah balik ceras dengan MRT ni saja..
saja saja buang tebiat nak balik naik tren katanya..stesen yang terdekat nanti adalah stesen Taman Midah (berdekatan dengan mekdi + kepsi tu)


dabel date dengan jiran depan umah.. ekceli plan tak dirancang..
best jugak.. at least ade geng selfi bersama.. gituuu..

mereka teruja.

selfi dgn tiang pon bolehhhh...

kusyuk dorang tengok luar..


pemandangan dari dalam tren..
masa kitorang pegi ni, orang tak berapa ramai..
soo dari hujung gerabak sini boleh nampak ke hujung gerabak sana.
seghonokkkkk!!

selfi selfi dlm tren itu wajib..
kata pelancong kannn..
kahhhhh!!


naik dengan geng, beginilah mereka..
melekattt..


selfi dgn anak dara kita..

apa yang best naik MRT ni??
ruang yang besar boleh memuatkan banyak kapasiti penumpang dalam satu-satu masa.
lajuuuuuu..
ada pintu di antara ruang menunggu tren di setiap stesen.
kawasan parking yang banyakkkk
kemudahan lain lain seperti perkhidmatan bas secara percuma.

soo ape tunggu lagi,

JOM NAIK MRT!

 -MrsPuex-