Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

searchbar lazada

Friday, December 23, 2016

The Magical World Of Alice In Wonderland at Genting Highlands Soon!

Assalamualaikum/Hai,

Doing great everyone??
Siapa kat sini peminat cerita fantasi Alice in Wonderland??
ada sesuatu untuk anda yang minat cerita fantasi ni tau..
nak tahu lebih lanjut ??
meh saya nak bagitau sesuatu untuk andaa..

The Magical World Of Alice In Wonderland at Genting Highlands Soon!
Alice In The Wonderland ini berkisahkan tentang watak-watak fantasi kreatif seperti Red Queen, Chesire Cat, Caterpillar, Knave Of Heart, White Rabbit dan juga Duchess berdasarkan kepada novel Lewis Carroll yang ditulis sekitar tahun 1865. Legend kann cerita fantasi ini??

The Magical World Of Alice In Wonderland at Genting Highlands Soon!

THE MAGICAL WORLD OF ALICE IN WONDERLAND

Pada 9 Disember 2016 yang lepas, saya dan beberapa rakan blogger yang lain telah hadir ke sesi press conference The Magical World Of Alice In Wonderland yang diadakan di Wisma Genting Kuala Lumpur.

Menurut Timblaan Presiden Media Sosial dari Resort World Genting iaitu Nicco Joselito Lopez Tan berkata The Magical World of Wonderland ini akan dipersembahkan oleh sekumpulan pelakon-pelakon yang sangat berbakat dari Negara Cina dan pihak produksi yang bertanggungjawab adalah Sino-Canadarian Cooperative Multimedia Musical.

Kelainan yang ditonjolkan dalam The Magical World Of Alice In Wonderland kali ini adalah ianya akan dpersembahkan dalam bahasa MANDARIN dengan menggunakan aplikasi teknologi interaktif dalam unjuran filem. Walaubagaimanapun, bagi penonton yang tidak fasih bahasa mandarin, pihak produksi akan menyediakan sarikata dalam bahasa Inggeris.

The Magical World Of Alice In Wonderland at Genting Highlands Soon!
Tiga wanita terkemuka dalam pementasan ini adalah Xie Xing Yi, Xu Xin, dan Zhang Shuhui. Xie yang memegang watak Alice adalah graduan Shanghai Dancing College dan Teater Akademi Shanghai. Beliau telah muncul dalam muzikal lain seperti Ji Zhi Bai Lang Hui Li Fai Shi Tao De.

Xu Xin yang muncul sebagai Arnab Putih, adalah graduan dari Teater Akademi Shanghai. Beliau juga telah muncul dalam kedua-dua filem dan teater. Bagi Zhang Shuhui yang memainkan Red Queen, adalah dari Teater Akademi Shanghai dan Beijing Dance Academy. Beliau juga seorang ballerina dan opera penyanyi dicapai.

Pelakon-pelakon lain yang dibawa khas dari Negara Cina adalah Yang Guanyu, Liu Yang dan Li Xiang


The Magical World Of Alice In Wonderland at Genting Highlands Soon!

JOM TENGOK THE MAGICAL WOLRD OF ALICE IN WONDERLAND

The Magical World Of Alice In Wonderland akan dipersembahkan di Genting International Showroom, Genting Highland pada 17 - 26 Mac 2017 bermula dari jam 8 malam setiap hari kecuali 19 dan 26 Mac akan dipersembahkan pada jam 4 petang.

TIKET :

Tiket : RM268 (VIP), RM168 (PS1) , RM98(PS2)
*Pembelian sebelum 31 Januari 2017 akan dapat harga promosi FIT early bird sebanyak 10% diskaun. RM241.(VIP), RM151.20(PS1, RM88.20(PS2).
**khas untuk Genting Rewards Card Member : 20% diskaun (RM214.40-VIP, RM134.40-PS1, RM78.40-PS2) pembelian sebelum 31 Januari 2017 dan 10% diskaun pembelian selepas 31 Januari 2017.

Untuk maklumat lanjut :

Tel : 03-27181118


*selamat menonton*