Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

searchbar lazada

Saturday, December 17, 2016

resepi kuih keria antarabangsa

Assalamualaikum/Hai,

sekarangkan tengah dok viral pasal kuih keria antarabangsa kat melaka tu..
kita tak pernah terai, apetah lagi nak beratur macam ulauu semata seketul kuih keria tu..maybe, maybe satu hari nanti akan ku terjah jugak.. saje nak test power sgt ke?
hahaha..

ok la nah resepi kuih keria bersira gula melaka versi ceras baru punye..

resepi disedut dari blog www.mamadarwiish.com tapi kita olah sikit demi keaslian penulisan kita.. tengkiuu aiin utk resepi superb ni.. sharing is caring kan kan kann..

Bahan-bahan :

kuih keria :
1.3 biji keledek (merah/putih)
2.2 1/2 cawan tepung gandum atau secukupnya
3.1 sudu besar baking powder
4.secubit garam
5.secubit gula

sira gula melaka:
1.gula melaka secukupnya
2. gula pasir secukupnya
3.air 1/2 cawan

cara-cara membuatnya beserta gambar:

rebus, toskan dan kemudian lenyekkan keledek seperti dalam gambar. kemudian tambah tepung, garam, gula, baking powder dan gaul sehingga sekata. kalau lembik, tambahkan tepung sedikit demi sedikit sampai boleh uli bulat bulat.
 bentukkan adunan menjadi seperti dalam gambar. 

kemudian goreng adunan sehingga keperangan dengan api yang rendah. toskan dan ketepikan.

untuk sira gula melaka pula,

cairkan gula melaka, gula pasir dan air ke dalam kuali dengan api yang perlahan sehingga cair kesemuanya.

tutupkan api dan gaulkan kuih keria yang telah digoreng ke dalam kuali berisi gula melaka sehingga sebati.

sedia untuk dihidangkan bersama kopi panas..

walllaaaa...

sekian, selamat mencuba..
tak yah sesusah nak beratur pepanas 3-4 jam dah uols.. sekali buat boleh makan sampai tersandar kekenyangan..

adalah diingatkan bahawa ianya adalah maness..soo sila kawal kadar pemakanan uols okey..
mengidam, mengidam jugak tapi kesihatan kena amek berat okeh..

-mrspuex-