Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

searchbar lazada

lazada april

Lazada Malaysia

Thursday, July 21, 2016

AL-Fatihah Untuk Mak Gemok

Assalamualaikum/Hai,

masih lagi dalam mode berkabung..
aku kehilangan bapa saudara kesayangan yang paling rapat dan palinggg cool..
betul orang cakap, kehilangan (kematian) adalah sesuatu yang perit..
2 bulan lepas (17/5/2016) Pak Long(abang ipar abah) pergi mengadap Ilahi .

Haji Abdul Aziz bin Sharif  (mak gemok) telah kembali ke rahmahtullah pada 19 Julai 2016(selasa), jam 8 malam di hospital serdang due to heart attack..

mula warded jumaat (15/7/2016) malam sebab kena serangan jantung.
cadangan nak masuk stan pada isnin 18/7/2016 tertunda berikutan keadaan beliau yang lemah..

dannnnn..
19/7/2016 sekitar jam 8 malam, beliau telah menghembuskan nafas yang terakhir..
Innalillahiwainnalillahirrojiunn.. Allah permudahkan urusan beliau mengadapNya..

malam tu terus berdesuppp dari shah alam ke puchong (rumah abang jiji - anak lelaki pertama arwah) untuk melihat jenazah mak gemok untuk kali terakhir. jenazah dibawa terus dari hospital serdang.. dalam perjalanan tak henti henti air mata ni mengalir.. Allahu akbar..
anak demam pon aku hangkut sekali..


Selesai pengebumian pada 20/7/2016 sebelum zohor..
Alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah..

Talkin di baca oleh abang jiji (anak arwah)-kopiah hitam baju putih
lagi bertambah syahdu keadaan masa tu.. tersedu sedu abang jiji nak menghabiskan talkin..
pastuh..
aku tengok abah(kopiah putih tengah tunduk tepi tiang), aku nangis..
aku tgk kezen-kezen aku, aku nangis..
anak arwah ada 11 orang. 7 lelaki, 4 perempuan..
kezen yang paling rapat , anak arwah no 9 - fida..
 hari arwah meninggal tu adalah hari fida baru lepas abis pantang.. semoga dia tabah..
aku tgk dia, berjujuran air mata keluar..
time aku peluk dia tu toksah nak cakap.. teresakk esakkk kami nangis berjemaah.. 
Allahu akbar..



Abah's besfren..
abah dah kehilangan seorang abang dan teman gaduh-baik-gaduh-baik...
tak de orang yang secool mak gemok yang sanggup melayan 'kerenah' adik bongsu (abah) ni..
semoga abah kuat dalam menempuh hari hari tanpa mak gemok..
seriusly, abah nampak lemahh..

Mak Gemok in memories
5/4/1948-19/7/2016
Damailah mak gemok disana..
Innalillahiwainnalillahirrojiunnn..
AL-FATIHAH..

-MrsPuex-