Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

searchbar lazada

Tuesday, June 7, 2016

Segmen Sally nak bagi Kad Raya 2016!

Assalamualaikum/Hai,

segmen sally nak bagi kad raya 2016!

saya dah try nasib untuk dapatkan kad raya dari blogger comel sally ni..
doakan kite dapat sekeping yee...

korang kalau nak jugak kad raya dari blogger comel ni sila klik banner untuk join.

Mula - 6/6/2016 | Tamat - 26/6/2016


gud luck!


 -MrsPuex-

8 tips kesihatan dan kecantikan untuk wanita 30an

Assalamualaikum/Hai,

wahhh..
kemain hakak belog nak sharing tips tips gebomm nih..
maklumkan hakak dah 3 series dah diknon.. so memang kena mencari tip-tip untuk kekal sihat dan cantik sekaligus (tanpa sebarang tepekan kosmetik). biar natural.
dan paling penting, biar istiqomah.. susah kan nak istiqomah ni??
kita paham sebab kita pon seorang yang sesuatuuu sangat kalau nak beristiqomah..hahahaa..

 Jom tengok apakah 8 tips hebat tu..

TIPS 1 : KAWAL PEMAKANAN


proses penuaan dapat dilambatkan jika kita mengamalkan pemakanan yang seimbang. banyakkan makanan berserat tinggi, sayur dan buah-buahan. kurangkan makanan berlemak, minuman yang mengandungi bangak kafein, minuman ringan dan makanan ringan.
*taknak tua cepat sangatlahh..tapi saya hantu kopiiii..acanerr??


TIPS 2 : GUNA PELEMBAP YANG SESUAI


apabila umur kita menjangkau 30-an ni, keanjalan dan kelembapan kulit semakin kurang. oleh itu penggunaan krim pelembap adalah sangat diperlukan. carilah pelembap yang sesuai dengan kulit muka masing-masing. harus diingatkan yang krim muka jenama popular dan mahal tidak semestinya sesuai dengan jenis kulit kita.
*alamakkk!! serum ephyra dah nak abis..kene order nih..hihiiii*


TIPS 3 : CUBA ELAKKAN DARI PANCARAN CAHAYA MATAHARI

jangan biarkan muka anda banyak terdedah kepada cahaya matahari pada jangka masa yang panjang. pendedahan yang lama bukan sahaja menggelapkan kulit, ianya juga mengurangkan kelembapan kulit yang membawa kepada kekeringan.
*alaaaa..xkan nak benti xtvt outdoor?


TIPS 4 : SENTIASA BERSENAM

bersenam mampu meningkat keupayaan dan kesihatan. pastikan kita melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun tidur. dan kalau ada masa, lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu..
*yang ini on off .selalu skip..bahaha..


TIPS 5 : MINUM BANYAK AIR

kekeringan dan gejala penuaan boleh diperlambatkan dengan meminum banyak air. ini kerana air adalah aset penting untuk kesihatan tubuh badan terutamanya kulit muka. kekurangan jumlah air dalam badan boleh menyebabkan kita mudah diserang pelbagai penyakit. selain itu, air penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksin dalam tubuh badan.
*memang hazabedah nak lengkapkan 8 gelas air ni..asiklah tikincing kincing..adoii..


TIPS 6 : MAKANAN TAMBAHAN

pengambilan vitamin adalah amat digalakkan untuk wanita 30-an. kesibukan dengan tugasan di pejabat dan rumah menyebabkan kebanyakan wanita jarang mengamalkan pemakanan seimbang. pengambilan vitamin dapat membantu menyelesaikannya.
*yang ini memang betul sebab saya pon sedang mengamalkannya*


TIPS 7 : ELAKKAN BERMEKAP TEBAL

wanita 30-an seelok-eloknya menggunakan mekap yang nipis dan sederhana. cuba elakkan dari menggunakan foundation yang tebal serta lipstik yang merah menyala. ianya akan membuatkan wanita ini nampak lebih tua dan garang.
*saya mekap tetebal bila ada event je. pegi opis memang mcm zombi..bbahahaha*


TIPS 8 : POSITIF, CERIA DAN SELALU BERSAMA YANG TERSAYANG

wanita 30-an mestilah mengamalkan sikap positif, sentiasa ceria dan selalu bersama yang tersayang. kehadiran orang-orang tersayang di sekeliling dapat membantu wanita membina keyakinan diri dan menghilangkan stress
*tengok wajah anak-anak dah cukup menggembirakan hati seorang ibu..ececee..walaupun kekadang tu reasa macam nak telan*



sooo...
boleh ke idok pratikkan 8 tips ni wahai wanita 30-an diluar sana??
bukan wanita 30 an pon boleh jugak nak try..
sama-samalah kita pasang niat ni ya..

sharing is caring.
kejelitaan hak milik setiapppp insannn... gituuuuuuwwww...

aminnnnn..




 -MrsPuex-