Followers

Friday, April 8, 2016

rawatan secara Anaesthetic di Premier Clinic Bangsar

Assalamualaikum/Hai,

Kulit muka tak berapa nak floles, tapi bila diberi peluang untuk mencuba rawatan kulit di sebuah aesthetic clinic,umpama seperti diri disorong sorong bantal peluk tauuu..

sukaaa sangattt..

Aesthetic Clinic pilihan adalah di Premier Clinic yang terletak di 2 lokasi yang berlainan.
 aku pilih branch bangsar sebab senang nak access..



Apa itu Aesthetic? 
Secara ringkasnya, aesthetic bermaksud keindahan dan kesempurnaan. di dalam bidang kecantikan, perkataan aesthetic ini sangat sinonim. ia bermaksud pendidikan yang tertinggi merangkumi pengetahuan mengenai segala rawatan rambut sampailah ke kaki.

Bersama Dr Aarthi Maria untuk sesi suaikenal dan pengenalan kepada kulit muka..
masa ni Dr Aarthi akan kaji dan terangkan jenis treatment apa yang perlu aku jalani..

kesimpulannya.. aku akan melakukan 3 treatment iaitu :


Mula-mula muka dibersihkan sebersih-bersihnya untuk membuang segala kotoran yang akan menghalang proses-proses yang akan dilakukan.. seronok sesekali muka dibelai begini.. stress free..

Rawatan 1 : Subcision

Ini  adalah proses Subcision.

Subcision ini adalah terapi untuk parut jerawat.  bahagian di sekitar parut jerawat biasanya akan lebih kaku dan keras sehingga membuatkan bahagian tengah parut jerawat akan berlekuk. bawah kulit yang rosak akan dipotong dengan menggunakan hujung jarum yang halus. jarum dimasukkan kedalam kulit dan akan digerakkan mengiris jaringan bawah kulit yang rosak (rujuk gambar di atas). 


masa ni memang akan terasa seperti ada benda dipotong potong di dalam kulit.. scaryy takk??hahaha..nampak macam menakutkan tapi sebenarnya kita akan dibius dulu sebelum proses ini dijalankan. proses ini mengambil masa dalam 15-20 minit bergantung kepada keadaan kulit seseorang.. kalau banyak lekuk maka, lagi lamalah prosesnya.. dan percayalah proses ni tak sakit ye.. 
kagumm sangat dengan hasilnya..

dalam hati terpikir, habislah bengkak bengkak muka.. macam mane nak balik? macam mana nak pegi kerja esok?? huuhh.. macam-macam pikir tauu.. *naluri hati*

tapi semuanya silap.. everything goes smoothly..
i am a happy woman on that time!..

Rawatan 2 : Fractional CO2 Laser

yang ini adalah proses Fractional CO2 Laser . (klik untuk bacaan lanjut)

Masa ni muka akan dilaser sepenuhnya untuk membuang sel sel kulit mati dan menghapuskan jeragat yang ada.. kalau jeragat atau jerawat terkena laser ni , ia akan ada bunyi pop.. best tau dengar setiap kali bunyi pop tu datang.. hahaha.. nyahlaa kauu dari muka ku ini..

seriusly, sepanjang hidup muka tak pernah kena laser.. bila dapat peluang, hambekkk.. bising mulut aku bila ada bunyi pop tu keluar.. 

kesan dari laser nih, muka akan mengalami pengelupasan yang halus di mana sel sel kulit baru akan tumbuh.. aku tak digalakkan memakai apa juga jenis make up sepanjang sesi pengelupasan berlangsung.. merasa lah pergi keje dengan 'naked face'..

nak cantik punya pasal.. kene la ikut arahan.. the result? sangat memberangsangkan.



 
rawatan terakhir adalah  LED Photomodulation Therapy (klil untuk bacaan lanjut)

rawatan ni untuk memulihkan semula kulit selepas dah melalui 2 proses yang sebelum ni..
masa di ambil sekitar 15-20 minit. muka akan direhatkan sepenuhnya. feel calm and relax!

selepas muka dilaser, muka akan direhatkan dalam 10-15 minit . 
semua bahan-bahan yang digunakan adalah berunsurkan organic. jadi, tak perlu risau ok!
kerim tu sejukkkkkk sangat.. hampir terlena dibuatnya..


i feel fresh.
muka pon macam orang baru bangun tido..hahaha..


 Last but not least,
Thank You Dr Aarthi Maria.
Thank You Premier Clinic.

Thank You for having me.
rawatan yang dilakukan pada hari tersebut dianggarkan lebih kurang rm2k ++..
mukaa adaaa sinyummmm!!!


untuk keterangan lanjut, boleh hubungi :

Alamat :

(Cawangan Bangsar)
40, Jalan Telawi
Bangsar baru
59100 Kuala Lumpur
(Belakang Bangsar Village)

Waktu Operasi :

Isnin : 2 petang - 7 petang
Selasa hingga sabtu : 10 pagi - 7 petang
Tutup : Ahad


Alamat :
(Cawangan TTDI)
31, Jalan Wan Kadir 2,
Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur

Waktu Operari :
Selasa hingga sabtu : 10 pagi - 7 petang
Tutup : Ahad, Isnin dan Cuti Umum

Website :

Facebook :

Instagram :

Telefon :
012-6625552

Emel :
contactus@premier-clinic.com

-MrsPuex-