Jangan Lupa Minum Susu!

Assalamualaikum/Hai,

Korang sarapan apa pagi tadi? ada sarapan dengan susu tak?
apee??? takde??
tak suka susu?? susu tak best??
jangan macam tu kawan, susu tu bagus untuk badan kita tau.
tak boleh minum direct segelas susu?? don't worry..
meh saya tunjukkan cara-cara bagaimana nak selitkan susu dalam menu seharian kita.
tak perlu banyak, 1 atau 2 gelas sehari pon dah memadai.


RUTIN SARAPAN YANG SIHAT.




Sajian sarapan yang enak tidak lengkap tanpa minuman kegemaran yang dihidang panas-panas. tak kira jenis minuman yang anda pilih tu kopi, teh atau coklat sekalipun, mesti bertambah sedap dan lebih berperisa jika ditambah dengan susu. Ini salah satu langkah untuk kita selitkan susu dalam minuman kita. Tapi, kalau tak suka nak tambah susu ke dalam minuman kegemaran ( yang secara tidak langsung akan meningkatkan nutrisinya), anda boleh menikmati kebaikan susu yang dihidang sejuk-sejuk. best tau minum susu sejuk sejuk pagi-pagi.tak kiralah bagaimana  cara kita me menikmatinya, kajian menunjukkan susu pilihan terbaik untuk sarapan.

Pada hari yang sibuk dan tak sempat nak menyediakan sarapan sendiri, satu atau 2 gelas susu segar sudah memadai untuk mengalas perut. namun tentulah lebih baik jika ia dinikmati bersama makanan sekurang-kurangnya sekeping sandwish.

selepas 8 hingga 12 jam daripada hidangan terakhir anda, segelas susu mempunyai khasiat yang diperlukan oleh badan untuk mengawal fungsi secara sendiri pada waktu pagi.


KEBAIKAN SUSU




Susu adalah sumber yang kaya dengan kalsium, membantu membina tulang dan gigi yang kuat untuk kanak-kanak. susu membantu kita mendapatkan jisim tulang yang sihat untuk orang dewasa walaupun pasa usia emas. Nampak tak betapa PENTING nya susu dengan kita.

Selain kalsium, susu juga mengandungi nutrian penting yang lain. Dutch Lady Pure Farm kaya dengan nutrien penting di mana ada yang tidak boleh dihasilkan oleh badan kita secara semulajadi. Contohnya protein yang memainkan peranan utama dalam tumbesaran dan perkembangan seperti membina otot dan tisu. Vitamin A penting untuk fungsi mata yang sihat, vitamin B2 menyokong fungsi sel yang mengubah makanan kepada tenaga dan vitamin D3 membantu menyerap kalsium dan fosforus.


KEPENTINGAN SUSU DALAM SARAPAN



Kalsium ada dalam susu. kekurangan kalsium dalam tubuh badan boleh menyebabkan masalah tulang rapuh. Oleh itu, dengan adanya susu Dutchlady menggalakkan semua keluarga supaya minum susu sebelum pergi kerja atau sekolah. Hanya 2 hidangan sehari boleh membantu memenuhi keperluan pemakanan untuk sekeluarga. Minum satu daripada dua hidangan sewaktu sarapan bererti anda sudah memberikan 200 miligram kalsium kepada badan.


saya telah menyahut seruan Dutch Lady untuk cabaran 7 hari sarapan bersama susu.
nak tau apakah menu sarapan pagi saya bersama dutch lady??
jommmm check it out!


Day 1 : Susu Dutch Lady Pure Farm + Nasi Lemak Kukus (special delivery from Dutch Lady)
Day 2 : Susu Dutch Lady Pure Farm + Nasi lemak bungkus


Day 3 : Susu Dutch Lady Pure Farm + Sandwish Sardine
Day 4 : Susu Dutch Lady Pure Farm + Nasi Tumpang


Day 5 : Susu Dutch Lady Pure Farm + Nasi Goreng Ayam
Day 6 : Susu Dutch Lady Pure Farm + Pau Cendawan


Day 7 : Susu Dutch Lady Pure Farm combine with heavy traffic..hehehe

Mudahkan?
tak susah pon nak minum susu untuk sarapan.
kalau saya boleh, anda semua mesti boleh..
apelagi??
 jomm penuhkan peti ais anda dengan susu dutch lady yang super berkhasiat ni..

untuk maklumat lanjut boleh layari website :




 -MrsPuex-

6 Comments

aswaleyla said…
betul sarapan penting snagat. lela memang tak leh miss sarapan kalau x lembik seharian
Madam N said…
perut saya allery susu. kurang enzim laktase
Kekzamanis said…
MD suka je minum susu cuma malas.. Hehe.. Tp dalam banyak2 susu, MD suka Dutch Lady Pure Farm.. Sedap! ^_^
Suria Amanda said…
ikutkan akak x suka sgt minum susu putih..tp sejak terlibat dengan project ni terus tersuka plak...
SNM said…
Samalah kita...rutin harian ni. Singgah dari Senarai Rakan Bloggers FB Mia.

Regards,
SNM_Yana Afi Mohamed
Mellya Musa said…
hehe suka minum susu jugak :P
singgah dari Senarai Rakan Blogger Di Facebook Mia.Done follow
Jom join
https://mellyacrayola.blogspot.my/2016/10/segmen-jom-exchange-link-by-mellya.html