Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

SISTEM GURU ONLINE

APDM SAPS

Thursday, September 29, 2016

Pencapaian Anak 4 Tahun.

Assalamualaikum/Hai, 

Alhamdulillah..
Dalam usia 4 tahun, sehingga september ini, banyak perkembangan akademik airiel qaid dapat dilihat.
Dia suka mewarna, 
Cantik je bila tengok dia mewarna, tak terlalu comot, tak de terjebir jebir ke luar dari landasan.
asal ada masa terluang je, memang dia akan amek bekas color, buku warna dan meniarap depan tivi.
sambil warna sambil jeling kat mama. minta perhatian suruh cakap ' wahhh rajinnye adikk"
welll... budak-budakkan suka dengan pujian.
lagi kita puji, lagii hebatt dia color.. 

ada masa terlaluuuu rajin.
ada masa, nak jeling buku pon payah..
tak pe, dalam usia ni.kite ikut je mood dia. jangan terlalu mendesak.
budak cepat bosan tauu..

dia juga suka melukis.
semalam, mama mc sebab kepala berat macam nak pecah.secara tak langsung dia pon dicutikan sekali..hahaha..
bila bosan. dia amek color, buat lukisan.
tu gambar atas tu dia tengah lukis rumah. 
tajuk lukisan : rumah kita.
ohhh...soo sweet..

lepas tu die lukis siput.
tak puas hati, mintak mama lukiskan siput.
lepas tu tak mengikut piawaian otak die.
punyelah mengamuk toksah nak cakap weii..
siap cakap : salah, salah. bukan siput macam ni..
mama ni tak tau ke lukis siput.??
amboiii budak kecik ni.. rasa nak gigit gigit jeee..
aku manalah tau gambaran siput yang dia nak..
dekat 3-4 lukisan gak la aku buat.. tak kenaa jugak..
segala spesis siput aku lukis siap gugel lagi.
poonnn takk kena jugakk..fitammmm okehh..
dah la mak kau tgh pening, dapat task kene buat siput lagi bertambah pening mcm nak pecah kepala..
tak pasal-pasal bergaduhhh anak beranak..lantokkkan..
hahahhaaaa.. 


video

kelas qiraati bersama cikgu kakak.
mama jadi guru besar perati dari dekat.

tak sia-sia mama hantar kat tadika dzuliman.
melabur kewangan yang bukan sikit-sikit untuk anak berusia 4 tahun ni..
pencapaian akademik adik sangat memberangsangkan..
welldone adik.
welldone teachers!
syukurrr...

jangan cepat bosan ye..jauhhh lagi perjalanan adik tauu..

semoga anak-anak mama membesar dengan sihat dan berjaya dunia akhirat..
satu je pesan mama,

nanti dah berjaya, jangan lupa mama tau tau tauu..

 -MrsPuex-

Saturday, September 24, 2016

8 Sebab untuk Dapatkan Huawei Honor 8.

Assalamualaikum/Hai,

Zaman serba canggih dan moden ni memerlukan setiap individu memiliki apa jua smart device yang up-to-date. Contoh paling ringkas adalah smarthandphone. Rasa macam ketinggalan keretapi tau kalau kita tak upgrade handphone kita. 
Macam saya ni, Handphone sangat penting untuk buat kerja-kerja yang melibatkan blog.
nak tangkap gambar event, condition kamera semua kena tiptop. storage kena besar dan lain-lain lagi la.. kalau slack kat handphone, boleh amukannn tauuuu.. nak usung kamera dslr, macam dah tak revelen unless korang memang seorang photoghrapher..betull???

Baru-baru ini Huawei memperkenalkan Huawei Honor 8 di China . Gempak kann??
ok jom saya terangkan apa keistimewaan Huawei Honor 8 ini .

HUAWEI HONOR 8!

8 Sebab untuk dapatkan Huawei Honor 8:

Satu. 
Features Full  HD LTPS  LCD Skrin 5.2-inci dengan 1920 x 1080 piksel resolusi. 

Dua.
Bole didapati dalam dua pilihan penyimpanan - 32GB dan 64GB. Terdapat juga slot kad microSD untuk expand storage.

Tiga.
Dual Camera Setup. Ia datang dengan 12 megapiksel dual rear cameras with dual-tone LED flash dan laser auto focus. 

Empat.
8 megapixel front facing camera.  Huawei mengatakan bahawa sistem kamera dwi menangkap "tiga kali lebih cahaya daripada single lens"

Lima.
Sensor cap jari di belakang juga ada butang yang diklik. Klik sensor berfungsi sebagai "kunci kemudahan". Sensor ini boleh digunakan untuk melakukan pelbagai perkara, seperti membuka aplikasi, menghidupkan lampu suluh, melancarkan kamera, dan lain-lain.

Enam.
Menyokong 4G LTE, bersama-sama dengan Wi-Fi 802.11 a / b / g / n / ac, Bluetooth 4.2, GPS, NFC dan sensor inframerah. Ia datang dengan port USB C-Type bukannya slot mikro-USB.

Tujuh.
Telefon ini dikuasakan oleh bateri 3000mAh yang tidak boleh ditanggalkan .

Lapan.
Harga yang reasonable setanding dengan keupayaan devicenya,

Amacam??Bestkan?? 


Tak susah pon nak dapatkan henpon ni..
Kat website LAZADA ada tau.
klik SINI dan jomm shopping!


Lazada's My Cybersale is happening on 26 - 30th September 2016.
Check it out! 



-MrsPuex-

Friday, September 23, 2016

Filem Volkswagen Kuning Bukan Sekadar Filem Seram tapi..

Assalamualaikum/Hai,

Selasa yang lepas, aku berkesempatan join pra-tonton filem  Volkswagen Kuning terbitan migonline bertempat di ecurve damansara. Ni 1st time tengok cerita seram memalam okeh! eyh, rasanya tak pernah tengok wayang cerita hantu kott..hahahahaa.. bawak anak-anak pulak tuh.. maka.. hati dup dapp dia lain macam sangat..

Filem Volkswagen Kuning Bukan Sekadar Filem Seram tapi..

SERAM KE FILEM NI?

Filem ke115 terbitan MIG, Volkswagen Kuning diinspirasikan dari kisah benar yang berlaku. Sejak dari dulu, kisah volkswagen kuning seakan menjadi misteri dan tiada jawapan dari mana wujudnya kisah ini.tapi dalam filem volkswagen kuning ni, ia bukan sekadar seram tapi lebih menjurus kepada scene-scene yang suspen. tu yang lagi buat adrenaline penonton semakin mencanak2 naik . penggambaran pulak memang betul2 waktu tengah malam dan lampu pon hanya diterangi dengan cahaya lampu kereta dan sedikit pencahayaan untuk membuatkan scene tu semakin suspen . aku bukan peminat cerita seram. nak tengok pon jaranggggg sangat la.. tu yang bile dapat join pratonton ni, dia punye deborrr dari pagi membawak sampai ke malam.. fuhhh!! penangan dia.


 SINOPSIS VOLKSWAGEN KUNING


Filem Volkswagen Kuning Bukan Sekadar Filem Seram tapi..

Melalui filem ini, pengarah iaitu Shadan Hashim menggambarkan ianya menjadi sebuah cerita yang menggabungkan kisah benar serta elemen olahan yang ditambah untuk mencantikkan lagi plot sebenar kepada penonton. walaupun ianya sebuah filem seram namun turut diselitkan elemen pengajaran, kekeluargaan serta percintaan di dalam cerita ini. 

Mengisahkan sepasang kekasih yang telah bertunang, FUAD (Pekin Ibrahim) dan SARAH (Atikah Suhaime) yang dalam perjalanan untuk pulang ke kampung Fuad. mereka mengalami gangguan apabila tersesat selepas senja semasa mencari kedai makan. gangguan itu menyebabkan mereka mengalami kemalangan dan Sarah mula berubah. Semuanya gara-gara Volkswagen Kuning!.

Fuad ditahan di wad manakala Sarah mengalami kecederaan ringan. Raudhah (Aida Othman), kakak Sarah datang untuk menjemput Sarah pulang ke bandar sementara menunggu Fuad pulih dari kecederaan. Tanpad diduga, Sarah membawa 'pulang sesuatu' bersamanya.

Filem Volkswagen Kuning Bukan Sekadar Filem Seram tapi..

Pak Ayob(Azman Hasan), bapa saudara Fuad mula menyiasat tentang gangguan dan punca kemalangan yang menimpa Fuad. Hasil siasatannya membuka kembali sejarah hitam yang pernah berlaku di kampung itu. Kedatangan Sarah ke kampung itu telah membangkitkan kemarahan hantu Volkswagen Kuning. Dia mengikut Sarah pulang ke bandar dan menggunakan gadis malang itu untuk membalas dendam. Apakah dendam Volkswagen Kuning akan terbalas? atau Fuad dan Pak Ayob berjaya menghalangnya? haaaa... jommlah kita ke pawagan berhampiran bermula 22 September 2016.


Filem Volkswagen Kuning Bukan Sekadar Filem Seram tapi..Filem Volkswagen Kuning Bukan Sekadar Filem Seram tapi..

Volkswagen kuning menampilkan Pelakon Filem Lelaki Terbaik - FFM28 iaitu Pekin Ibrahim serta Atikah Suhaime sebagai peneraju utama. Memegang watak sebagai pasangan kekasih, pasangan pelakon ini buat pertama kalinya digandingkan bersama di layar perak. Disamping itu, pelakon hebat lain yang turut sama membintangi filem ini seperti Amai Kamaruddin, Fatin Afeefa serta menampilkan Aida Othman, Hanif Safuan dan Dayang Areeda. Turut sama menjayakan filem  ini adalah pelakon berpengalaman seperti Shahrolnizam, Azman Hasan dan juga Mak Jah.

Filem Volkswagen Kuning Bukan Sekadar Filem Seram tapi..

Dikala Malam Menjelma, Dendam Kesumat Membara

Jangan lupa saksikan Volkswagen Kuning di pawagam yang berhampiran pada 22 September 2016.


barisan pelakon yang hadir untuk pratonton filem volkswagen kuning pada 20 September 2016 yang lepas.


tengkiu dato david kerana sudi menjemput kami, para blogger untuk hadir sesi pratonton filem beliau yang ke-115. terima kasih kerana mentalikan kami dengan pihak migonline dan pihak OPPO selaku penaja hadiah untuk blogger contest . Pemenang smartphone OPPO selfi expert jatuh kepada blogger cute miut iena . tahniah eina!


Filem Volkswagen Kuning Bukan Sekadar Filem Seram tapi..
terima kasih daun keladi kepada blogger otai Broframestone atas jemputan pratonton filem volkswagen kuning ni..



 -MrsPuex-

Wednesday, September 21, 2016

Kakak tunjuk sesuatu yang buat mama....

Assalamualaikum/Hai,

Semalam.
kakak buat seperais untuk mama..


Pemenang naib johan kuiz kemerdekaan tahap 1.

korang nak tau ape soklan kuiz??

soklan : Tahun bilakah Angkasawan Malaysia naik ke angkasa lepas? (*lebih kurang begitu la)

korang tau bile??
aku pon lupaa..hahahaha...

Kakak jawab : tahun 2007. -betul-
*padahal dia lahir pon tahun 2008*
hahaha..

aku tanye macam mana kakak tau?
alaaaaa.. kakak ada tertengok kat papan kenyataan kat sekolah..pastu terus ingat..

amboi die.. tu tertengok.. kalau terhafal??
boleh jadi pakar hafazan kakak ni..

tapi apsal kat umah bila mama suruh hafal sifir kakak tetibe termengantokk?? kenape kakak?? kenape??

Tuesday, September 20, 2016

Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs Di Mialiana.com

Assalamualaikum/Hai,


3D GOLD STEMCELL SERUM MY BEAUTY HERBS


Adakah anda ingin kulit wajah bebas tanpa jeragat, parut dan pori-pori terbuka? Adakah anda inginkan kedut di muka hilang sedikit demi sedikit dan anda inginkan semua masalah kulit muka hilang dengan hanya satu rawatan yang tidak melibatkan kos yang mahal? 

3D Gold Stemcell Serum akan menjadi jawapan atau solusi untuk permasalahan anda. PARUT JERAWAT, JERAGAT yang mula berkampung di muka dan yang sudah berkerak, KEDUT di muka yang menjadi teman apabila usia semakin bertambah adalah penyebab hilang keyakinan diri untuk bersosial.

Jangan biarkan masalah ini menghantui anda setelah sekian lama anda berada di dalam dilema dan malu bertemu janji. Kini My Beauty Herbs mengembalikan kejelitaan anda tanpa perlu melakukan laser dan kos-kos perubatan yang mahal. Beralihlah kepada 3D Gold StemCell Serum yang bakal mengubah kulit muka anda dari biasa menjadi luar biasa…Sangat hebat dengan hanya calit-calit merecik... Wow...




"Penyanyi/Pengacara Feeya Iskandar antara pengguna setia 3D GOLD STEMCELL SERUM. Beliau berjaya kekalkan kulit gebu semasa mengamalkan 3D GOLD STEMCELL SERUM dengan sapuan treatment cream di waktu malam."



Produk buatan MALAYSIA yang diformulasikan di FRANCE dan lulus KKM (NO KKM : NOT160106092K). Dapatkan KULIT KEKAL MUDA ANGGUN hanya dalam 30 HARI. Kesan penggunaan seawal 10 hari! Dapatkan kulit idaman anda hari ini. Dengan hanya sekotak, mesti ada perubahan ketara dan kulit lebih merecik flawless dan muda jelita. Nak lagi best pakai secara konsisten selama boleh. Memang TERBUKTI BERKESAN! Bahan SEMULAJADI!

3D GOLD Stem Cell Serum mempunyai kelebihan kerana bahan-bahannya lebih farmaseutikal dan formula yang terkini seperti Pure Argania Stemcell, Hydrolyzed Wheat Protein, Lepitium Sativum Sprouts Extract & Dermacom. Kelebihan yang ada pada 3D Gold StemCell Serum menjadikan kulit anda terus kekal muda anggun selamanya, seperti Feeya Iskandar duta My Beauty Herbs. Formula Hebat ini mampu memberi kesan “Instant Lifting” pertama kali ketika memakainya. Rangsangan tegang akan dapat dirasai secara lembut.


3D GOLD STEMCELL SERUM bagus dan berkesan untuk :
  1. Hilangkan parut hitam 
  2. Hilangkan dan cegah jeragat
  3. Mencegah luka jerawat
  4. Menutupi liang pori
  5. Memperbaiki struktur kulit dan tona sekata
  6. Lembapkan kulit
  7. Menganjalkan kulit
  8. Mengawal minyak pada wajah
  9. Mencerahkan kulit
  10. Menegangkan kerutan dimata
  11. Pudarkan gelap bawah mata
  12. Melindungi kulit dari sinaran UV
  13. Mengalakkan penghasilan kolagen
  14. Mengurangkan hingga 50% garis halus dan kedutan muka dengan pemakaian konsisten 
Cara Penggunaan My Beauty Herbs, 3D GOLD STEMCELL SERUM :

  1. Sila tekan 1 ATAU 2 kali dan ratakan serum ke wajah, bawah mata, leher dan mata sebelum tidur dan waktu pagi selepas mencuci muka. Pakai 2 kali sehari untuk kesan maksimum bagi jangka masa panjang.
  2. Pastikan anda membersihkan wajah sebelum menggunakan SERUM
  3. Krim rawatan dipakai pada waktu malam selepas mencuci muka. Jangan dicampurkan dengan produk lain.
  4. Minum minima 8 GELAS air kosong sehari

Harga

RM150 Semenanjung RM159 Sabah/Sarawak $65 Brunei $65 Singapore. Dapatkan harga promosi RM120 sekarang dengan treatment cream percuma bernilai rm69.90. 


Video Eksklusif Feeya Iskandar




Soalan yang kerap ditanya :
  1. Adakah 3D Gold Stemcell Serum ini berkesan ke? InsyaAllah berkesan, kerana dah lebih 1002 orang yang telah mencuba dan berikan feedback yang sangat bagus sebelum dilancarkan.
  2. Kenapa ramai yang order 3D Gold Stemcell  Serum iniKesan dapat dilihat seawal 10 hari, 100% diperbuat dari bahan semulajadi, tiada kesan sampingan yang menjejaskan kesihatan, 100% lulus KKM, harga yang berpatutan dengan kualiti terbaik,  mempunyai kandungan pure stemcell yang sangat tinggi, tiada pantang larang semasa pemakaian, sesuai untuk golongan lelaki dan perempuan, tahan lama dan untuk sebulan, terbukti secara klinikal, tiada bahan kimia, kualiti bertaraf antarabangsa, majoriti pengguna berpuas hati.
  3. 3D Gold Stemcell Serum ni boleh tahan berapa lama? 3D Gold Stemcell Serum 20ml boleh tahan selama sebulan.
  4. Boleh hilangkan parut jerawat? Jeragat degil? Boleh, kerana ada kandungan Lepitium Sativum Sprout Extract, Pure argania stemcell,Hydrolyzed Wheat Protein, Lepituim Sativum Sprouts Extract & Dermacom  yang paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit & memudarkan parut-parut hitam atau pori-pori besar. Jangan lupa sapu treatment krim di waktu malam.
  5. Boleh ke pakai toner & moisturizer jenama lain? Boleh, tiada masalah.
  6. Ada kesan-kesan sampingan tak? Tiada kesan sampingan. 3D Gold Stemcell Serum, dirumus dengan teknologi terkini yang berkualiti tinggi dan terbukti selamat dan tidak mengakibatkan pengelupasan kulit.
  7. Lelaki atau wanita, keduanya boleh pakai? Boleh, sesuai untuk kedua-duanya.
  8. Bagaimana nak dapatkan 3D Gold Stemcell Serum? Dapatkan dari kami My Beauty Herbs Hq +6011 28090446 atau beli online di website www.mybeautyherbs.com.my



Sila jawab soalan-soalan berikut :
  1. Siapakah pengguna yang akan mencuba? (sendiri/suami/isteri/lain-lain : sendiri)
  2. Kondisi Kulit Pengguna Sekarang (berjerawat/pigmentasi/jeragat/kulit tidak sekata/ berminyak/lain-lain : berjerawat)
  3. Saya patut dipilih oleh My Beauty Herbs dan seterusnya bersetuju untuk membuat entri review 3D Gold StemCell Serum berdasarkan pengalaman pengguna kerana saya ingin merasa sendiri kehebatan 3D Gold Stemcell Serum di wajah saya sendiri . Mana tau, dengan calit-calit merecik papp papp ke muka saya ni terus saya kelihatan kekal muda anggun. kulit lebih flawless dan berseri-seri dari sebelumnya. Yang penting jerawat di wajah dapat dinyahkan dengan kadar paling pantas zasss zaasss...
Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 16 hingga 25 September 2016 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama My Beauty Herbs dalam mencari 40 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.


-MrsPuex-

Monday, September 19, 2016

7 Eleven Memperkenalkan Koleksi Eksklusif Dreamworks Troll Magnet

Assalamualaikum/Hai, 

Berita baikk!!
Berita baikk!!

khas untuk penggemar fridge magnet di serata dunia..!!

7-Eleven baru-baru ni telah melancarkan Kempen Buncit Bear dengan memperkenalkan koleksi eksklusif  Dreamworks Troll Magnet.

Kempen ini bermula 13 September 2016 sehingga 7 November 2016 selama 8 minggu.
dalam masa 8 minggu ni boleh lah korang semua pakat-pakat mengumpul koleksi magnet eksklusif ni tau..

7 Eleven Memperkenalkan Koleksi Eksklusif Dreamworks Troll Magnet
7-Eleven Malaysia General Manager (Marketing) Mr. Ronan Lee dan 7-Eleven Malaysia CEO Mr. Gary Brown.

macam mana caranya??

Dengan setiap perbelanjaan RM5 di mana-mana kedai 7-Eleven di seluruh negara, anda berhak untuk dapatkan 1 stiker. Kumpul sampai  12 stiker, then, anda bolehlah menebus 1 Magnet DreamWorks Trolls secara percuma! percuma! percuma! 

jomm kita ke 7-Eleven yang berhampiran dan mula penuhkan peti ais korang dengan kesemua 15 Dreamworks Troll Magnet Eksklusif ni !!

7 Eleven Memperkenalkan Koleksi Eksklusif Dreamworks Troll Magnet7 Eleven Memperkenalkan Koleksi Eksklusif Dreamworks Troll Magnet


7 Eleven Memperkenalkan Koleksi Eksklusif Dreamworks Troll Magnet
2 out of 15 Exclusive Dreamworks Troll Magnet is mine!!
yippiiee!!

ohh... by the way, kat facebook 7-Eleven ada menganjurkan contest “Show Your Trolls Colour”. try your luck. mana tau bertuah.. atau pergi ke website www.7eleven.com.my  untuk maklumat lanjut.

SELAMAT MENCUBA!


 -MrsPuex-

Wednesday, September 14, 2016

Pengalaman Mistik Berlaku di Bukit Tunku

Assalamualaikum/Hai,

Pengalaman ngeri ini diceritakan kembali oleh seorang rakan rapat aku.
aku cuma dapat membayangkan betapa paniknya beliau sewaktu mengalami situasi seram. keseorangan pulak tu.. hampir sejam jugak lah rakan aku ni dalam hutan tu..

kisahnya bermula begini..

Satu hari, setelah dia puas melepak bersama rakan rakan di ampang, on the way nak pulang ke klang, dia pon lalu la ke area bukit tunku ni. pastu kena buat lencongan ke arah pintu belakang istana dan u-turn balik kat simpang nak ke bangsar. masa tu kereta banyak. dia pon bawak lah motor macam biasa siap mencelah celah kereta kat situ. Entah tak tau macammana, kereta makin kurang. dia pulak dah terlepas simpang nak buat u-turn. Jam menunjukkan dah pukul 1 pagi. lagi cemas bila dia risau isterinya bising. *sape suruh melepak sampai tak ingat bini kann..hehehe*

bukit tunku


So, dia pon jalanlah ikut naluri. agak-agak ingat-ingat lupa jalan kat situ. Then sampai la kat area banglo bukit tunku tu. adoi, nak patah balik, jalan yang dia lalu tu one way pulak. so dia pon teruskan je perjalanan. * bayangkan naik motor sensorang, jam dah pukul 1 pagi* . part lagi best, dia memang tak tau pon ada kisah misteri tentang jalan bukit tunku ni.

bukit tunku

so naik turun bukit yang ada sampai dia dah lost sehingga kat simpang 3 yang nampak banglo terbengkalai tu. Kebetulan pulak, ada 2 polis naik kapcai jalan depan dia. Dia belok kanan, then follow je polis tadi. poliskan, for sure dorang tau selok belok area situ. tapi unsangkarable, jalan tu menghala ke arah hutan yang semakin makin tebal. kira dia makin naik ke bukit la. rumah pon dah jarang-jarang. cuma yang ada, post guard je. Sehingga satu corner tajam sikit, ke kiri, ada gaung dan hutan tebal. polis 2 motor tu belok dulu. so dia tak nampak dah tail light polis-polis tuh. tapi lepas dia belok, jalan tu lurus dan polis 2 orang tu dah takde. masa sini member aku dah meremang lain macam. perasaan takut dah menguasai diri dia. sebab tak logik langsung kalau dorang speed. member aku kira folo dalam jarak 2 kereta dengan polis tu. so kalau polis tu speed, paling jauh pon dia boleh nampak tail light polis polis tu.

Dia terus tergamam kejap dan macam kaget tak larat nak pulas minyak. lepas jalan lurus tu dalam 400 meter, dia belok ke kiri dan ada simpang naik bukit lagi. kat situ ada lampu dan pondok guard. Dia berhenti kat situ dan try waze, unfortunately, handphone dia macam tak boleh function. dia try kol wife dia, hp jadi macam hang. Dalam hati dah pikir tak pernah plak i-phone dia hang tetiba..Dia dah pelik giler.line ada full bar siap 4G tapi langsung tak boleh pakai.

Dia pon jenguk kat pondok guard tu. nampak macam ada orang tapi takde nampak orang. so tak dapat la dia nak tanya pape. dia pon try calm down , bakar rokok sebatang sambil naik motor dan jalan terus. Jam masa tu dah pukul 1.30 pagi. Dia jalan je terus tapi takde jumpa langsung kenderaan dan dia rasa macam pusing-pusing area situ je. Terus terang dia cakap, masa tu dia macam nak nangis dah wei. Dah sampai kat puncak bukit atas nun dah. so dia nampak lampu-lampu KL town . Dia tekad jalan ke arah bandar. Ada simpang je dia masuk. 2-3 kali jalan mati. Last-last dia nampak simpang kiri, turun bukit dan dia pon turun smapailah ke jalan besar. dia belok ke kiri dan terus ke jalan duta .lepas tol jalan duta, dia isi minyak, cuci muka dan duduk tepi surau. dia check handphone, berbelas miscall dan wasap dari wife dia. Dah tenang sikit barulah dia teruskan perjalanan menghala ke Klang.

Sampai rumah, dia cerita kat wife dia. Wife dia tak terkejut. Wife dia cakap dia pon pernah terkena kat area situ dengan ayahnya. End up keluar kat tempat yang sama rakan aku tu keluar. Dan-dan tu dia terus google kisah bukit tunku tu dan memang ada orang sebut pasal penunggang motor misteri yang tetibe hilang.

Serius, dia memang tergamam abis. Wife dia plak bila dia check location rakan aku tu, dia masih kat area ampang. statik tak kemana-mana. So wife dia ingat dia tak habis-habis melepak lagi padahal time tu rakan aku dah sampai kat area bukit tunku. termenung jugaklah rakan aku nih.. Bersyukur dia tak kena sakat ke, sergah ke, atau menjelma tetiba ke atau paling parah tumpang bonceng motor die..
pingsan terus kot dia kt situ.. 

Sekian.
Tu pengalaman dia sendiri. pengalaman korang macam mane?? seram ke idok??

Cakap pasal cerita seram, tersesat tengah-tengah malam dalam hutan ni, moh kita tengok Filem Seram Volkswagen Kuning yang bakal ditayangkan kepada umum pada 22 September 2016 nanti. sesekali test adrenaline korang ape salahnya kann??


Volkswagen kuning

Sinopsis Volkswagen Kuning.

MENGISAHKAN sepasang kekasih yang telah bertunang, Fuad dan Sarah, yang dalam perjalanan untuk pulang ke kampung Fuad. Mereka mengalami gangguan apabila tersesat selepas senja semasa mencari kedai makan. Gangguan itu menyebabkan mereka mengalami kemalangan dan Sarah mula berubah. Semuanya gara-gara Volkswagen kuning!

Fuad ditahan di wad, manakala Sarah langsung tidak mengalami kecederaan. Raudhah, kakak Sarah, datang untuk menjemput Sarah pulang ke bandar, sementara menunggu Fuad pulih dari kecederaan. Tanpa diduga, Sarah  membawa pulang ‘sesuatu’ bersamanya.

Nah kita bagi teaser  dan in the making untuk Filem Volkswagen Kuning.







Demi menyahut seruan seram dari bloggeBro Framestone dan dengan kerjasama pihak MIG Pictures Sdn. Bhd. Selaku penerbit Filem Volkswagen Kuning. Aku gagahkan diri menulis pasal cerita seram dalam blog aku ni tauu.. rasanya tak pernah kot ada cerita seram kat dalam blog aku..hahahahaa... boleh tambah niche blog la lepas ni kalau entry aku ni mendapat sambutan dari follower aku..hahahaha..


Anda nak menang OPPO F1s Selfie Expert ni? jom join blogger contest volkswagen kuning. mana tau rezeki terpijak untuk anda..hehehee...
.
#OppoF1s #SelfieExpert #VolkswagenKuning #MiGOnline#VKBloggerReview #BlogRetis @migonline @davidteo99 @broframestone

good luck !


 -MrsPuex-

Tuesday, September 13, 2016

Udang Galah Antara Menu Menarik di The Nai Cafe

Assalamualaikum/Hai,

Teringin nak makan masakan yang bertemakan udang galah?
tapi tak tau nak pegi mana?
tak suka JJCM kat tempat jejauh??
dont worry uols,

sekarang kat shah alam banyakk sangat tempat JJCM yang menarik dan tertarik untuk kita terjah.
Saya cadangkan silalah masukkan The Nai Cafe ke dalam list JJCM korang.
tak susah pon nak ke sana..ikut guthrie then susur keluar ke bukit subang nun,
ataupun waze je the nai cafe, dah tentu waze akan tunjukkan jalan kebenarann..hahaha..
amboi sangat..

eh, malas nak gebang bebanyak,
meh kita tunjukkan menu-menu yang sempat kite review hari tu..

Udang Galah Antara Menu Menarik di The Nai Cafe
The Nai Cafe. 
nampak mcam ala ala thai je kan..tapi sebenarnya tidak ye..
boleh tahan jugak senarai menu yang ada.,
harga semua mampu untuk korang makan..
gituuuu..


Udang Galah Antara Menu Menarik di The Nai Cafe

sambal tumis udang galah
tomyam udang galah
udang galah masak lemak cili api
spicy cream butteer

semua menu di atas didatangkan bersama set nasi putih.

RM14.90 sahaja untuk setiap set.

Udang Galah Gred B dipilih untuk setiap masakan tersebut.

menu ala carte yang lain pon ade jugak ye..

Udang Galah Antara Menu Menarik di The Nai Cafe
Char Kuey Teow Lembab bersama Udang Galah Gred A

Udang Galah Antara Menu Menarik di The Nai Cafe
Char Kuey Teow Basah bersama Udang Galah Gred A

Udang Galah Antara Menu Menarik di The Nai Cafe
Nasi Goreng Udang Galah bersama Udang Galah Gred A

Udang Galah Antara Menu Menarik di The Nai Cafe
Harga - RM12.90 untuk setiap menu di atas.

Makanan untuk kudapan pon ade jugak ye..
mane tau kalau korang jenis nak lepaking santai santai tu..
boleh la cuba try menu kat bawah nih..

Special Snack yang kitorang order adalah :

Udang Galah Antara Menu Menarik di The Nai Cafe
Crispy Chicken - RM7.90


Udang Galah Antara Menu Menarik di The Nai Cafe
Giant Squid - RM10.00

Cafe yang santai, tempat yang selesa. parking kete pon tak susah hoi..
makanan pon semunya kena dengan tekak kita..
lepas ni nak bawak family la terjah sini..
sebab ape tau, sebab harga sangatlah mampu makan..


Udang Galah Antara Menu Menarik di The Nai Cafe
kenyang perut gembiranya hati..
thank you The Nai Cafe for having us.

Korang, sila terjah tau..tak yah gi jejauh nak menjala udang galah tu..
jom pegi sini je.. untuk details, boleh refer maklumat kat bawah nih: 

Alamat :

23-1 Jalan Electron U16/F
Denai Alam
Seksyen U16
40150 Shah Alam

Tel : 03-7832 4481



 -MrsPuex-

SEMINAR FACEBOOK PERCUMA #demisekepingroti

Assalamualaikum/Hai,
SEMINAR FACEBOOK PERCUMA


BENGKEL FACEBOOK ADS PERCUMA.

Bengkel Fb Ads PERCUMA (bernilai Rm1500) #demisekepingroti MEGA! julung2 kali diadakan..


Penaja Bersama: GWIYOMI / DAMYA / LAREENA / ELISS / FELIZ
TEMPAT TERHAD.. buat masa ini kami buka KHAS untuk yang terAWAL sahaja dahulu.

Tarikh: 5 dan 6 Nov 2016 (Kini dibuka) 250 kekosongan.
Masa :Kelas jam 8.30pagi - 5.30ptg.
Tempat : MPWS, bandar baru bangi, selangor.

Tarikh : 24 dan 25 september 2016 (telah penuh)
Masa :Kelas jam 8.30pagi - 5.30ptg.
Tempat : MPWS, bandar baru bangi, selangor.


=====
Silibus

~Rahsia kenali pelanggan anda
~Mindset usahawan Bisnes Online
~Teknik Copywriting Meleleh
~Teknik mudah kuasai produk
~Teknik gambar Fb Ads 3saat
~Rahsia settings Fb Ads TRS
~Teknik Closing Sales membelai
~Teknik Follow Up tingkatkan sale
~Strategi manage database101%

Syarat untuk dapat PERCUMA :
====================
1- Komen "sy suka #DemiSekepingRoti "
2- Share post ini (mana tahu bermanfaat untuk rakan2 lain)
3- Link DAFTAR: http:/BENGKEL FACEBUK ADS PERCUMA.
Lambat tinggal ya.

P/s: Ciri2 org yang berjaya adalah yang cepat bertindak


-mrspuex-

Wednesday, September 7, 2016

Selangor dah ada permaisuri tauu

Assalamualaikum/Hai, 

Alhamdulillah Selangor dah ada Permaisuri/sultanah yang baru..


sultan selangor nikah
kenyataan akhbar yang jelas membuktikan yang sultan selangor dah kawin.
tahniah kepada D.Y.M.M.Sultan Selangor yang disayangi..

sultan selangor nikah
pilihan hati adalah pembaca berita tv1, Norashikin, 45 tahun ,
untung beliau.. terus jadi permaisuri..hehehee..


sultan selangor nikah
simple je majlisnya..
sultan pon pilih majlis yang simple..
rakyat jelata?? kalau tak grand taknak kawin..
eyhh!!

sultan selangor nikah


sultan selangor nikahsultan selangor nikah
cantik betul permaisuri selangor ni..
macam tak caya je 45 tahun..
welll grooming after grooming opkos ko akan nampak gojess..

kan kan kan??

ape ape pun, tahniah dan selamat pengantin baru kepada sultan selangor dan permaisuri selangor yang baru.. semoga kekal bahagia hingga ke jannah..
aminnn..

 -MrsPuex-

Tuesday, September 6, 2016

Smart Khalifah Awesome Adventures!

Assalamualaikum/Hai,

27 ogos 2016 yang lepas, tadika dzuliman ada menganjurkan program riadah untuk kids dan family..
lokasi kat taman botani shah alam..
seronok si anak bujang, airielqaid menghitung hari nak tunggu program ni ha..

pintu masuk taman botani shah alam..
sejukk, tenang je suasana..

dari entrance, kene naik trem yang disediakan untuk ke camar rimba.

nak jalan kaki ke sana memang tak dapek la..
tak de la jauh tapi penat sikit la nak bawak anak kecil berjalan plus nak kejar masa..
soo terpaksa berhimpit kejap dalam trem..sori no pic allowed...hahhaa..kang ade yang tersondol tepi tangga..

signboard menuju ke camar rimba..nice place..
actually ni dah kali kedua sampai..
1st time sampai masa family day opis last year kot..tak ingat dah..

memang banyak berjalan la kalau nak ke camar rimba tu..
takpe eksersais pepagi..hehehee..


tadaaaa...welcome to smart khalifah awesome adventure!


our breakfast of the day..
free flow menu panas panas dari kuali..
awesome!!

sesi mengumpulkan ahli jemaah cilik mengikut branch ..
kami dari branch dzuliman puncak perdana..
yeayyy!!!

 
antar aktiviti sukaneka yang ada..ni game untuk khalifah 4 tahun..
masukkan air dalam botol menggunakan span..
kiuttt sangat tengok teachers hanlde 4 years kids..
heheheee..
tu airiel qaid in action..

yang ini pulak, masukkan bola dalam raga jaring..
pon kelakarr giler...


last but not least, semua pon dapat sarung medal..tak kira lah tempat pertama ke, tempat last ke..
adil dan saksama.. kalau tak buat, mau amukan gegaran bebudak menangis nak medal..
good job teachers!

my hero in action..alololooooo...


pose wajib..gigit medal..
bakal atlet olimpik ni..hahahaaa..

dah selesai bak sukaneka anak-anak khalifah, 
turn mama + papa khalifah pulak..

papa work, so mama jela yang join..
tema ; gubahan kemerdekaan..
bahan bahan yang diberi :
surat khabar, belon, selotap.
bendera tu teacher bagi..

siap!
Bangunan Sejarah Dzuliman Puncak Perdana..
hahahaaa... 
mama bersama hero masing masing..

photogroup moms dan teachers!
yeayyy..dapat no5 tapi tetap bawak pulang hamper..
hamper tu mama decide sedekah je utk anak-anak khalifah kat school nanti..


lepas sukaneka 4+5+6 khalifah dan mama, ada pulak persembahan setiap branch../
so sambil menunggu, kita selfi seketul..

persembahan dari smart khalifah dzuliman puncak perdana..
tajuk lagu : screaming not okey!
soo fun..soo cute!
 
yeayy selfi lagi seketul..hehehe..moms tak de keje..

makan dah,
sukaneka dah,
persembahan pon dah,

sekarang..masa untuk mandi kolamm..
inilah acara paling ditunggu oleh semua khalifah..
kat taman botani ni, lokasi di camar rimba je yang ada swimming pool..
soo tempat ni selalau full booked..


selamat bergumbiraa anak anak..
ada yang tak sempat salin baju mandi, terus terjun..


yeee..airielqaid salah seorang yang tak sabar nak terjun..
maka terjunlah beliau bersama baju school..
gasakkk.. 

alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar..
penat of course!
tapi yang penting semua pon enjoy dan happy..
makanan sedap, tempat memang sesuai untuk kanak-kanak..
cuma, kene menapak agak jauh ke dalam untuk sampai kt camar rimba ni..
becak tiak makkkkk..hahhaaaa...


teacher kesayangan anak anak khalifah dzuliman puncak perdana..
tengkiu teachers!
tengkiu dzuliman untuk program yang sangat best..
next time buat lagi..
amboiiiii...


kita akhiri dengan video persembahan dari smart khalifah dari branch puncak perdana..


video


 -MrsPuex-