Zack Kapcai : Gerak Lu, Paper Roger

Assalamualaikum/Hai..

Korang dah tengok ke filem Zack Kapcai ni? 
kalau belum, jommm penuhkan wayang, kite tonton dan support filem melayu..
tak rugi tauuu..
korang tengah sedih pon kompom akan tergelak berdekah dekah menonton aksi dari pelakon pelakon Zack Kapcai ni..

Terkini, MIG Pictures tampil menayangkan filem mereka yang ke113 bermula minggu kedua hari raya yang lepas iaitu pada 14 Julai 2016. Zack Kapcai adalah sebuah filem bergenre komedi aksi yang diarahkan bersama Azaromi Ghozali dan Rosli Mohd Taib.
Filem Zack Kapcai membariskan pelawak tempatan yang terkenal sebagai peneraju utama filem ini pastinya satu bonus dalam memberikan elemen humor yang bersahaja dan segar. Fad Bocey, Shuk SYJ dan Rahim R2 sememangnya terkenal denan lawak bersahaja mereka yang pasti akan mencuit hati penonton.. yesss.. memang aku tergelak kah kah kahhhh dalam wayang haritu..
turut sama menjayakan filem ini adalah Epy Kodiang, Shahfiez, Serina Redzuwan serta heroin yang mula meningkat naik iaitu Julia Marin.
SINOPSIS.

Sebuah filem yang mengisahkan tentang Zack (Fad Bocey) yang sangat suka berlumba motor. Namun minat Zack ditentang keras oleh ibunya, Minah (Serina Redzuwan). ini kerana suami Minah iaitu ayah kandung Zack juga merupakan Raja Kapcai suatu masa dahulu.kerana gelaran Raja Kapcai itulah, rumahtangga Minah dan Rudy (Rahim R2) berkecai.
Selepas memenangi Qistina, motor kesayangan milik Roy(Shuk SYJ),Zack dan Roy yang dulu berkawan baik terus jadi musuh. Sementara itu. Minah sudah tidak tahan lagi dengan aktiviti berlumba Zack, memarahi Zack dengan teruk sehingga Zack insaf dan berjanji tidak akan merempit dan berlumba lagi. Namun, segalanya berubah apabila Zack terjumpa poster lama Rudy(Rahim R2) dan Minah dengan caption "RAJA KAPCAI AKHIRI ZAMAN BUJANG". Zack terus teruja bila mengetahui bahawa bapanya sendiri adalah Raja Kapcai. Zack nekad untuk menjejaki ayah dan adik perempuan kandungnya, Tasha (Julia Marin) yang telah lama terpisah.

lepas tu, macam- macam yang terjadi..

Apakah kesudahannya?? Jommm pergi ke pawagam sekarang .. Gerak Lu Paper Roger..ehemmmm...

-mrspuex-

1 Comments

Ainul Mustafa said…
dah tengok.mmg kelakar giler