Kisah Ramadhan ke7

Assalamualaikum/hai,

kisahnya ramadhan yang ke7.
hari ahad.sehari sebelum sekolah bermula..

alhamdulillah berbuka puasa bersama adik beradik di teratak mak abah di kampung cheras baru. adik beradik kita tak ramai, 3 orang je pon..hehehe..
koleksi cucu haji zubir dan hajah umi kalthum.
yang berpuasa, 3 orang je.yang selebihnya meramaikan majlis.. our new addition family members yang masih dlm pantang tu nanti kite cite entry lain ye..hehee..

kesian maknya. kita masak sesedap, maknye peratiiii jeee dari jauh. makan lauk yang diluluskan oleh mak bidan hjh umi saje..kekeekekee..bertabahlah wahai adikku.
juadah kami yang simple.semua pon homemade. airtangan bonda tersayang. kita orang kuat mak menggembeling tenaga menyiapkan semua juadah di atas. phewwww!!!

menu- menu nya adalah :
mee goreng mamak. abah masak.
masak lemak cili padi udang dan kacang panjang.mak masak.
sayur campur.aku masak.
kari kambing marveleess.mak masak.
ayam+ kentang marinated di bakar dlm oven.resepi cincai.aku masak.

desert plak :
mix fruits: stroberi,lai,epal,oren.adik potong.
puding caramel.mak buat.
bubur kacang hijoo.mak buat.
papadom. anak anak ratah buat macam kopok..krupp krapp bunyinya..aku gorengkan.

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Terima kasih Allah kerana memberi peluang untik kami berbuka bersama mak dan abah untuk ramadhan kali ini.. semoga kami dipertemukan lagi pada ramadhan yang akan datang..aminnnn...

#syukurselalu
#ramadhankareem

-mrspuex-


0 Comments