Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

SISTEM GURU ONLINE

APDM SAPS

Friday, April 29, 2016

The Kabin , Kuala Selangor

Assalamualaikum..
lamaaa dah pegi tapi baru harini rasa nak updet.
nak cuti sekolah, kot kot korang x tau nak bawak family ke mana.
So boleh la try bermalam di sini..

Tapi kene booking awal awal ye sebab kabin tu terhad.
mostly, full booked.

just three of us!
konon konon mom travel with kids..
cuba bawak tempat paling dekat dengan umah dulu..
kalau behave, mom bawak jauhhh sikit..

Perjalanan dari rumah (shah alam) ke lokasi pilihan tak sampai 1 jam ja.. 

safely arrived!

wajib bergambar kat sini..
pic taken by miss aireenqaisara
not bad after patploh kali snap..kekekeee...


sampai-sampai terus check in dalam jam 2 petang gitu..
semua booking adalah melalui wasap saje..senang sangat..
payment pon, tunjuk bukti kat wasap jugak..
terus dapat details.

booking utk 2 hari 1 malam, 1 adult and 2 kids.
so dapat kabin durban berharga RM190.00 tapi masa tu aku dapat promo price..tak ingat dah berapa..hehee..
kabin ni depan pool. besttt!!
tenangg betul..


sebelum katil jahanam, kita posing posing dulu ye anak anak..
lepas tu, lantakkann nak tunggang terbalik..
mom is redhaaa..

Bilik mandi..


lepak santai

amboi berangan ke adik??


pool view..
serius tenang..
tapi masa weols datang, panas membahang.. anak anak nak mandi kolam pon mom tak bagi..tunggu petang kang kita berkubang ok! 

our kabin - DURBAN
mengadap pool.
nice!


ni la kedai makan kami untuk 2 hari 1 malam..
mom malas nak keluar, maka kita makan je apa yang adoo..
western pon western la janji kenyang..
kekekekeee...
by the way, the kabin tak provide utk breakfast macam hotel lain.. nak makan, sila bayar.. gitu konsep mereka.. harga not bad la..

dah petang, layan dorang mandi pool.
memang ni la tujuan utama datang sini..
seronok tengok dorang..
maklumlah lamaaa sangat tak bawak dorang berjalan jalan..

habis dorang konker pool kanak-kanak ni..


dah siap berkubang, kita lepak tunggu untuk dinner..
kakak tengah lepak kat ruang baca kat dalam cafe kabin..

lets dinner!
adik mintak burger.

kakak mintak ciken chop.
mom?? share share je sebab kompom tak abih..

oh yaa.. bagi sesiapa yang nak buat BBQ, ni la tempatnya..
privet sangat..peralatan BBQ disediakan. korang just bawak arang dan bahan mentah untuk berBBQ sahaja..yang penting sila jaga kebersihan ok!


pool view at night..
kabin kami tu yang hujung tu..
malam tu xde aktiviti pon..memasing tido awal sebab penat berkubang kat pool..
ohh ya, bagi yang ada anak kecil, korang boleh la bawak ubat nyamuk macam ridset ke sebab nyamuk boleh tahan banyak.. maklumkan duduk tepi pantai dan dalam kabin..


day 2.
breakfast sambil mandi pool..
ko hadooo??
layankan sajee..
mandi la puas puas wahai anak..
siap bawak balik sun burn yang super duper terok..
sorilah mama lupa nak bawak lotion sunblock..
bertabahlah korang ye..,

mom lepak santai sambil perati anak anak mandi pool pepagi..
gasakkk!!


ok, masa untuk check out..
muka taknak balik..hahhaaa...

thanks The Kabin for the great hospitality..
in sya allah we will come back again..

till we meet again.
adios amigos.!!


untuk keterangan lanjut boleh hubungi :

Alamat :
The Kabin
Lot 2984 Jalan Jati
Pantai Remis
45800 Jeram
Kuala Selangor, Selangor

GPS :
Coordinate: 3.195 N, 101.307 E

No Tel :
017-6783825 (whatsapp)
03-32640578 (fixline)

Website :

Facebook :

Instagram :


-MrsPuex-

Saturday, April 23, 2016

Perancangan Allah adalah sebaiknya

Assalamualaikum..
Kita hanya merancang, Allah penentu segalanya..

Sepatutnya sedang berteambuilding tapi last minute kene berteambuilding bersama doktor Dan nurse di hospital pantai ampang..mungkin lebih Dari 3h2m disini..huwaaaaa...

Alkisahnya,
Petang smlm opah kol bgtau qaid pasif je kt umah..makan taknak, minum jee..tu pon sikit..

Nak main? Memang tak..qaid peratii je kakak n kezen2 lain berkungtau..

Naluri mak mak ni kan..
Rasa tak sedap hati terus minta Abah datang amek kt Nur lembah pangsun, Hulu Langat utk bawak GI klinik amek antibiotic konon..

Sib baik lah tempat kursus dengan umah mak Abah dekat sekentut je..*bak kata adik*
Sian Abah..dah la x sihat..adik kata nak tlg amek KT Langat  tp memandangkan die pon skang tgh membuyung, Abah pon kata biar Abah amek..
Nak suruh papa, nun jauh Kat shah alam.. lol berapa plak nak sampai..huhuuu..

Sampai klinik, doc cek suhu adalah 40 darjah celcius.. Ape lagi, terus buat Surat refer me hospital la.. Lagipun demam dah lebih 4 hari on off..
Maka tersadailah kami kt yellow zone, hospital pantai ampang..siannn adik..
Ni pestime dia masuk spital..
Last masuk spital masa nak keluar dari perut mama.huhuu...
Detected high fever, lung infection sebab x ray tak cantek plus influenza positif..
Tskkkkk!!!
Duduk la kami Kat isolation room..
Mak pesakit kene pkai mask utk elakkan sebarang jangkitan masuk lagi kt adik..
Dah la badan tgh tingtong rasa mcm nak demam.. Papa datang setelkan urusan kemasukan, then mama jugak la yg kene stay dok ngn adik as per requested by adik..
Demi adik mama sanggup bersengkang Mata lagi dik oii.. Kerassnyee kerusi katil ni dik..
Adik ckp, nape mama taknak tido ngn adik..shian adik.. Huwaaaa.. nak buat mcm mane dik, kang roboh lak kang katil comel adik tu kang..huhuuuu..
View pagi ini.. Still lemah..
BP OK, demam dah kurang..
On antibiotik dengan ubat influenza..
Semoga cepat sembuh ya dik..
Mama sentiasa ADA dekat dengan adik..
Nanti Papa n kakak datang jenguk adik OK..

Love,
Mama

Friday, April 22, 2016

3 day 2 night at Nur Lembah Pangsun

   Assalamualaikum..

Will be away for 3 days 2 nite at Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat..

Semoga bertabah menghadapi team building di sini..huhuu..

Tenang Dan damai sungguh tempat ni..
Signature posing gituuu...

-mrspuex-

Thursday, April 21, 2016

Produk SR-9 : Formula untuk Kekal Sihat, Cantik dan Fit!

Assalamualaikum/Hai,

Saya berkesempatan untuk menghadiri Bengkel Bersama Blogger SR-9 anjuran RBS NETWORK SDN BERHAD bertempat di Hotel Sani, Kuala Lumpur pada 10 April 2016 yang lepas..


kebetulan sangat..
Badan skang ni tengah membulat membuak buak..
siap berzumba bagai tapi muscle pulak yang naik.. berat mentenn je tak naik naik.. 
kita nak jugak turun berat nyee.. sedeyyyy..

Bila dapat peluang review produk berunsurkan fit dan kurus ni, umpama berbotol botol SR-9 jatuh ke riba... wahhhh... dasat takkk umpama iols..hahahaha...



Bersama orang kuat, blogger Mia Liana.
Terima kasih jemput saya..


Sesi Penerangan produk SR-9 dari Orang kuat RBS NETWORK SDN BHD


APA ITU SR-9?

SR-9 adalah satu formula khas yang dicipta bagi membantu mengurangkan berat badan anda. Dengan formula Secret 9 yang akan bertindak secara khusus pada bahagian lemak yang degil dan memberi booster energy untuk membentuk otot badan agar kelihatan kekal, tegap dan sihat bertenaga. Dalam 1 botol SR-9 mengandungi 20 sachet berperisa Mixed Botanical Powder (perasa oren).

Membantu :

- Meningkatkan Metabolisma
- Mengawal Selera Makan
- Membakar Lemak 200% x pantas
- Memberi Tenaga Extra

ohhh memang sesuai la bagi korang yang tengah mencari-cari produk untuk buang lemak tapi masih bertenaga sepanjang hari. dan paliiinnggg penting, bila korang consume produk ni, makin banyak korang melakukan aktiviti, lemak akan keluar melalui kaedah perpeluhan dan kekerapan membuang air kencing.. JANGAN RISAU, korang takkan rasa sakit perut nak membuang.. saya bagitau sebab saya yang minum. sangat berbeza dengan minuman detox yang ada dipasaran.. so jangan risauu sekali lagi.. saya pasti anda tidak akan berebut toilet dengan orang lain semata nak membuang..hehehe..

lagi satu, kalau korang rajin zumba/erobik seperti saya, digalakkan minum 1 sachet dengan drinking water atau air sejuk (saya suka sejuk sejuk) 1 jam sebelum aktiviti erobik/zumba.. semasa erobik/zumba tu, korang akan rasa peluh merecik recik keluar macam mandii... tapi dalam masa yang sama, selepas zumba, korang mampu lagik nak melakukan aktiviti sampingan di rumah contoh, membasuh baju, mengemop lantai dan lain-lain.. yessss.. ni memang pengalaman saya.. sila cuba kalau nak tau..


BAHAN-BAHAN DALAM SR-9

Mengandungi :

Protein
Glutamine
Amino Acid
Garcinia
Cambogia
Guarana
Tribulus
Tongkat Ali
Catuba
Gingko Biloba
Cordyceps
Saw Palmetto
Flaseed
Cinnamon


TESTIMONI PENGGGUNA SR-9

Antara pengguna yang berjaya menurunkan berat badan dengan produk SR-9!



CARA GUNA SR-9


- Tuangkan 1 sachet ke dalam 150ml air kosong/drinking water dan kacau dengan teliti. kalau nak mudah, 3/4 air dari botol drinking water, koyakkan sachet dan goncang sampai sebati. *macam dalam gambar.*
-Minum 15 minit sebelum sarapan pagi
-Untuk penurunan berat badan yang optimum, ambil 2 sachet (pagi dan malam) dan lengkapkan dalam tempoh 40 hari 
- Minum sekurang-kurangnya 2-3 liter bersamaan (8-10 gelas air setiap hari)


PENYIMPANAN SR-9

Simpan di tempat sejuk dan kering.
Elakkan daripada sinaran matahari secara langsung.

AMARAN !!

JANGAN gunakan jika hamil.
Hentikan penggunaan dan berjumpa pakar jika anda mengalami tanda-tanda yang luar biasa.


BAGAIMANA NAK DAPATKAN PRODUK DAN HARGA?

 Produk SR-9 boleh dibeli secara online atau melalui agen-agen yang berdaftar.

Produk SR-9 berharga RM170 (SM) / RM180 (SS)

PERCUMA!!!

1 botol jika anda membeli 2 botol produk SR-9 dengan harga ISTIMEWA tauuu!!

beli 2 botol, bawak balik 3 botol..WOWWW!!


untuk maklumat lanjut, boleh hubungi :


014-6118445



pssttt!!!
kalau nak beli, boleh seru nama blog mrspuex ya!

Dapatkan SR-9 dengan formula terkini untuk penyelesaian obesity. bagi anda yang ingin mencuba "experience weight Loss" dengan kesan yang hebat, pastikan SR-9 menjadi pilihan ANDA!
  
selfie is a MUST!..hehee.


Last but not least!

Jom kekal sihat dan menawan bersama SR-9!


Terima kasih RBS Network kerana menjemput kami, blogger untuk sesi review produk yang ohsem ni.. Tak rugi mencubanya!

"SAY NO TO OBESITY,

LET'S FIT WITH SR-9 FORMULA"


#BakarLemak #BinaOtot #Cergas #Sihat #Menawan #Tenaga #Nakkurus #Taklapar #FatBurner #KuruskanBadan #Langsing #Menawan # Ramping #SR-9 #Ubatkurus


 -MrsPuex-

Wednesday, April 20, 2016

Demam Hari Ketiga dan mama EL hari kedua

Assalamualaikum..

Harini hari ketiga adik demam..
Malam tadi paling win..
Memang panas kaw kaww..
Ubat bontot masuk, lepas 4 jam pon panas jugak, bagi ubat demam syrup.. Pon xde perubahan..
Masih panas sangat..
Sambil tu mandikan, jelum ngn air, basahkan dengan air asam jawa..
Mama pon malam tadi tido acah acah..
Sakitt wooo kepala..dah lama tak stay up memalam.. Tido dalam 1-2 jam je..flat giler..

Flat habis..tido, muntah, merengek merengek merengek..
Dugaa betul..
Dekat nak subuh baru turun suhu panas..

Mama pon apelagi. Terpaksa EL utk harini ni..
Minggu ni dah 2 hari EL..
Nasi baik bos paham..syukurr sangat..

Hajat nak balik ceras pon tertangguh sebab tak larat nak drive me sana..
Sarapan dgn bihun sup..
Semalam punya, panaskan utk buat breakfast..
Lega dia nak makan..

Whilee menunggu adik sembuh,
Kakak Dan mama cari aktiviti utk hikangkan bosan..
Kakak pon tengah MC tapi alhamdulillah dah sembuh..cuma doc BG rest Kat rumah memandangkan cuasa sangat tak best..
Kakak selongkar bilik belakang, tengok ada puzzle yang belum buat..
Apelagikk..mohh le kitee..

Ni 1st time tengok kakak kusyuk buat puzzle..
Impress!!!
Mula mula kakak buat sorang..
Tak boleh jadi, mama join sama..
Dulu suka buat puzzle ni..
Menguji Minda..
Besttt..
Berganding bahu mama Dan kakak..
Kakak memang pantas..
Siap!!
Akhirnyaa..
Syabas kakak!
Syabas mama!

Nanti kita beli lagi, kita buat sama lagi OK kakak!

Less gadjet, more fun xtvt together..
Mama loikee!!

To adik:
Cepat sembuh sayang..
Banyak keje mama tertangguh ni ha..
Sobb sobbb sobbb
-mrspuex-