Review : Teater Zombi La La La

Assalamualaikum..


Rezeki menang contest di blog MohdZarin .
Dapat 3 tiket untuk menonton teater tersebut.
Berbunga-bunga hati yang sememangnya penggemar teater sejak bujang la la la ...hahaha..

wefie bersama en zarin dan 2 lagi adik blogger yang bertuah menemani hakak tengok teater malam tuh.. tengkiu korang.. tengkiu en zarin.. lenkali jemputlah lagik yee.. demi teater saya sedia freekan masa..

Teater Zombie LaLaLa yang sedang dipentaskan di Istana Budaya pada 13-21 Februari 2016 merupakan terbitan CTRA Production dan diarahkan oleh A.Aris Kadir dan Erma Fatima.

Teater yang menggunakan genre komedi seram membariskan pelakon-pelakon terkenal seperti Zulin Aziz (Miss K), Amy Mastura (Happy Witch), Amar Baharin ( Capten Cook), Janna Nick (MemangNak), Siti Saleha (Cleo Papa), Hafreez Adam ( Elvis Pasola) dan beberapa wajah baru di dalam bidang teater. Best sangat tau!! 

Nannie , me , iena dan dilla .
seat belakang VIP.best!
semua pon eksaited nak tunggu teater start!


Sinopsis
Sekumpulan ketua zombie dari China, Amerika Syarikat, Eropah, Indonesia, Mexico, Thailand dan Mesir telah belayar menaiki sebuah kapal ke Ibu kota Kuala Lumpur. Kononnya, mereka mendapat tahu bahawa formula untuk mengembalikan kecantikan dan ketampanan mereka telah ditemui di sana. Berita yang disebarkan oleh Miss-K iaitu Presiden Zombie Sedunia menyebabkan mereka ingin mengadakan pertemuan dan mencari formula tersebut bagi mengembalikan wajah dan tubuh mereka supaya kembali menjadi kacak dan jelita selepas terkena jangkitan virus perosak itu. Dalam masa yang sama mereka juga mahu melancong dan melihat keindahan Kuala Lumpur. Pelbagai insiden lucu muncul ketika mereka menceritakan bagaimana jangkitan virus itu berlaku dan bagaimana kehidupan mereka sengsara. Apakah formula itu? Apakah misi mereka untuk menjadi cantik dan tampan menjadi realiti?

Nak tau lebih lanjut, sila la ke Istana Budaya..
Dapatkan tiket berharga bermula dari RM37 hingga RM165 secara online di AirAsiaRedTix.com ataupun di kaunter tiket Istana Budaya.
-MrsPuex-

2 Comments