Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

searchbar lazada

Monday, December 26, 2016

misi back to school bermula

Assalamualaikum/Hai,

hari ni cuti tambahan untuk hari krismas semalam.
soo, misi back to school bermula.
satu hapee pon tak beli lagi.
cuma buku sekolah je awal disember dah beli siap sbb takut habis kat book store. mak jenis pemalas nak mencari kat kedai buku..hahahaa..

baju sekolah pon tadi kat kedai yang beli tahun lepas dah habis saiz.
mujur kat meru ni ada kedai hari-hari.

kasut beli jenama asadi.
mahal sikit tapi selesa..
anak dara jenis melasak seperti lelaki.tu yang kene beli jenis tahan lasak sikit tapi ringan. maka, asadi la pilihan hati.
cari jenama pallaz tapi habis saiz. 
beginilah nasib shopping last minit..hahahaa..


misi #backtoschool :selesaiπŸ‘πŸ‘ 

✔ baju sekolah kebangsaan-2 pasang
 ✔ baju sekolah agama - 2 pasang 
✔ tudung sekolah style 2 lapis -4 helai (dah bosan pkai tdung oning agaknye)
✔anak tudung- 4 helai 
✔kasut -2 pasang
✔stokin - 3 pasang 
✔kapur kasut -2 botol 
✔beg sekolah kebangsaan(pilihan color maknyeπŸ˜€) - 1 

belanja hangus hampir terbakar: rm+-350.00 cash!

alat tulis belum masuk dlm list lg😱😱.. 
tu baru sorang.. kalau 2-3 anak?? salutee kat parents yang lebih dari 1 anak.πŸ’ͺπŸ’ͺ 

**dah boleh menabung untuk persiapan persekolahan tahun depan plak.. kuiiikuiikuii..

Sunday, December 25, 2016

Happy Birthday Bondaku

                     Assalamualaikum/Hai,


Birthday Shoutout:
πŸŽ‚πŸŽ‚πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸŽ‚πŸŽ‚πŸ’–πŸ’–
 25121948-25122016

68 tahun.

happy birthday to the greatest woman in the world. we love u soo soo much.. mak,
tak ada apa yang lebih membahagiakan kami. hanya  kesihatan yang baik, kesihatan yang baik dan kesihatan yang baik dan sentiasa dilindungi Allah swt.

sekian.
tulus dan ikhlas dari anak-anakmu.

Friday, December 23, 2016

The Magical World Of Alice In Wonderland at Genting Highlands Soon!

Assalamualaikum/Hai,

Doing great everyone??
Siapa kat sini peminat cerita fantasi Alice in Wonderland??
ada sesuatu untuk anda yang minat cerita fantasi ni tau..
nak tahu lebih lanjut ??
meh saya nak bagitau sesuatu untuk andaa..

The Magical World Of Alice In Wonderland at Genting Highlands Soon!
Alice In The Wonderland ini berkisahkan tentang watak-watak fantasi kreatif seperti Red Queen, Chesire Cat, Caterpillar, Knave Of Heart, White Rabbit dan juga Duchess berdasarkan kepada novel Lewis Carroll yang ditulis sekitar tahun 1865. Legend kann cerita fantasi ini??

The Magical World Of Alice In Wonderland at Genting Highlands Soon!

THE MAGICAL WORLD OF ALICE IN WONDERLAND

Pada 9 Disember 2016 yang lepas, saya dan beberapa rakan blogger yang lain telah hadir ke sesi press conference The Magical World Of Alice In Wonderland yang diadakan di Wisma Genting Kuala Lumpur.

Menurut Timblaan Presiden Media Sosial dari Resort World Genting iaitu Nicco Joselito Lopez Tan berkata The Magical World of Wonderland ini akan dipersembahkan oleh sekumpulan pelakon-pelakon yang sangat berbakat dari Negara Cina dan pihak produksi yang bertanggungjawab adalah Sino-Canadarian Cooperative Multimedia Musical.

Kelainan yang ditonjolkan dalam The Magical World Of Alice In Wonderland kali ini adalah ianya akan dpersembahkan dalam bahasa MANDARIN dengan menggunakan aplikasi teknologi interaktif dalam unjuran filem. Walaubagaimanapun, bagi penonton yang tidak fasih bahasa mandarin, pihak produksi akan menyediakan sarikata dalam bahasa Inggeris.

The Magical World Of Alice In Wonderland at Genting Highlands Soon!
Tiga wanita terkemuka dalam pementasan ini adalah Xie Xing Yi, Xu Xin, dan Zhang Shuhui. Xie yang memegang watak Alice adalah graduan Shanghai Dancing College dan Teater Akademi Shanghai. Beliau telah muncul dalam muzikal lain seperti Ji Zhi Bai Lang Hui Li Fai Shi Tao De.

Xu Xin yang muncul sebagai Arnab Putih, adalah graduan dari Teater Akademi Shanghai. Beliau juga telah muncul dalam kedua-dua filem dan teater. Bagi Zhang Shuhui yang memainkan Red Queen, adalah dari Teater Akademi Shanghai dan Beijing Dance Academy. Beliau juga seorang ballerina dan opera penyanyi dicapai.

Pelakon-pelakon lain yang dibawa khas dari Negara Cina adalah Yang Guanyu, Liu Yang dan Li Xiang


The Magical World Of Alice In Wonderland at Genting Highlands Soon!

JOM TENGOK THE MAGICAL WOLRD OF ALICE IN WONDERLAND

The Magical World Of Alice In Wonderland akan dipersembahkan di Genting International Showroom, Genting Highland pada 17 - 26 Mac 2017 bermula dari jam 8 malam setiap hari kecuali 19 dan 26 Mac akan dipersembahkan pada jam 4 petang.

TIKET :

Tiket : RM268 (VIP), RM168 (PS1) , RM98(PS2)
*Pembelian sebelum 31 Januari 2017 akan dapat harga promosi FIT early bird sebanyak 10% diskaun. RM241.(VIP), RM151.20(PS1, RM88.20(PS2).
**khas untuk Genting Rewards Card Member : 20% diskaun (RM214.40-VIP, RM134.40-PS1, RM78.40-PS2) pembelian sebelum 31 Januari 2017 dan 10% diskaun pembelian selepas 31 Januari 2017.

Untuk maklumat lanjut :

Tel : 03-27181118


*selamat menonton*

Tuesday, December 20, 2016

7-Eleven Malaysia memperkenalkan koleksi Eksklusif tokidoki Planner x Notebook

Assalamualaikum/Hai,

7-Eleven sekarang ni sangat aktif tau. macam-macam kempen yang dorang buat semata-mata untuk pelanggan kesayangan mereka. 7-Eleven dahulu dan sekarang memang jauhhh berbeza.. boleh dikatakan semua barang kita boleh dapat di 7-Eleven ni.. lebih kurang 1-stop-center kekdahnya.

 7-Eleven Malaysia General Manager (Marketing) Mr. Ronan Lee dan 7-Eleven Malaysia CEO Mr. Gary Brown.

7-Eleven Malaysia dengan bangganya mempersembahkan  program terbarunya  yang direka khas Planner merangkap Notebook dengan kerjasama tokidoki®, satu jenama gaya hidup Jepun yang diilhamkan khusus dicipta oleh Simone Legno.


Planner x siri Notebook tokidoki® terdiri daripada 9 reka bentuk yang berbeza digabungkan dengan watak-watak kegemaran sepanjang zaman peminat iaitu Cactus Kawan, Donutella, Moofia dan Unicorno. Masing-masing sangat eksklusif dan  koleksi pertama seumpamanya akan datang dalam individu pek untuk menambah elemen keseronokan dan kejutan untuk redeemers. The tokidoki® Planner x Notebook datang dengan perancangan 12 bulan  bagi tahun 2017dan kalender sehingga tahun 2019 pada awal mukasurat notebook, menjadikannya item yang senang dibawa untuk pelajar sekolah dan juga orang dewasa yang bekerja. comel dan boleh jee sumabt dalam heandbeg.

Terdapat juga 3 edisi terhad untuk meningkatkan lagi collectability, dan salah satu daripada edisi terhad mempunyai rakan kongsi CSR 7-Eleven Malaysia untuk kempen ini iaitu 'Protect and Save the Children', atau dikenali sebagai P.S. Kanak-kanak.


Dapatkan tokidoki Planner x Notebook  di dekat kedai 7-eleven hari ini! Kutip semua 24 pelekat untuk tebus satu tokidoki Planner x Notebook !  setiap pelekat berharga RM5 saje ..


Sticker issuance period : 13 Disember 2016 - 6 Februari 2017
Redemption period : 13 Disember 2016 - 13 Februari 2017

Oh ya..
menurut CEO 7Eleven, Mr. Gary Brown, mana-mana pengumpul planner X notebook tokidoki boleh menyumbangkan RM1.00 untuk kempen 'Protect and Save The Children' hanya dengan upload gambar planner X notebook tokidoki yang korang dah berjaya tebus tu di FB dan Instagram memasing dengan menggunakan hashtag  #PSTheChildren #7ElevenMY and #tokidoki.

senang je nak buat pahala kan??
apelagi, jom kumpul pahala bersama-sama..

saya sudahh!!
anda bila lagi??
heheheee..


untuk maklumat lanjut :

Website : 

Facebook :

Instagram :


* kempen sah seluruh dunia, sementara stok masih ada.

 -MrsPuex-

Menang Giveaway dari blog ANILWANINA

Assalamualaikum/Hai,


Alhamdulillah..
rezeki di pagi selasa nan indah..

saya terpilih sebagai salah seorang pemenang dalam GIVEAWAY dari blogger kak anilwanina haritu..

Pemenang Christmas Beauty Box Giveaway by Anil Wanina

hadiah yang diterima adalah :

1 x Beauty Box dari Missha3. http://mrspuex.blogspot.my/2016/12/christmas-beauty-box-giveaway-worth.html

yeaayyyyy...
korang yang pernah join boleh semak senarai pemenang kat link ini :


tak sabarrr nak tunggu hadiah sampai kat kitee..
hehehehee..

tengkiu kak anil!


 -MrsPuex-

Monday, December 19, 2016

5 Sebab Kenapa Perlu Hadir Ke Malaysia Wedding Festival (MEFA) Disember Ini

Assalamualaikum/Hai, 

Musim cuti sekolah dan tahun baru 2017 ni ramai yang  mengambil peluang untuk menamatkan zaman bujang masing-masing. atau yang masih dalam plan membuat bajet untuk majlis perkahwinan tu elok sangat singgah dan survey dari sekarang.

hujung tahun jugak banyak pameran atau festival ke alam perkahwinan dianjurkan untuk memberi persediaan dan persiapan awal kepada bakal-bakal pengantin di luar sana. Senang tau kalau ada pameran perkahwinan ni.. semuaaaaa perkara-perkara penting ada dalam satu tempat/event. untuk pengetahuan semua, hujung minggu ni jom pakat ramai-ramai serbu ke Shah Alam dan pergi ke Malaysia Wedding Festival (MEFA)Malaysia Wedding Festival (MEFA) adalah anjuran Qistina Avenue Events Management Sdn Bhd yang merupakan antara penganjur festival perkahwinan terbesar di Malaysia. Bermula dari perkara paling penting sehinggalah kepada perkara kecil-kecil yang kadang tu kita tak sedar perkara kecil pon boleh menjadi penting untuk majlis berjalan dengan lancar dan teratur. Semua ada dalam satu bumbung.

5 Sebab kenapa perlu hadir ke Malaysia Wedding Festival (MEFA) Disember ini :


1.Lebih 100 booth disediakan untuk MEFA.


Kepada semua pengunjung, jangan risau.. ada lebih 100 booth disediakan di MEFA yang meliputi pelbagai kategori termasuklah katering, pakej perkahwinan, pakej fotografi, pakej untuk honeymoon, hantaran dan macam-macam lagi.




2. Lebih 60 Vendor Yang Terlibat untuk MEFA.


Lebih 60 vendor yang terlibat untuk mempromosikan perniagaan mereka dengan harga yang terbaik khas untuk pengunjung-pengunjung MEFA itu nanti. Masa ini la bakal-bakal pengantin perlu mengambil peluang keemasan untuk mendapatkan harga berpatutan dan sesuai dengan kualiti yang terbaik. 


salah satu vendor yang terlibat untuk festival MEFA itu nanti.

3. Guarantee Gift to All VISITOR if Booking RM500 (minimum)


Bagi bakal pengantin yang telah membuat apa-apa tempahan minimum RM500 di MEFA itu nanti, mereka akan berpeluang untuk mendapatkan hadiah misteri. Apekah hadiah misteri yang wajib anda dapat tu, silalah buat tempahan cecepat tau. 


salah satu vendor yang terlibat untuk festival MEFA itu nanti.

4. Free iPhone Latest Editon.

Ok, yang ni memang best. rezeki terpijak namanya. mana tau kalau anda hadir dan tetiba rezeki anda berpeluang untuk bawak balik iPhong latest edition ni kan... Alahaiii... seronok sangat rasa hati. 

salah satu vendor yang terlibat untuk festival MEFA itu nanti.

5. Free Honeymoon to MALDIVES.


Honeymoon percuma?? wowww sangatt!! bagi kat hakak je laa.. hahahaa.. saper taknak benda percuma kan?? alangkah bahagiaaaa rasa bila honeymoon kita ditaja sepenuhnya. ok sila jangan lepaskan peluang dan mark kalendar anda sekarang tauuu!!


salah satu vendor yang terlibat untuk festival MEFA itu nanti.

lebih 1000 beg cenderahati PERCUMA untuk pengunjung terawal!

Jangan lepaskan peluang keemasan ini tau. Jom datang beramai-ramai memeriahkan festival terbesar tahun ini. Ajak pasangan anda. rancang dari awal. bagi yang belum berpasangan tu, boleh juga nak hadir, boleh survey harga awal-awal untuk perancangan lebih teratur nanti.

23 -25 Disember 2016 
Shah Alam Convention Centre (SACC)

untuk maklumat lanjut :

Website: www.mefa.my
Instagram: Mefa Pengantin
Pertanyaan: +6012 – 387 1775

*Tempahan awal pada Jumaat & Sabtu Sahaja berpeluang memenangi hadiah iPhone 7, Pakej Bulan Madu ke Maldives & Krabi* 

SENARAI PENAJA :

Wedding.com.my (Rakan Media)| Majalah Pengantin (Majalah Rasmi) | Bercinta Selepas Nikah (Kerjasama) | Wedding Ministry Kuala Lumpur (Pentas Utama) | Ainuddin Hata (Fotografi Rasmi) | Foto Santai (Photobooth Rasmi) |Honey Vacation | Mega Bridal Creations | Botol Kacang Easy | Yann Rifft | Laman Kayangan | Sweet Pictures | EDM Events & Photography | De Gemilang Catering | KAY Gifts | Shahmie Catering & Event | Kashfi Zulkufli | KRULMATRIC Photography & Videography | Wens | Nana Bridal Boutique & Beauty | Coffee Corner Faizal Azzuri | Maldives4u | Istana Putih By Gee Cantik | Elenore Studio | Tepak Estate Venues & Events

#malaysiaweddingfestival #MEFA2016 #pameranpengantin #MEFAdis2016



 -MrsPuex-

Saturday, December 17, 2016

resepi kuih keria antarabangsa

Assalamualaikum/Hai,

sekarangkan tengah dok viral pasal kuih keria antarabangsa kat melaka tu..
kita tak pernah terai, apetah lagi nak beratur macam ulauu semata seketul kuih keria tu..maybe, maybe satu hari nanti akan ku terjah jugak.. saje nak test power sgt ke?
hahaha..

ok la nah resepi kuih keria bersira gula melaka versi ceras baru punye..

resepi disedut dari blog www.mamadarwiish.com tapi kita olah sikit demi keaslian penulisan kita.. tengkiuu aiin utk resepi superb ni.. sharing is caring kan kan kann..

Bahan-bahan :

kuih keria :
1.3 biji keledek (merah/putih)
2.2 1/2 cawan tepung gandum atau secukupnya
3.1 sudu besar baking powder
4.secubit garam
5.secubit gula

sira gula melaka:
1.gula melaka secukupnya
2. gula pasir secukupnya
3.air 1/2 cawan

cara-cara membuatnya beserta gambar:

rebus, toskan dan kemudian lenyekkan keledek seperti dalam gambar. kemudian tambah tepung, garam, gula, baking powder dan gaul sehingga sekata. kalau lembik, tambahkan tepung sedikit demi sedikit sampai boleh uli bulat bulat.
 bentukkan adunan menjadi seperti dalam gambar. 

kemudian goreng adunan sehingga keperangan dengan api yang rendah. toskan dan ketepikan.

untuk sira gula melaka pula,

cairkan gula melaka, gula pasir dan air ke dalam kuali dengan api yang perlahan sehingga cair kesemuanya.

tutupkan api dan gaulkan kuih keria yang telah digoreng ke dalam kuali berisi gula melaka sehingga sebati.

sedia untuk dihidangkan bersama kopi panas..

walllaaaa...

sekian, selamat mencuba..
tak yah sesusah nak beratur pepanas 3-4 jam dah uols.. sekali buat boleh makan sampai tersandar kekenyangan..

adalah diingatkan bahawa ianya adalah maness..soo sila kawal kadar pemakanan uols okey..
mengidam, mengidam jugak tapi kesihatan kena amek berat okeh..

-mrspuex-

Friday, December 16, 2016

MAHA 2016 terima pengunjung di luar jangkaan!

Assalamualaikum/Hai,

MAHA 2016 baru je habis tapi bahang dia masih terasa sampailah ke harini. ini menunjukkan bahawa MAHA 2016 telah berjaya menarik hati para pengunjung satu Malaysia untuk hadir menikmati apa yang disediakan di MAHA tersebut.


Dengan menggunakan konsep OUR FOOD, OUR FUTURE, yang bertempat di MAEPS, Serdang, MAHA 2016 kali ini berjaya menarik hampir 3.7 juta pengunjung bermula dari 1 Disember 2016- 11 Disember 2016 yang lalu. wowwww sangatkann..
walaupun bersesak-sesak sepanjang hari, tidak mematahkan semangat para pengunjung yang berbilang kaum, berbilang bangsa dari pelbagai kategori iaitu dari anak kecil sehingga warga emas. semua pon berpusu- pusu taknak melepaskan peluang untuk ke MAHA 2016.



Antara lokasi yang pengunjung wajib singgah di MAHA 2016 yang lepas. Kampung Mak Cun pon boleh tahan havocnyaa sebab menampilkan sendiri pelakon pelakon dari drama mak cun..

dannnnn..
untuk kanak-kanak pula,

Kampung Durian Runtuh adalah port WAJIB kepada peminat tegar cerita upin-ipin. Bila lagi nak jumpa maskot upin ipin ni kan??

Syabas kepada pihak penganjur yang bertungkus lumus untuk memastikan MAHA 2016 berjalan dengan jayanya dan telah menarik jutaan pengunjung serata malaysia untuk hadir. bahkan ada yang sanggup megambil cuti rehat semata-mata untuk MAHA 2016 ini..

tahniahhhh..
semoga tahun depan MAHA 2017  akan diisi dengan konsep yang baru dan lebih mantapp..



 -MrsPuex-

Tuesday, December 13, 2016

Event Sepetang Bersama Reen Rahim Dan Asianic

Assalamualaikum/Hai,

Kemanee kite neyy??
kita ke Event Sepetang Bersama Reen Rahim tauuu..
gojesss dan sporting secara semulajadi tauuu..
cantiknyaaaa bila jumpa secara life..
eyh, artis ade yang tak cantik ke uols?? hahahahaa..



Lokasi yang dipilih adalah di Donutes Coffee, Cake & Bread, Jalan Kuchai Lama.
tempat yang santai untuk kopi-kopi, chit chat bersama artis jemputan kita pada haritu. Tak sangka plak kat jalan kuchai Lama tu ada tempat yang cozzy macam nih..
syabas kepada pihak penganjur..
kopi sedap, roti gebussss, kek marbeles..
sandwish dia pon boleh tahan la jugakk..
kenyang sampai ke malam kita wakkk..

Event Sepetang Bersama Reen Rahim Dan Asianicnak bagitau bahawasanya Reen Rahim ni adalah duta kepada produk Asianic . Rasanya dah lebih setahun beliau menjadi duta kepada produk ni.. Reen Rahim ada menyatakan bahawa beliau sangat berpuas hati dengan kelebihan dan keberkesanan produk-produk ini. dan yang penting katanya, ianya adalah HALAL. 
Event Sepetang Bersama Reen Rahim Dan Asianic
Jenama Asianic yang terdiri dari penjagaan diri termasuk krim mandian, skrub badan, losyen, syampu, perapi rambut, mandian garam, krim halia dan juga pencuci wanita. Bagi krim mandian, skrub badan dan losyen terdapat campuran estrak dari bunga sakura dan juga susu beras. Diformulasikan dari ekstrak bunga sakura dan susu beras bersama bahan-bahan terbaik seperti daun lidah buaya dan akar kayu manis bagi membantu menanggalkan lapisan kulit mati dengan lembut dan berkesan. Ianya juga memastikan kulit sentiasa lembut, cerah dan muda sentiasa. Syampu rambut pula diformulasikan dari natural ekstrak buahan dan teh hijau untuk rambut lebih sihat sentiasa.

Event Sepetang Bersama Reen Rahim Dan Asianic
Produk jenama Asianic adalah mampu milik dan berharga dari RM10.90 hingga RM17.90 setiap satu. Kini, Asianic telah mengembangkan misi perniagaan untuk mengikuti banyak acara dan pameran dalam dan luar negara bagi mempromosikan produk jenama HALAL Asianic. Kini pengguna tidak ragu-ragu lagi apabila mengunakan produk penjagaan diri kerana Asianic adalah rangkaian produk HALAL yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Event Sepetang Bersama Reen Rahim Dan AsianicEvent Sepetang Bersama Reen Rahim Dan Asianic

Duta Produk bersama salah satu produk dari Asianic . Produk ini diasaskan oleh syarikat Wonderland Primary Sdn Bhd. Semoga terus maju memperkenalkan produk HALAL di mata dunia..aminnnn..



Event Sepetang Bersama Reen Rahim Dan Asianic
Antara rakan blogger yang hadir sama untuk majlis sepetang bersama Reen Rahim.


Event Sepetang Bersama Reen Rahim Dan Asianic
Last but not least, Photogroup bersama Reen Rahim, duta produk Asianic.
Thanks for having us.

Event Sepetang Bersama Reen Rahim Dan Asianic
saya dah cuba.
wangiiiiiiiii sangatt produk asianic ekstrak dari bunga sakura ni.


Untuk keterangan lanjut atau pembelian produk secara online, korang boleh refer maklumat seperti di bawah :

ASIANIC :

Tel :03-77826308
Faks :03-77836308



 -MrsPuex-

Tuesday, December 6, 2016

Karnival Hari Sukan JKNS 2016

Assalamualaikum/Hai,

Mencabar diri sendiri masuk sukan under opis.
kita main bola tampo awaaaa...
nak tampo orang susah loni, maka moh kite tampo bolaa..

bengkak2 tangan iols trening untuk tonerment ni haa..
balik trening je, sapu minyak,.
minyak dan trening bagai aur dan tebing..
gituuuuuu..

dulu kat sekolah pon kita acah acah main jee..
last pegang bola pon masa form 5..

kat sekolah pon kite pakar netball..
tetibe dah hampir nak kertu ni helokk pulak offer diri main bola tampo..
lupaa sokmoo mcm mana nak serve ape semua..

sejenis maknusia yang takutkan bola upernye..hahahaha..

dapat trening 3 hari je pun..tu pon mcm tak berapa nak trening..
ajak team lelaki join sama.. bukan ape.. jimat sikit kos nak sewa court ni ha..

3/12/2016.
pusat sukan uitm shah alam..

lets the game begin...

barisan kontinjen dari JKNS..
10 kontinjen semua yang terlibat termasuklah hospital2 satu selangor..
ko bayangkaannn ...

sebenarnya nak sorok muka gabraa..

menunggu turn nak tampo orang..eyh..tampo bola..

penguat semangat..
our Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Selangor..


are u ready gaiss!!!

jangan cakap ape ape.. layann jeee..


my turn serve bola..
jaga jagaaaaa...



tengkiu tuan haji sebab support karnival ini..
semoga tahun depan ada lagi..
boleh kami trening awal2..

alhamdulillah kami kalah dengan bergayanya..
heheheeee..
takde la teruk benor kene belasah..
yelaa.. dpt info 5 hari sebelum,
cari orang then trening 3 hari sebelum..
lepas tu kau hanya mampu berdoa supaya anggota badan tidak dismash dengan bola tampo..

alhamdulillah kesemuanya pulang dengan sihat tanpa kecederaan..
hujannnn weiii...

babai gaiss..
see you nextyear!

next year nak masuk netball laa..
volleyball ni macam tak kena dengan jiwa iolss laa

kita rindu nak shoot bola..
kita GA/GS tau masa zaman sekolah dulu..


 -MrsPuex-