Mula berjinak jinak dengan...

Assalamualaikum..

Mula berjinak jinak dengan ZUMBA..

Sekarang ni dah mula rajin nak sihatkan diri sebab usia semakin meningkat, maka kesihatan kene topup lebih sikit.. setakat jaga makan tp x eksersais keluar peluh, tak jadik punye la.. at least kene bersenam utk jantung.. ini pendapat dan pandangan aku laa..

Setakat makan pil kurus, minum itu ini tp x bersenam pon x elok jugak.. yee suplliment tu penting tp bersenam waima berjalan jalan kaki pusing taman pon dah cukup bagus utk jantung..trust me!

Dan disiplin itu sangat penting yaaa..

thats why sekarang mane mane xtvt erobik yang boleh join, aku akan join..

Zumba.. ni satu senaman erobik yang boleh membakar kalori kalau ko bebetul folo steps instructor.. 5 minit pon peluh dah minitik nitik uolss.. Alhamdulillah so far dah 2 sesi kls zumba aku join setiap wiken. rm10 sekali join. lagi best kls ni kat sebelah taman aku je. mula jam 830 pagi smpai 930 pagi..

Paling penting kenelah stnby breakfast utk orang rumah dulu kann..amekk hatii katenyee..hehehee.. then barulah boleh berzumba dengan senang hati..

Ohhh..sesi ni mmg khas utk kaum wanita dalam dewan tertutup. instruktor pon memang ohsemm..

selesai sesi 1.

selesai sesi 2.
kali ni bawak eskot 2 orang kt blakang tu as my bodyguard merangkap tukang jaga barang..hahaha..
 
semua dalam gambar ni aku x berapa nak kenal tapi misi kami semua sama - hidup untuk sihat.
In sya allah next sesi akan join lagi..

p/s : Uols kalau ada kesempatan pergilah bersenam ya.. paling busuk busuk pon pegilah taman bawak anak anak jalan jalan..pon dah membakar kalori dah..


Yours Truly ;P

0 Comments