Tips Penyusuan Ibu : Saiz perut bayi yang baru lahir dan kuantiti susu yang diperlukan.

Assalamualaikum..
 
Info untuk breasfeeding mommy seperti saya!
 
Alhamdulillah, achieved my target to breasfeed my son 2yrs and 5 months.. ni pon dah melebihi kuota..
 
Untuk mommy/bakal mommy out there, nah info untuk anda..
 
i know, u can do it!


Saiz Perut Bayi Baru Lahir dan Kuantiti Susu yang diperlukan

Setiap kali bayi menangis, menjadi persoalan kepada seorang yang bergelar ibu terutama bagi mereka... yang baru sahaja bergelar 'new mommy'. Mereka merasakan bayi mereka lapar dan dibenak fikiran seorang ibu itu tertanya apakah sebenarnya yang dimahukan oleh bayi mereka.
Tangisan seorang bayi sering disalah anggap sebagai lapar oleh setengah ibu. Sedangkan sebenarnya bayi menangis hanya mahukan pelukan, belaian atau berasa kurang selesa etc.
Keadaan bertambah mencabar apabila banyak suara di sekeliling ibu yang menambahkan rasa gusar dihati itu.
Perasaan ini boleh menjadi penyebab ibu hilang keyakinan tentang kemampuannya untuk menyusukan bayi.
Benarkah bayi anda lapar???
sedangkan baru sahaja 5minit anda menyusukan bayi anda..
=============================================
Apa terjadi jika bayi minum susu terlalu banyak daripada kuantiti susu yang bersesuaian dengan umurnya?
Bayi akan muntah susu
Bayi berasa perutnya tidak selesa
Bayi terbiasa minum susu dengan banyak
==============================================
Jika ibu risau tidak cukup susu (sedangkan tidak), apa boleh terjadi?
1. Ibu mungkin risau dan boleh stres
2. Ibu mungkin akan memberi susu lain selain daripada susu ibu
3. Bayi akan terlalu kenyang dan kurang meminum susu ibu
4. Bayi kurang mendapat khasiat susu ibu kerana telah dikenyangkan dengan susu buatan
5. Susu ibu yang tidak dirangsang kerana kurang 'demand' ini, membuatkan 'supply' berkurangan
6. Lama-kelamaan ibu boleh mengalami masalah kurang susu
=================================================
Dengan mengetahui saiz perut bayi baru lahir dan anggaran kuantiti susu ibu yang diperlukan
InshaAllah...
Ibu yakin badan ibu menghasilkan susu yang mencukupi untuk bayi kerana bayi cuma minum sedikit sahaja pada permulaan hidupnya.
Ibu boleh menapis kata-kata orang lain yang menyarankan ibu untuk menambah susu lain selain daripada susu ibu.
Kemungkinan untuk ibu menjayakan misi penyusuan susu ibu secara eksklusif akan meningkat.
p/s: Semoga anda dipermudahkan untuk menyusukan bayi anda dan diberi kejayaan. teruskan usaha anda memberikan penyusuan susu ibu secara ekslusif

sumber artikel dari fb..

note : sekarang gigih mencari petua untuk wind off my son plak..adehh!!
 
Yours Truly ;P

0 Comments