Followers

Wednesday, November 26, 2014

Kenangan kami di Karnival Upin Ipin 2014

Assalamualaikum..

Sekadar berkongsi pengalaman. Tiada niat nak meng-negative-kan karnival ini. Sila jangan banned saya yee..heeeee..


gambar dari mr gugel..


Weekend lepas (23.11.2014)  sempat bawak anak-anak ke karnival upin ipin yang berlangsung di Putrajaya.Ikutkan hati macam berat nak pergi sebab kompom sesak giler dengan manusia. tapi memikirkan ajakan kakak nak tgk upin ipin jugak, so kami teruskan niat murni itu..
lagipun iklan di kaca tv, kat wasap wasap, kat fesbuk kemain promot lebih karnival ni memang kaw kaw punye..bukan budak jek melonjak lonjak nak pegi, mak bapak pon eksaited luar biasa nak bawak anak-anak tgk live maskot upin ipin tuh..

Budak-budak kan adrenalin dorang hover sikit..huhu..

Pergi hari ahad, hari terakhir karnival.
Datang pon x de la awal sangat dan takde lah lewat sangat. kol 10.30 pagi dah terpacak kt putrajaya nuh.
Bajet macam lom nak ramai orang lgi..tapi unsangkarable, parking majoriti dah full! nak parking kat dalam bangunan, sile bermimpi di pagi hari gamaknye..

Meredah lautan kereta untuk mencari parking. kat trafik lite (rujuk gambar di atas) kami terpaksa belok kiri.
alhamdulillah rezeki, dapat la kami parking depan taman sebelah kiri trefik lite tuh..

Bersiap siap untuk memanjat bukit kat belakang kami tuh..nampak tak betapa jauh kitorang parking pastu nak kene eksais buang lelemak naik bukit menuju ke dewan karnival upin ipin ni.. masa ni hepi hepi lagi..eksaited pepagi kan..layan..muka ade sinyumm lagi..

Cabaran pertama yang terpaksa di hadap oleh mak bapak sekelian. 
mendaki bukit. peluh toksah cakap..becak ketiak, kembang hidung dan sewaktu dengannya..mane yang ade angin kompom tersendawa sendawa time nih..bahahaaaa.. masa ni stroller adalah penyelamat.

part ni aku kesian kat atok nenek yang ikut cucu cucu mereka. jalan, benti, jalan benti.. demi cucu, mereka turutkan. *pikir aku masa tu*.

Suasana dalam dewan.
masa ni jam 11 pagi. manusia dah padat sangat..kitorang nak berganjak ke depan memang tak boleh dah.stroller membataskan keadaan. satu kesilapan besar bawak stroller masuk dewan..hoh! .. tak kitorang sondol orang, orang lain yang sondol kitorg dengan stroller.
duduk sekejap kat area vitagen. terus secara tak langsung kene pau beli vitagen..hambek. anak anak kene panjat bahu bapak memasing sebab memang takkan nampak dah kalau dorang berdiri. kompom kene kentut jek manjang..huhuhu.. berapa lama bapak nak menampung keberatan anak anak tuh?sendiri rasa, sendiri pikir! 

Booth-booth dalam dewan tu aku rasa tak yah letak la utk next karnival. lagi menyesakkan orang. lagipon banyak jek booth yang kosong tak berpenghuni dok dalam tuh.. merchandise upin ipin tu pon lagi sesuai letak kat luar dewan. lagi senang orang nak membeli.


Tak sampai 10 minit kitorang dah berganjak keluar. Sesak napas plus kesejukan aircond tak dapat nak menampung kepadatan manusia yang semakin bertambah tambah. Ni pon temperature memasing dah macam tak stabil. baiklah keluar dulu.. Kesian kat kakak, Upin Ipin tak kluar kluar pon masa ni . Yang ada kawan kawan upin ipin yang berbahasa indon tuh..apetah nama katon tuh..maap lupe. 



Dapat keluar, terus legee gilerr.. oksigen marilah kemari wahai oksigen.. gituu!!!
Keadaan di pintu masuk dewan. masa ni jam 11.30 pagi.. masa aku masuk masih belum beratur lagi.
Bila keluar, tengok dah berjela jela que nak masuk dalam. yang kat dalam belum tentu nak kluar. ko bayangkan kepadatan manusia time tuh. padattt melekat. part nih paling kesian kt budak budak. serius.
sebab tu kami decide terus keluar. 

akhirnya bergambarlah kami dengan maskot pelekat upin ipin yang kt luar dewan. Bukti kami pergi sana.
nak bergambar dengan maskot hidup, ko kene bayar rm25 dan beratur menunggu que untuk bergambar. yang ni kami laki bini tak kental. parents dan anak anak yang kental dengan suasana tu je yang berjaya melepasinya.

Weols serender. bukan jiwa kot. jiwa kami tenang tenang macam suasana dok dalam hutan jek..hahaha...
tak sherashi bershama dengan suasana crowded. soriii..


Cadangan penambahbaikan (paling terpenting) secara peribadi  kepada pihak penganjur khususnya untuk pengunjung cilik/kecil :

Tempat :

Silalah pikirkan tempat/ lokasi yang lebih terbuka dan lebih bernapas. karnival ni dah cantekk tp lokasi tak berjaya nak tampung pengunjung yang terlalu ramai. mostly yang datang semua yang ada anak anak kecil yang memang peminat tegar karton karton femes nih. Pikirkanlah ya.. Lokasi dalam dewan kalau boleh silalah elakkan. sesak napas makk! udara x cukup weii.. orang yang masuk tak tentu bila nak keluar.. orang yang tgh beratur nak masuk tu lgikk laa sedeyy.. makin padat, padat dan padat.

Parking Lot:

Yang ni pon penting tau. bila melibatkan anak-anak, haruslah parking pon tidak menyusahkan parents. tak kisah nak menapak sikit tp jgnlah smpai tercungap2 nun ke bawah bukit ko bagi parking..ni dah mcm kes penderaan fizikal ok.. budak-budak, parent boleh la dokong kejap kejap kalau dorang penat, ni orang tua yang bertongkat yang semangat nak perig, takkan anak anak nak dokong plak..kesian tauu.. pihak penganjur tak nampak, tapi kami nampak dengan mata kepala sendiri.Sediakan anggota rela untuk lancarkan proses parking.

Tandas Awam :
pic from google.


Sila add on mobile toilet yang lebih untuk pengunjung anda. takkan cukup kalau hanya toilet yang sedia ada je. Bajet takkan takde kot? budak2 tak reti nak tahan tahan kencing/berak tau..

Tempat menyusu :
pic from google.

Bagi pengunjung yang ada bawak baby, dah tentu perlu ruang untuk menyusukan anak. masa karnival aritu, ramai ibu-ibu terpaksa menyusu di khalayak ramai. kesian aku tgk. lagipon aurat ibu-ibu ni dah tentu x tertapis bila anak nak menyusu. mata orang kita susah nak katupkan. Ibu-ibu terpaksa buang malu selak baju menyusu di khalayak ramai demi anak even dah siap pkai nursing wear/nursing cover.takkan nak menyusu dalam tandas? just buat partition simple(macam gambar atas) tagging *tempat menyusu* pon dah bersyukur sangat dah. -aku salah seorang breastfeeding mama tau-

Last but not least : sila pikirkan TEMPAT, TEMPAT, TEMPAT yang paling sesuai untuk pengunjung cilik/ kecil anda. avoid DEWAN pliss!!

Terima Kasih Les Copaque dan penganjur bersama!


Sekian dariku untukmu wahai pihak penganjur. 

*sekadar pendapat awam.*

Wordless wednesday :: 26112014

Assalamualaikum..

Wordless wednesday : 26112014

Sleep like a boss!
Just recover from chicken pox..
Percubaan nak hilangkan parut die..
Susah btol nak sapu ubat kt budak kecik ni..
Haihh!!