Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

searchbar lazada

Friday, November 21, 2014

Resepi : ikan masak gulai lemak cili kering

Assalamualaikum..

Masih cuti menjaga anak bujang yang chicken pop dance..heee..

Maka,

Resepi baru lagi harini..macam biasa resepi bondaku dan hasilnya memang tambah nasi 2x..hehee..

Benda sedap, saya suka untuk sharing bersama rakan blogger yang tersayang.

Ikan masak gulai lemak cili kering.

Bahan-bahan :
4 ekor ikan kembung bersaiz besar.dipotong 2.pilihan ikan ikut citarasa anda.
2 labu bawang besar *
4 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*
Segenggam ikan bilis*
1 senduk cili kering yang telah diblend. Kalau nak pedas tambah lagi 1 senduk.optional.
1 kotak santan.
3 batang serai.dititik.
1 helai daun kunyit. Koyak-koyakkan.
2 sudu serbuk kunyit.
1 keping asam gelugor.
2 cawan air.
1 biji tomato.
1 biji cili hijau.dibelah tengah.
Sedikit garam.ikut tahap kemasinan anda.
2 sudu minyak untuk menumis.

Cara-cara :
 Blendkan bahan bertanda *.
Panaskan minyak dalam periuk.
Tumis bahan * tadi.
Dah garing, masukkan cili kering, serai, daun kunyit, serbuk kunyit, asam gelugor, garam.
Kacau sehingga naik minyak.Cili masak.
Kemudian masukkan santan, air dan ikan.
Masak sehingga ikan masak.
Last skali masukkan tomato dan cili hijau.

Sedia untuk dihidangkan.

*tips : Sentiasa kacau dengan perlahan untuk elakkan santan berketul-ketul.

Selamat mencuba!