Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

searchbar lazada

Friday, June 13, 2014

Product Review : Produk SPA di Rumah oleh MUSHONLINE

Assalamualaikum..

*produk review secara  seikhlas hati*

Ada di antara kita yang masih segan segan nak tayang body kat spa spa sana..
yee..aku adalah salah seorang antara korang yang tersangatlah segan giler nak tayang body kt orang lain kecuali pada yang halal..ececece....**eyhh...opppsss...**

tak pernahh pegi spa seumur hidup..silee percaya..
masa bersalin pon berurut secara traditional jek kat umah mak..tu pon memalu gilerrr tak hengat ..terpakse jek..terpakse ok..ade ckp kt mak tanaklah urut urut ni..pastu bantai kene bebel patplohlapanjutaratus kali ngan mak..trus la tadah badan kat mak bidan..hahaha...

iols tak biasaaaa...geli hokeyyy... bertahan jek mak bidan tu dengan aku..
sedap sebenarnya kene urut tapi aku tak bole..gelii...sekian..

nih nak habaq mai kt uols produk yang boleh buat kita terasa macam kat spa gitu...tp ni layan diri punyelah..bukan orang lain layan..unless suami korang rajin nak melayan korang *opss-utk yg dah kawin jek eyh** gataii plak aku ni bile nak story bab bab spa nih..

Aku ade order beberapa produk dari MUSHONLINE ..
ada macam macam produk spa yang dijual kat sana..pegi la selak selak yee..
aku dah terai dah pon.. dah nak abihh dah..memang terasa segar, sedap dan nyamanlaa..
tak tipu ok..
paling suka bau kopi tu.. terasa diri tu macam sebijik kopi segarr yang besarr..hahahaha...
nanti nak abih, nak try produk yang lain pulak..

aku memang suka bau bau traditional ni..selain untuk refreshkan kulit kita..maklumla faktor usia dah meningkat ni, haruslah kene sentiasa alert dengan segala perubahan..

aku ni tak cantik mane, so pepaham jek la kalau nak cantik, nak cantik sikitttt jek, haruslah usaha sikit..kalau nak cantik banyak kenelah usaha banyakkkk dan banyakklahh engkau melaburkah $$$$ engko tu ye..



3 produk yang aku dah selamat order kat spa mushonline
set lulur biji kopi + gel mandian santan kelapa + sabun deviana

gel mandian santan kelapa

khasiat :
Gel mandian santan kelapa dirumuskan secara semulajadi tanpa bahan kimia berperana untuk menyingkirkan sel kulit mati, meransang keanjalan kulit dan memberikan kelembapan. Disamping itu, lulur santan berkesan mengurangkan risiko kulit gelap akibat terdedah kepada cahaya matahari. Lulur santan yang mengandungi asid laurik berkesan berkesan merangsang pertumbuhan kolagen dalam sel kulit dan bertindak melindungi kulit daripada jangkitan kuman.

lulur biji kopi

khasiat :
Lulur Bijih Kopi mengandungi anti-oksidan yang tinggi untuk menyegarkan badan, melembutkan, memutihkan kulit, menghilangkan kesan hitam pada celah peha dan menghilangkan keletihan (stress).

cara menggunakan set lulur biji kopi+gel mandian santan kelapa:
Campurkan dua sudu besar Gel Mandian Santan Kelapa kedalam bekas yang berisi 2 sudu serbuk Lulur Kopi, kacau sehingga sebati (jangan terlalu cair).

Sapukan pada seluruh badan dan massage selama 10 hingga 15 minit. Kemudian bilas dengan air sehingga bersih.

Amalkan 3 hingga 4 kali seminggu untuk mendapat kesan yang memuaskan. produk ini tidak mengandungi sebarang bahan kimia merbahaya atau pengawet. Sesuai untuk semua jenis kulit kecuali kulit BAYI.

sabun deviana

khasiat :
Sabun Deviana mengandungi ekstrak madu, pati serai wangi, minyak kelapa dara dan beras. Gabungan dari semua bahan ini mampu merawat permukaan kulit muka dan badan untuk mencegah dari gatal-gatal akibat resdung, parut jerawat, jerawat bernanah, jeragat, flek hitam, kedutan, panau, bahagian celah paha dan ketiak yang hitam juga mampu dirawat dengan menggunakan sabun deviana. Gunakan juga di seluruh badan semasa mandi untuk mengurangkan masalah bau badan.

cara menggunakan sabun deviana :
Bersihkan pada bahagian yang diperlukan setiap hari 2-3 kali sehari. Urut pada kulit perlahan-lahan dan bilas bersih. (Bagi penyakit resdung perlu menggunakan herba dewa, sabun deviana dan terakhir disapukan bedak resung)

**Sangat disyorkan untuk kulit bermasalah & berjerawat
so korang? if ada perasaan nak try, silalah pegi ke page spa MUSHONLINE ni ye..
sesekali melabur sikit untuk diri sendiri ape salahnye kan?? tak rugii ponn..

sekian..
Yours Truly ;P