Followers

Tuesday, September 13, 2011

ADAT

Assalamualaikum..

Adat berjanji pasti dikota
adat memberi akan merasa
adat berbudi ada bahasa
adat meminjam memulangkan semula
adat berkasih menjunjung bahagia
adat berbicara biar berpada
adat rajuk pada yang suka
adat merindu jiwa merana
adat perantau santun dalam berkata
adat berjuang berani mara
adat bersuka beringat duka
adat menunggu gelisah cita
adat berperi penuh cerita
adat berkahwin biar kekal selamanya..


motip??saja nak bersajak...renung-renungkan...:D


Yours Truly ;P

Berita : Anak Pelakon Safura Meninggal Dunia..

Assalamualaikum..
petikan dari mymetro :

Safura dan arwah anaknya
KUALA LUMPUR: Anak kepada penyanyi, pelakon dan penggiat teater, Safura Yaacob, Nur Aisyah Mariam, tiga tahun meninggal dunia semalam selepas Maghrib kerana demam berpanjangan sejak tiga hari lalu.
Anak ketiga kepada penyanyi yang popular menerusi lagu Sedalam Mana Cintamu itu adalah anak sulung hasil perkahwinannya dengan Sharonizam Noor juga seorang pelakon. 
Safura ketika dihubungi berada di Hospital Ampang Puteri sedang menunggu jenazah anaknya dimandikan sempat menyatakan rasa hibanya kerana kehilangan anak secara tiba-tiba.   berita selajutnya.. 

Innalillahiwainnalillahiraji'un.. takziah untuk safura dan keluarga..

Yours Truly ;P