Followers

Saturday, September 10, 2011

Ikan Kembung Masak Kicap Versi Aku

Assalamualaikum..
menu paling simple..sure uols sume tau camne nak buatkan..
anak-anak paling suke klo bende berkicap ni..

ikan kembung masak kicap
Bahan - Bahan :


 Beberapa ketul ikan. saya gunakan ikan kembung / mabong jek
1/2 labu bawang besar dihiris
1 inci halia dihiris
2 ulas bawang putih
1 biji lada hijau
1/2 cawan kicap masin - anda juga bole agak2 jek ikut suka..
1 sudu besar sos tiram
1 cawan air - kalo nak banyak kuah bole tambah
1 batang kulit kayu manis
  minyak masak untuk menggoreng ikan dan menumis

Cara - Cara :

1. ikan dilumurkan dengan kunyit dan goreng hingga masak / garing. ketepikan
2. tumiskan kulit kayu manis, bawang besar, halia dan bawang putih hingga wangi
3. masukkan kicap masin, sos tiram dan air
4. masukkan lada hijau yang dipotong 2 tanpa putus
5. rasa sikit kuah. kalo masin tambahkan air. xperlu taruk garam sebab kicap dah sedia masin
6. masukkan ikan yang telah digoreng. gaulkan
7. sedia untuk dihidang.

Sekian..Selamat Mencuba..



Yours Truly ;P