Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

SISTEM GURU ONLINE

APDM SAPS

Thursday, July 14, 2011

I Cinta U Sampai Mati..

Assalamualaikum..

Entry hari ni adalah entry jiwang tahap karat..ngeeeee....

Mak terkujat nyahh sbb tetibe ade delivery a bouquet of 8 rosess terus ke muka pintu kaunter opis aku ni..sape yg bagi?? of coss la my chenta hati yg tetibe meng'kujat'kan bini die di pagi hari..

Seronottt!!!


Happyyy!!!


Terharu!!!

Alhamdulilah cinta kami masih kukuh bersemi  saban hari.. tipu la klo x de gadoh-gadoh kannn...
cam lagu p ramlee : sedangkan lidah lagi tergeget, inikan pula somi istri...eceehhh....gasak kooo!!!


a bouquet of red roses..luv itt!!!

attached together wif the cute card..
time kasih awakkk!!


** hagak2 klo saya merajuk2, awk nk x bg munge kt saye??hihihi....** drama  melayu dh nih!!

Happy 4th Wedd Anniversary

Assalamualaikum..mempersembahkan !!!

KRONOLOGI KISAH CINTA SATUKAN KAMI :

Hari ini, sedetik lebih ini genap la usia perkahwinan kami yang ke-4..detik-detik perkenalan semula antara senior single dan junior single dan sesi beramah sambil menyendeng2 mesra tanpa sedar telah berlaku di puncak bukit tabuh,taman melawati sekitar September 2006..**mampos aku klo abah tau time nih..hikhik..

kami yang sangat kudus ketika ini..
dengan berlandaskan ayat power dari ku iaitu dengan panggilan DARLING secara tetibe kepadanya, terus hatinya menjadi cair secair freezer yang dipadamkan suisnya.. pada 14 November 2006 ku terus dilamar oleh sang jejaka di suatu tempat yang kini menjadi sejarah hidup kami...di mana??biarlah rahsia yaa..auwwww!!!

Maka, bermulalah langkah yang menyatukan 2 hati nan suci bersih lagik indah ini dengan ikatan tali pertunangan pada tanggal 27 Januari 2007..

bakal MIL menyarungkan cincin di jari manisku
Dan seterusnya ikatan diikat serapi-rapinya oleh sang teruna kachak kepada si dara pujangga pada tanggal 14 Julai 2007 sekaligus status kami bertukar dari single mingle kepada JUST MARRIED..bahagianyaa ketika itu ibarat dunia ini kami yang punyee!!!

Inai merah yang cantek dan berseri di tangan si manis

dengan sekali lafaz, si dara telah dimiliki oleh si ensem  :D
Majlis persandingan bertemakan warna kesukaan dan kegilaan si dara, PURPLE day pada tanggal 15 Julai 2007 menghiasi seluruh kawasan rumah ayah dan bonda yang menyambut kedatangan menantu lelaki pertama mereka..Hujan rahmat menyejukkan lagi ikatan perkahwinan kami yang tulus dan mulus ini..Alhamdulilah..

Hari PEPEL kami..
hari berganti hari, bulan berganti bulan, kami tetap seperti belangkas..alangkah indahnya ketika ituu..berjalan berpimpin tangan dengan jitunyaa sehingga tiada ruang-ruang udara yang lalu lalang di celah2 jari kami..

bagitulah eratnya ikatan kami kan??hikhik..maluuu
Dengan inai masih merah di kaki yang comel itu..


kami akan bertukar status yang baru iaitu fasa mama dan papa muda.
Tarikh 3 Disember 2007 aku disahkan hamil 4 minggu oleh doktor yang merawat aku..alhamdulilah sekali lagi dan syukur ku panjatkan ke hadrat ilahi..

tepat jam 11.48 malam tanggal 11 Ogos 2008 di Hospital Ampang, seorang bayi gegel comel yang suci dan bersih selamat dilahirkan melalui pembedahan yang tidak ku rasai kesakitannya..yaa..itulah nikmat yang ditentukan oleh Allah kepada ibu-ibu di dunia yang fana ini..

Nur Aireen Qaisara diberi nama..
sangat indah seindah detik2 melahirkannya..
Sekian catatan memorial dari-ku..
simple diari bagaimana detik dan tarikh ini menjadi tarikh keramat bagi kami untuk selamanya..

Alhamdulilah syukur kepada-Mu Ya Allah..Semoga ikatan yang terjalin murni ini akan kekal selamanya dan semoga kami diberikan kesabaran yang tinggi untuk menempuh ujian-ujian-Mu di masa akan datang..

Amiinn Ya Rabbal Alaminn...