Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

searchbar lazada

Wednesday, February 2, 2011

Menang Cabutan Bertuah @ Pameran Pengantin

Kunun-kunun nk mengimbau kembali kenangan terindah mase nk kawin..cewahhh..so My hubby decide nk wat lawatan tapak kt Pameran Pengantin @ Stadium Melawati, Shah Alam..Best jugak..ade test food utk catering( kenyang dh x yah lunch,,hikhik), dpt free give cup cakes ( promo kt cust la nih!)..dan yg penting aireen dpt kompol melon (belon).keje aku la plak memegang menatang tuh..papanye pulak bersemangat kumpul pemplet n sesi tuka-tuka bisnes kad kt booth2 pengantin..x ketinggalan jugak pekej-pekej hanimun utk bkl2 perantin dgn harge yang berpatutan..tp pada aku same mhl jekk..lantakla kan,,dh keje dorg..

N..suddently..terdgr nameku dipanggil : no cabutan 1409 - Pn Nooraini Binti Zubir..dannn...aku dgn tersipu2 naikla pelamin yg sggttt santekk togeter2 ngn my hubby n my lil princes.. siapla kene interbiu aku laki bini..*malu makk..hadiahnye adalahh...jeng,,jeng,,jeng,, vocer RM400 dr Spa Sanctuary Slimming...cehh..ingtkan dpt la pekej percutian utk hanimun ke kann..hukk..hukk..tp xpela..dh rezeki ke SPA..laki aku suke la ngn adiah tuh..tp x de maknenyee..aku yg akn bolot sume vocer tuh sensorang..gile kose kooo!!..ngeeee!!!

Ni la stage pelamin..chantek ok!

post gediks aireen

peacee yoo!!bkn dslr papa jek yg menyale,
kemere fotografer lain pon ligat snap gmba si kecik nih.

Sparkling & Glowing wink! wink!

Dah lame plan nk gi i-City kt Shah Alam..bile dh dpt pegi, manjang paking penuh.ye la taim tu msuk free lgik..2-3 kali gak dtg tp selalu kiciwa jek..sekadar lalu lalang jek n tgk kt dlm kete..

aritu atas permintaan kezenku yg dtg umh sbb bru blik hanimun kt penang nk gi sgt kt i-city..so kitorg pon bwklah dorang..skali masuk 1 kete kene rm10 hengget..ok la,kami berempat..tp bile msuk dlm pon,ade tempat2 yg kene bayo gak..hampehh..x kuase nk byo..jln2 jek la kt tepi2 pokok renek n burung merak dan jln-jln smpai penat..cuace taim tuh agak renyai2..tamo cite byk2..lynkan jek la gamba-gamba kami okeh..


Setting angel utk lompat bintang..

Bergambo ngn perantin baru

Young Lady Photographer to be!
Aireen teruje sbb pokok2 tu same tinggi ngn die..
"mama..mama..ni pokok kakak"

suke pics nihh..* gelabahh..hikhikk*


gmba tredmark klo nk dtg i-city..cewah!

Info : Krisis Di Mesir

Sumber daripada facebook...

Kalau anda bukan duduk di bawah batu, pasti ada terdengar berita mengenai revolusi rakyat Mesir menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak.

Ketahuilah bahawa keadaan di sana adalah lebih teruk daripada jangkaan anda. Kalau anda baca akhbar harian dan tengok tv mainstream anda tak tahu apa yang berlaku secara terperinci. Asyik2 isu fasha sandha yang tak habis-habis lagi. PM kita pula sibuk dengan DUN Tenang dan spam email rakyat dengan ucapan CNY.

Kalau anda membaca post ini, harap boleh sebarkan di facebook, twitter, blog, tumblr masing2. Kalau boleh biar satu Malaysia tahu sebab ianya sangat penting. Ini melibatkan keselamatan, maruah, nyawa dan masa depan lebih 6000 pelajar Malaysia di sana. Kita harap dengan tersebarnya maklumat pihak kerajaan dapat melakukan tindakan yang sewajarnya.

edit: angka sebenar jumlah pelajar Malaysia di sana tidak diketahui, tapi ada sumber memaklumkan terdapat 11,000 rakyat Malaysia tinggal di seluruh Mesir.


Ringkasan : Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini diinspirasikan daripada revolusi tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan Mesir untuk ber-demo.

Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah kejam, perampas harta rakyat dan juga sekutu US dan juga menyokong Israel. Media Malaysia kurang melaporkan berita mengenai ini dan ramai yang tidak tahu, ingat Mesir…bunyi Arab tu semua aman…semua baik-baik ke? Dah jadi riot baru kecoh satu dunia.

1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir

Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa sedar.

2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat

Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung.

Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.

3. 5000 banduan terlepas dari penjara

Antara kes “prison break” terbesar setakat ini…5000 banduan telah terlepas dari penjara. 5000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas? Dengar2 banduan pula spesies ganas2 yang terlepas.

Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi ancaman teruk.

sumber: http://goo.gl/KDkfI

4. Pelajar Malaysia dirogol, dirompak

Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan.

Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius.

edit : Berikutan ada menyangkal point ini…ada baiknya anda lihat blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita dan mungkin rujuk entri ini juga

http://goo.gl/iE5Y4 dan juga http://goo.gl/aU1uI

5. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan

Tahu tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh, kena bakar dll. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time kecoh-kecoh macam nie.

Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka dan terkena penyakit. Silap-silap dari sakit ringan-ringan boleh maut sebab tak dapat rawatan sebetulnya.

6. Airport, Balai Polis, Kereta diserang, dibakar

Lapangan terbang diceroboh dan di serang, dan segala urusan penerbangan banyak yang terpaksa di batalkan atas sebab keselamatan. Yang selamat hanya mereka yang ada pesawat peribadi.

Balai-balai polis dan kereta serta kenderaan di jalanraya banyak yang dibakar oleh perusuh. Terdapat juga insiden pihak tentera melanggar perusuh dengan kereta.

7. Bloggers seluruh Malaysia, take note!

Sebarkan maklumat berikut; dan minta kerajaan Malaysia memberi priority sebaik mungkin untuk isu ini. Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.