Gempa Bumi & Tsunami Di Jepun 2011 (Gambar)

Hari Jumaat yg lepas ( 11.03.2011 ) Jepun dilanda tsunami setinggi empat meter (13 kaki) ekoran daripada gempa bumi berukuran 8.9 pada skala richter yang berlaku di Pantai Timur Honshu, Jepun. Di beberapa tempat sepanjang perairan Jepun, rakaman televisyen menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan ratusan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air di sepanjang perairan dekat pusat gempa.
Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii berkata, amaran tsunami dikeluarkan kepada Jepun, Rusia, Pulau Marcus, New Zealand. Manakala amaran berjaga-jaga dikeluarkan kepada Guam. Taiwan, Filipina, Indonesia dan Hawaii, Amerika Syarikat.
Berikut adalah gambar  kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun::








Begitu dasyat kemusnahan yang berlaku di Jepun,sebuah negara yang maju boleh hilang dalam sekelip mata sahaja.Begitu besarnya kuasa Allah. Kalau menurut berita, kejadian tsunami impak daripada gempa bumi Jepun mungkin tidak akan sampai ke Malaysia. Bagaimanapun, tidak salah untuk berjaga-jaga. Mereka yang tinggal berhampiran pantai terutama di Utara Sabah perlu sentiasa berhati-hati.

p/s: buat masa ni sila elakkan xtvt berhampiran pantai ye kawan2..risau pulak kt MIL sbb umh dekat ngn pantai Peedee..

0 Comments